Font size
WorksheetsBIJAK SAINS TAHUN 6 2024
Total questions: 70
Worksheet time: 1hrs 2mins
Rajah menunjukkan hasil penyiasatan yang telah dijalankan oleh Anis dan rakannya. Doh ini telah dibiarkan selama 20 minit. Apakah proses hidup yang dijalankan oleh mikroorganisma yang terdapat dalam doh tersebut?
"Mikroorganisma seperti fungi, protozoa, alga dan bakteria menjalankan proses hidup seperti bernafas, bergerak dan bertumbuh."
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?
MIkroorganisma mengekalkan kemandirian spesiesnya.
Mikroorganisma ialah benda hidup.
Mikroorganisma memerlukan tenaga.
Mikroorganisma memerlukan habitat.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh bakteria?
Paramecium
Penicillium
Bacillus
Spirogyra
Rajah di atas menunjukkan sekeping roti yang ditumbuhi kulapuk selepas satu minggu. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan situasi ini?
Mikroorganisma bernafas.
Mikroorganisma bergerak.
Mikroorganisma bertumbuh.
Manakah antara berikut merupakan fungi?
Mukor
Euglena
Penicilium
Yis
Rajah menunjukkan interaksi antara ikan jerung dan ikan remora.
Apakah interaksi itu?
Parasitisme
Mutualisme
Persaingan
Komensalisme
Antara haiwan dalam rajah berikut, yang manakah akan bersaing untuk mendapatkan makanan?
Singa dan rusa
Dubuk dan helang
Singa dan dubuk
Helang dan rusa
Maksud Interspesies ialah...
interaksi antara spesies yang berlainan
interaksi antara spesies yang sama
Rajah menunjukkan dua ekor rusa jantan bersaing untuk mendapatkan rusa betina.
Apakah bentuk persaingan tersebut?
Interspesis
Intraspesis
Komensalisme
Mutualisme
2 jenis simbiosis antara tumbuhan ialah
Komensalisme
Vandalisme
Parasitisme
Rajah menunjukkan pokok tanduk rusa yang menumpang pada pokok lain untuk terus hidup.
Apakah jenis interaksi antara tumbuhan itu?
Parasitisme
Mutualisme
Komensalisme
Persaingan
"Anak pokok yang tumbuh di sekeliling pokok induk tidak tumbuh dengan subur."
Maklumat di atas menerangkan tentang interaksi di antara tumbuhan. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan keadaan di atas?
Anak pokok diancam oleh hidupan lain
Anak pokok menyerap terlalu banyak air dan cahaya matahari
Anak pokok terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan
Anak pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang yang terhad
Antara haiwan berikut, yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dengan haiwan ini?
Antara tumbuhan berikut yang manakah diancam kepupusan?
Apakah yang menyebabkan tumbuhan ini diancam kepupusan?
bencana alam
pencemaran air
pembuangan bahan buangan toksik
penerokaan hutan secara tidak terancang
Apakah 3 langkah pemuliharaan yang kamu tahu?
Mewartakan undang-undang penyeludupan haiwan
Mewartakan taman laut
Pusat rehabilitasi orang utan
Menanam semula pokok
Pusat pemuliharaan penyu
Apakah maksud pemeliharaan hidupan?
Maklumat di bawah merujuk kepada satu proses. Apakah nama proses itu?
“Pokok-pokok yang telah ditebang ditanam semula”
Pemeliharaan
Pemuliharaan
Guna semula
Kitar semula
Manakah di antara berikut merupakan aktiviti pemeliharaan di suatu kawasan penebangan kayu balak?
Menanam semula pokok yang telah ditebang.
Memilih pokok tertentu untuk ditebang.
Menebang mana-mana pokok.
Maklumat berikut menunjukkan dua jenis aktiviti.
1) Memberus gigi
2) Menggergaji papan
Apakah daya yang terlibat dalam kedua-dua aktiviti ini?
Daya tarikan
Daya tolakan
Daya tarikan dan tolakan
Daya tarikan atau tolakan
Semua pilihan di bawah adalah kesan daya terhadap objek KECUALI....
Daya mengubah bentuk objek
Daya mengubah arah pergerakan objek
Daya mengubah jisim objek
Daya memberhentikan objek yang bergerak
TOLAKAN ialah.....
Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan daya dapat mengubah bentuk objek?
Budak lelaki menendang bola
Penjaga gol menangkap bola
Budak lelaki menekan tin aluminium
Bola tenis dipukul ke arah lawan
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan rajah?
kesan daya
keburukan daya
kebaikan daya
jenis daya
Dalam situasi manakah daya geseran adalah berguna?
Penghasilan haba dalam mesin
Tayar kereta menjadi haus
Penghasilan bunyi apabila pintu dibuka
Mengasah pisau pada batu asah
Antara aktiviti berikut yang manakah mempunyai geseran paling kecil?
memperlahankan basikal yang bergerak
berjalan di atas jubin yang licin
memegang pensel
mengasah pensel
Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan?
Sebuah kereta mengambil masa tiga jam untuk melalui satu jarak sejauh 330 km.
Kira kelajuan kereta itu dalam km/j.
100 km/j
110 km/j
330 km/j
990km/j
Antara bot berikut, yang manakah bergerak paling laju?
Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat.
Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat.
Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat.
Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat.
Carta palang dalam rajah di bawah menunjukkan jarak yang dilalui oleh empat jenis objek dalam masa 60 saat.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Objek J lebih laju daripada objek K
Objek M lebih laju daripada objek J
Objek J dan M lebih laju daripada objek K
Objek K dan L lebih laju daripada objek J dan M
Objek yang ___________ tidak mempunyai kelajuan.
hidup
bukan hidup
bergerak
pegun
Apakah maksud pengawetan makanan?
