wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GAMIFIKASI SEJARAH KI1 (T4)(T5 B1-B4)

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah dua tujuan kerajaan Alam Melayu melaksanakan undang-undang? (T4B1)

a)

Menjamin kesetiaan rakyat

b)

Meluaskan wilayah pengaruh

c)

Menjadi panduan pentadbiran

d)

Memastikan kesejahteraan kerajaan

2.

Bagaimanakah dua cara Mikado Meiji memulih dan memodenkan negara Jepun? (T4B2)

a)

Mencontohi negara Barat

b)

Mengeratkan hubungan diplomatik

c)

Melancarkan dasar peluasan kuasa

d)

Memperkenalkan semangat bushido

3.

Apakah sumbangan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam perkembangan nasionalisme tanah air? (T4B2)

a)

Membina sekolah Melayu

b)

Memajukan pendidikan masyarakat Melayu

c)

Menambah bilangan orang melayu dalam jabatan kerajaan

d)

Menyediakan dana untuk anak Melayu melanjutkan pelajaran

4.

Apakah dua kesan besar Perang Dunia Pertama kepada negara Eropah? (T4B3)

a)

Keruntuhan Jerman

b)

Kemunculan negara baharu

c)

Keruntuhan pemerintahan beraja

d)

Keluasan tanah jajahan

5.

Pada peringkat awal, tentera Jepun menggabungkan pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera.

Mengapakah pentadbiran tersebut diasingkan pada April 1944? (T5B3)

a)

Faktor logistik

b)

Perbezaan sistem politik

c)

Memudahkan pentadbiran

d)

Tuntutan nasionalis tempatan

6.

Jose Rizal merupakan merupakan tokoh nasionalisem di Filipina. Apakah matlamat perjuangan beliau? (T4B2)

a)

Kemerdekaan Filipina

b)

Hak dan kebebasan penduduk

c)

Pembentukan kerajaan sendiri

d)

Filipina sebahagian daripada Sepanyol

7.

Unit Khas Z Australia telah melancarkan beberapa siri operasi yang dikenal sebagai Operasi Semut bersama-sama penduduk tempatan di Sarawak.

Matlamat operasi tersebut ialah

a)

Memelihara hasil hutan

b)

Meninjau dan mengumpul risikan

c)

Menyebarkan propaganda

d)

Mengusir tentera Jepun

8.

Mengapakah BMA berusaha memulihkan prasarana dan sosioekonomi penduduk tempatan? (T4B4)

a)

Mengatasi masalah inflasi

b)

Melaksanakan tanggungjawab

c)

Menjamin masa depan

d)

Memulihkan kepercayaan rakyat

9.

Apakah perubahan utama yag dibawa oleh pelaksanaan Malayan Union terhadap negeri-negeri Melayu? (T4B4)?

a)

Penduduk bertambah

b)

Jawatan sultan dilucutkan

c)

Ekonomi berkembang pesat

d)

Berstatuskan tanah jajahan

10.

Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada pemerintahan British selepas Perang Dunia Kedua? (T4B4)

a)

Pentadbiran British lebih cekap

b)

Hilang sokongan penduduk Sarawak

c)

BMA berjaya mengatasi masalah huru-hara

d)

Tidak mampu membangunkan semula Sarawak

11.

Pemimpin berikut telah diberikan kenaikan pangkat oleh kerajaan British.

Tengku Noordin

Zakaria Gunn

Apakah matlamat yang hendak dicapai oleh kerajaan British? (T4B4)

a)

Menghargai jasa pemimpin

b)

Menambah jumlah jawatan baharu

c)

Melicinkan pentadbiran tempatan

d)

Melemahkan gerakan nasionalisme

12.

Apakah hasil kerjasama gabungan PUTERA-AMCJA sebagai alternatif menggantikan Malayan Union? (T5B4)

a)

Perlembagaan Rakyat

b)

Kebudayaan Kebangsaan

c)

Kemerdekaan Tanah Melayu

d)

Hak istimewa orang Melayu

13.

Mengapakah British perlu melaksanakan dasar dekolonisasi selepas Perang Dunia Kedua? (T4B5)

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Mematuhi Piagam Atlantik

c)

Merancang kemerdekaan

d)

Mengelakkan penentangan

14.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, syarat kewarganegaraan telah diperketatkan.

