NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SAINS TAHAP 2
Total questions: 20
Worksheet time: 16mins
J - Simpan kedua-dua bekas P dan Q di dalam almari.
K - Masukkan 5 biji kacang hijau ke dalam bekas P dan 20 biji kacang hijau ke dalam bekas Q.
L - Selepas satu minggu, perhatikan pertumbuhan anak benih kacang hijau.
M - Masukkan kapas lembap ke dalam dua bekas, P dan Q. Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah itu.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtinjaan?
Proses penyingkiran bahan buangan
Bahan makanan yang diserap oleh badan
Proses penyingkiran tinja melalui dubur
Bahan makanan yang baik
Manakah susunan aliran udara yang betul semasa pernafasan ?
hidung - paru-paru - trakea (menarik nafas) , paru-paru - trakea - hidung (menghembus nafas)
hidung - trakea - paru-paru (menarik nafas) , paru-paru - trakea - hidung (menghembus nafas)
paru-paru - trakea - hidung (menarik nafas) , hidung - trakea - paru-paru (menghembus nafas)
hidung - trakea - paru-paru (menarik nafas) , Trakea - paru-paru - hidung (menghembus nafas)
Satu penyiasatan dijalankan oleh sekumpulan murid 4 Mutiara. Kesemua ayam pada awalnya mempunyai jisim yang sama. Sepuluh ekor anak ayam dimasukkan ke dalam reban A dan dua puluh ekor anak ayam dimasukkan ke dalam reban B. Kesemua reban ayam diberikan 2 kg bijirin jagung dan air yang sama banyak setiap hari. Selepas dua minggu, jisim anak ayam ditimbang dan direkodkan.
Apakah pemboleh ubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini ?
Jisim anak ayam selepas dua minggu
Saiz anak ayam selepas dua minggu
Kuantiti makanan dan air yang diberikan
Bilangan anak ayam yang dimasukkan ke dalam reban
Berikan inferens/sebab ikan mati di dalam akuarium dalam Rajah (permukaan air dilitupi dengan lapisan minyak).
Ikan mati kerana kekurangan oksigen
Ikan mati kerana air sungai tercemar
Ikan mati kerana kualiti air semakin bersih
Ikan mati kerana makanan tidak mencukupi
Sekumpulan murid kelas Tahun 4 Berlian ingin memerhatikan tentang rupa bentuk dan kedudukan spirakel seekor belalang.
Antara alat berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menjalankan penyiasatan tersebut?
Mikroskop digunakan untuk ____________________.
mengukur suhu sesuatu bahan
melihat objek yang sangat jauh
berkomunikasi dengan orang lain
memerhatikan mikroorganisma
Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada sejenis biji benih. Ciri-ciri ini membolehkan tumbuhan ini dipencarkan oleh......
Angin
Mekanisme letupan
Haiwan
Air
Apakah yang akan terjadi sekiranya TIADA daya graviti di Bumi?
Objek jatuh ke bawah
Objek terapung di udara
Kedudukan objek tidak berubah
Objek berada pada kedudukannya
Kenal pasti nama-nama binatang di bawah:
1. Cheetah
2. Kura-kura
3. Siput
4. Kuda
Susunkan haiwan-haiwan ini berdasarkan kelajuan yang semakin meningkat.
3, 2, 1, 4
3, 2, 4, 1
4, 1, 3, 2
1, 4, 2, 3
Mengapakah telur katak berlendir ?
Supaya tidak didekati musuh
Mudah melekat di kawasan bertelur
Memang telur berlendir
Supaya telur menetas dengan baik
Bahan berwarna hijau pada daun membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Apakah bahan berwarna hijau yang dinyatakan di atas?
Klorin
Glukosa
Klorofil
Kanji
Proses fotosintesis tidak berlaku pada waktu malam kerana______________.
Ketiadaan cahaya matahari.
Suhu lebih sejuk pada waktu malam.
Tiada karbon dioksida pada waktu malam.
Tiada air pada waktu malam.
Apakah yang dimaksudkan dengan fotosintesis?
Proses tumbuhan menyebarkan biji benih
Proses tumbuhan membuat makanan sendiri
Proses tumbuhan membuang bahan tinja
Proses tumbuhan mendapatkan cahaya Matahari
Katak dapat bernafas dengan peparu dan kulit lembap. Katak ialah haiwan jenis______
mamalia
reptilia
amfibia
ikan
8. Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk?
Pantulan cahaya dari objek yang boleh memantulkan cahaya dengan baik
Apabila cahaya terhalang oleh suatu objek legap
Apabila cahaya bergerak dari medium berbeza
Sebahagian cahaya melalui objek lutcahaya
Pilih aktiviti yang menunjukkan deria kita bertindakbalas dengan rangsangan.
membaca buku semasa minggu peperiksaan.
menutup hidung apabila terhidu bau busuk.
menyiapkan tugasan setelah dimarahi guru.
memejamkan mata semasa tidur.