Proses penyimpanan makanan sejukbeku
Pemprosesan makanan menghalang atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma
Proses melindungi makanan daripada rosak
Pemprosesan makanan supaya tahan lebih lama dan sedap dimakan
Berapakah bacaan suhu bagi kaedah penyejukbekuan?
18oC ke bawah
18oC ke atas
0oC ke bawah
0oC ke atas
Mendidihkan air penting untuk.......
memperoleh air tulen
menjadikan air panas
membunuh mikroorganisma
menjadikan manusia kurang dahaga
Berdasarkan gambar di atas, apakah kaedah pengawetan yang paling sesuai?
PENDIDIHAN
PENYALAIAN
PELILINAN
PEMBEKUAN
Dalam proses pengawetan makanan, apakah faktor-faktor pertumbuhan mikroorganisma yang dikawal supaya makanan tahan lebih lama?
suhu, udara, keasidan
suhu, udara, air, nutrien
suhu , udara, keasidan, air, nutrien
suhu, udara, keasidan, air
Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma yang dikawal melalui kaedah ini?
udara
air
suhu
keasidan
Kaca dibuang di dalam tong ......
"Siang menjadi gelap seketika"
Apakah yang menyebabkan berlakunya fenomena seperti di atas?
Bayang-bayang Matahari jatuh pada permukaan Bumi
Bayang-bayang Bulan jatuh pada permukaan Bumi
Bulan memantulkan cahaya matahari
Bumi memantulkan cahaya matahari
Rajah menunjukkan kejadian.....
Gerhana bulan
Fasa anak bulan
Gerhana matahari
Fasa bulan penuh
Apakah kejadian yang berlaku apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dalam satu garisan lurus?
Gerhana bulan
Gerhana matahari
Fasa bulan
Kitaran bumi
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya GERHANA?
Cahaya tidak boleh tembusi objek legap
Apabila Bumi berputar pada paksinya
Peredaran Bulan mengelilingi Bumi
Cahaya bergerak lurus dalam satu baris
Semasa Gerhana Matahari penuh berlaku, keadaan persekitaran menjadi gelap seperti waktu malam. Matahari kelihatan sebagai bulatan gelap dikelilingi oleh gegelang cerah yang dikenali sebagai ...
Kornea
Korona
Kuruna
Korono
Antara berikut, yang manakah BUKAN jenis galaksi
Buruj
Tidak seragam
Berpilin
Elips
Sistem suria terletak di dalam...
Galaksi elips
Buruj
Galaksi tidak seragam
Bima sakti
Manakah berikut merupakan galaksi elips?
Apakah nama alat yang digunakan oleh ahli astronomi untuk melihat Galaksi?
Teleskop Angkasa Alon
Teleskop Angkasa Boba
Teleskop Angkasa Hubble
Teleskop Angkasa Nyan
Antara faktor yang berikut yang manakah mempengaruhi kestabilan sesuatu objek?
luas tapak objek.
jenis bahan
ketinggian objek
bentuk objek
Struktur mana yang lebih kuat?
Kestabilan objek bergantung kepada tinggi objek.
Manakah kesimpulan yang sesuai bagi pernyataan ini?
Semakin tinggi objek semakin stabil objek
Semakin rendah objek semakin stabil objek
Semakin luas tapak objek semakin stabil objek
Semakin kecil tapak objek semakin tidak stabil objek
Mengapakah terowong dibina berbentuk melengkung?
supaya kelihatan cantik
menjadikannya lebih kuat
menjimatkan penggunaan bahan
supaya boleh mengembang pada cuaca panas
Bagaimanakah mereka yang berdiri dalam bas atau kereta api dapat meningkatkan kestabilan mereka?
merapatkan kaki
melebarkan kaki
meregangkan tangan
Antara alat berikut, yang manakah digunakan untuk mengatasi had pendengaran manusia?
Apakah fungsi binokular?
Melihat objek jauh
Membantu masalah rabun
Melihat objek halus dan seni
Apakah yang dimaksudkan dengan alat teknologi?
Alat yang dicipta dengan kos yang mahal
Alat yang membahayakan manusia
Alat yang menggunakan elektrik
Alat yang dicipta untuk mengatasi had keupayaan manusia
Perkembangan penyelidikan dalam industri pertanian dan penternakan telah .....
membantu manusia meningkatkan kualiti dan hasil industri pertanian dan penternakan.
membantu manusia menyembuhkan atau mencegah penyakit berjangkit.
membantu manusia mendapat informasi dengan cepatnya.
membantu manusia mengembara sehingga ke angkasa lepas.
Apakah keburukan teknologi menggunakan dron dalam Agrikultur ?
dron membantu manusia menjimatkan masa.
dron membantu manusia menjimatkan tenaga.
jangka hayat bateri dron adalah sangat panjang.
pelupusan dron mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar.
Rajah menunjukkan sel pembiakan lelaki dan perempuan. Antara yang berikut, di manakah sel-sel pembiakan ini dihasilkan ?
Lelaki → Zakar
Perempuan → Faraj
Lelaki → Testis
Perempuan → Ovari
Lelaki → Uterus
Perempuan → Testis
Lelaki → Ovari
Perempuan → Uterus
Sistem saraf terdiri daripada............
saraf tunjang
otak
organ deria
rangkaian saraf
Unit asas bagi sistem saraf dikenali sebagai _______ atau ___________
neutron
neuron
sel saraf
nefron
Perempuan normal hanya menghasilkan satu ovum sahaja setiap bulan.
EMBRIO ialah......