Apakah dua syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan secara pendaftaran?

a)

Tiada rekod jenayah

b)

Taat setia kepada kerajaan

c)

Bermustautin selama 5 tahun di negeri Melayu

d)

Bermustautin selama 15 tahun di negeri Melayu

15.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah berjaya mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti sebelum Perang Dunia. Buktikan. (T4B5)

a)

Raja menjadi Ketua Pentadbir Negeri

b)

Raja menentukan dasar pentadbiran kerajaan

c)

Raja dirujuk dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan

d)

Raja Melayu menguruskan hal agama Islam dan adat Melayu

16.

Apakah perkara yang diberi penekanan dalam fahaman komunisme? (T4B6)

a)

Perjuangan bersenjata

b)

Kemakmuran bersama

c)

Semangat nasionalisme

d)

Ekonomi milik negara

17.

Mengapakah PKM menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis untuk mewujudkan keadaan huru-hara? (T4B6)

a)

Merampas senjata api

b)

Menimbulkan ketakutan

c)

Menonjolkan ketidakupayaan kerajaan

d)

Mendedahkan kelemahan pasukan keselamatan

18.

Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templar telah melancarkan Perang Saraf sebagai usaha menangani ancaman komunis.

Apakah dua langkah yang terlibat? (T4B6)

a)

Mengadakan lawatan

b)

Mewujudkan Kampung Baru

c)

Melaksanakan Perintah Berkurung

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

19.

Slogan "Hidup Melayu" digunakan oleh UMNO dalam perjuangannya.

Apakah matlamat yang hendah dicapai? (T4B7)

a)

Pembubaran Malayan Union

b)

Kemerdekaan bersama Indonesia

c)

Kemerdekaan sebagai negara Islam

d)

Kemerdekaan melalui kerjasama kaum

20.

Apakah dua objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (CLC) pada Januari 1949? (T4B7)

a)

Mengukuhkan ekonomi negara

b)

Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah

c)

Mengkaji hubungan kaum secara mendalam

d)

Menyelesaikan isu pergaduhan antara kaum

21.

Apakah cadangan Jawatankuasa Woodhead bagi sistem pendidikan Kebangsaan di Sarawak dan Sabah? (T4B7)

a)

Mengutamakan bahasa Inggeris

b)

Mewajibkan sekolah rendah

c)

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

d)

Pendidikan berdasarkan latar belakang etnik

22.

Mengapakah rundingan di antara pelbagai pihak perlu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Pertama? (T4B8)

a)

Menentukan bilangan calon

b)

Menentapkan tarikh pengundian

c)

Menggariskan kaedah pengundian

d)

Menyelesaikan penetapan bilangan ahli MPP

23.

Mengapakah proses pemindahan kuasa daripada pegawai British kepada pegaawi tempatan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa? (T4B8)

a)

Sukar mencari bakat mentadbir

b)

Bidang keselamatan perlu diselia

c)

British enggan melepaskan jawatan

d)

Pegawai tempatan tiada pengalaman

24.

Satu misi rundingan di London berkaitan kemerdekaan telah diadakan.

Apakah dua tujuan misi tersebut diadakan? (T4B9)

a)

Membincangkan soal keselamatan

b)

Menyelesaikan isu kewarganegaraan jus soli

c)

Mengesahkan jawatan Ketua Menteri

d)

Menyelesaikan soalan berkaitan perlembagaan

25.

Apakah terma rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkaitan soal kewarganegaraan? (T4B9)

a)

Melaksanakan prinsip jus soli

b)

Kewarganegaraan melalui permohonan

c)

Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan

d)

Kewarganegaraan hanya untuk rakyat raja

26.

Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussien, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan berlepas ke London.

Apakah dua tujuan rombongan tersebut diadakan? (T4B9)

a)

Membantah draf perlembagaan

b)

Membincangkan isu kewarganegaraan

c)

Menyelesaikan isu yang belum muktamad

d)

Mengesahkan penerimaan draf perlembagaan

27.

Pemasyhuran Kemerdekaan telah dibaca oleh Tunku Abdul Rahman pada pagi 31 Ogos 1957. Apakah kepentingan pemasyhuran kemerdekaan? (T4B10)

a)

Mengisytihar kedaulatan negara

b)

Mengesahkan syarat kemerdekaan

c)

Menggariskan langkah ke arah kemerdekaan

d)

Menandakan persetujuan British untuk memberi kemerdekaan

28.

Negara kita telah berjaya melaksanakan misi sebagai pasukan pengaman PBB di Congo, Afrika.

Apakah kepentingan misi tersebut kepada negara kita yang baru mencapai kemerdekaan? (T5B10)

a)

Melaksanakan Dasar Luar

b)

Membantu negara mundur

c)

Mendapat pengiktirafan PBB

d)

Melaksanakan kerjasam politik dunia

29.

Apakah bentuk pemerintahan negara kita? (T5B1 ms8)

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Sistem presiden

d)

Demokrasi Berparlimen

30.

Apakah tujuan pengenalan Rukun Negara? (T5B1 ms11)

a)

menjalinkan hubungan diplomatik

b)

memahami budaya kaum lain

c)

meningkatkan semangat perpaduan

d)

menjadikan negara maju

31.

Demokrasi Berparlimen bermaksud..(T5B2 ms29)

a)

Pemilihan Perdana Menteri secara langsung melalui proses pilihanraya

b)

Pemerintahan yang diterajui oleh Dewan Senat

c)

Demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihanraya

d)

Pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet secara langsung oleh Yang di-Pertuan Agung

32.

Jelaskan kepentingan pertemuan Perdana Menteri Malaysia ketiga , Tun Husein Onn dengan Presiden Mesir, Anwar Sadat pada tahun 1977 (T5B1 ms11)

a)

Menjalinkan hubungan dagang

b)

mengukuhkan hubungan diplomatik

c)

Menjalin kerjasama ketenteraan

d)

Perkongsian teknologi

33.

Pilih pernyatan yang TIDAK BENAR. (T5B1 ms38-41)

a)

A. Sebelum kedatangan British , negara diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.

b)

B.Semasa pentadbiran British , raja tidak diterima sebagai pemerintah berdaulat.

c)

C. Raja memerintah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal.

d)

D.Selepas mencapai kemerdekaan perlembagaan menjadi unsur penting dalam negara .

34.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan sejarah peristiwa pembentukan perlembagaan negara yang BETUL? (T5B4 ms66-67)

a)

Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

b)

Perlembagaan Malayan Union ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ---> Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

c)

Perlembagaan Jepun ---> Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

Perlembagaan British ---> Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ---> Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

35.

Perlembagaan persekutuan bermaksud? (T5B2 ms22)

a)

Perjanjian penubuhan sesebuah negara

b)

Kandungan rundingan Tanah Melayu dengan Kerajaan British

c)

Undang-undang tertinggi dan mengandungi peraturan, prinsip serta asas pembentukan negara.

d)

Naskah yang mengiktiraf sesebuah negara.

36.

Undang-undang berikut diwujudkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. [T5B3 ms 38]

Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut?

a)

Pengenalan jawtaan Ketua Negeri

b)

Penubuhan Majlis Perundangan Negeri

c)

Pengamalan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Penerusan warisan Kesultanan Melayu Melaka

37.

Berbanding dengan raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kedudukan raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah lebih kukuh. [T5B3 ms 39]

Mengapakah hal demikian berlaku?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Pentadbiran oleh pembesar Melayu

c)

Undang-undang Tubuh Kerajaan dirujuk

d)

Pentadbiran tidak bersifat persekutuan

38.

Rajah berikut berkaitan dengan pengagihan kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita.

[T5B3 ms 54]

Apakah  X?

a)

Meluluskan undang-undang

b)

Mentasir perlembagaan negara

c)

Menggubal dasar-dasar negara

d)

Menyemak dasar-dasar kerajaan

39.

Apakah ciri Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia? (T4B4 ms66)

a)

Penyatuan negeri

b)

Pemerintahan mutlak

c)

Pemerintahan beraja

d)

Pembentukan Kesatuan

40.

Apakah kepentingan peranan Kerajaan Tempatan dalam sistem kerajaan pada hari ini? (T5B4 ms71)

a)

Menggubal undang-undang tempatan

b)

Melaksanakan arahan Kerajaan Negeri

c)

Menjayakan program Kerajaan Persekutuan

d)

Menjadi perantara Kerajaan Negeri dengan rakyat