wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN SET 1

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berkaitan dengan Undang-undang Laut Melaka.

Mengapakah nakhoda diberi keistimewaan tersebut?

a)

sebagai wakil kerajaan

b)

khuatir berlaku penipuan

c)

ibarat raja dalam pelayaran

d)

penghormatan daripada pedagang

2.

Gerakan Islah di mesir muncul disebabkan oleh imperialisme barat pada abad ke-19. Apakah seruan gerakan tersebut?

a)

berpandukan ideologi demokrasi

b)

menyekat pendidikan tradisional

c)

mengukuh Raja Berpelembagaan

d)

berpegang kepada ajaran Islam sebenar

3.

Jadual berikut merupakan nama anggota pasukan keselamatan yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah iktibar daripada perjuangan mereka?

a)

kerjasama dalam perancangan

b)

sedia berkorban untuk negara

c)

bijak membuat keputusan

d)

rajin mencari ilmu

4.

Penubuhan Malayan Union mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat di Tanah Melayu.

Apakah reaksi daripada Raja-raja melayu terhadap pelaksanaan tersebut?

a)

Menghantar surat bantahan ke London

b)

berunding dengan pegawai British

c)

meminta bantuan tentera luar

d)

bersedia dengan perubahan

5.

Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Manakah yang berikut merupakan bidang kuasa majlis tersebut?

I Hal ehawal luar

II Ketenteraan awam

III Pelantikan pemerintah

IV Syarat kewarganegaraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Pada zaman darurat pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu.

Apakah kesan situasi tersebut?

a)

pertambahan buruh asing

b)

peningkatan harga barang

c)

pengawalan barangan import

d)

pengeluaran tanaman dagangan

7.

Manakah menjadi pilihan masyarakat dan pemimpin Tanah Melayu dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956?

I Kedudukan Raja Melayu dipelihara

II Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja

III Kepatuhan rakyat kepada demokrasi berparlimen

IV Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain

a)

I dan II

b)

I dan iv

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat berikut berkaitan kesan pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan.

  • - membina sebuah bangsa bagi negara bersatu

  • - mengeluarkan Penyata Rahman Talib

Bagaimanakah hasrat tersebut dicapai?

a)

mewujudkan pusat bahasa tempatan

b)

menubuhkan institusi kajian dasar sosial

c)

mengadakan kempen memperkaya bahasa

d)

menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar

9.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional?

a)

berasaskan rumpun bangsa

b)

pemerintah berkuasa mutlak

c)

pengiktirafan undanag-undang

d)

berdasarkan kepada perlembagaan

10.

Apakah langkah untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara kita?

a)

mewartakan undag-undang

b)

menubuhkan badan kehakiman

c)

mewujudkan suruhnjaya bebas

d)

melaksanakan pindaan perlembagaan

11.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, peranan Majlis Raja-raja adalah

a)

mengesorkan perintah darurat

b)

mengisytiharkan persempadanan

c)

Meluluskan peruntukan perbelenjaan

d)

memperkenankan pindaan perlembagaan

12.

Mengapakah kerajaan Persekutuan diperuntukan kuasa lebih besar berbanding Kerajaan Negeri?

I Kewujudkan keadilan

II Mengukuhkan perpaduan

III Menjamin kestabilan negara

IV Meningkatkan kemajuan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Gambar berikut berkaitan dengan Taman Negara di Sabah dan Sarawak.

Apakah keistimewaan taman negara tersebut?

a)

pusat spesies Refflesia

b)

Zon perlindungan PERHILITAN

c)

Tapak warisan Dunia UNESCO

d)

Pusat penjagaan flora dan fauna

14.

Indonesia membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tentang pembentukan Malaysia.

Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?

a)

mengusulkan idea

b)

memberi penjelasan

c)

mengadakan siri lawatan

d)

membuat tinjauan semula

15.

Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?

I Kuasa terhad

II Pasaran bersama

III Pelabuhan bebas

IV Tuntutan percukaian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.

Bagaimanakah matlamat DPN dapat dicapai?

a)

pembangunan seimbang antara negeri

b)

pembukaan bandar-bandar baharu

c)

penyusunan masyarakat di bandar

d)

pemupukan nilai kebangsaan

17.

Logo berikut brkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam kelestarian global.

Mengapakah anugerah tersebut diperkenalkan

a)

pemeliharaan alam sekitar

b)

pemulihan flora dan fauna

c)

promosi pelancongan

d)

penjagaan kesihatan

18.

Apakah bidang kuasa bagi kerajaan Persekutuan?

a)

Tanah

b)

Pertanian

c)

Pertahanan

d)

Undang-undang Islam

19.

Rajah berikut berkaitan dengan peringkat pentadbiran kerajaan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan > kerajaan negeri > X

Apakah X?

a)

kerajaan pusat

b)

kerajaan wilayah

c)

kerajaan tempatan

d)

kerajaan bersekutu

20.

Pilih bidang kuasa SENARAI BERSAMA antara Persekutuan dan Negeri.

a)

Biasiswa

b)

Pertahanan

c)

Tanah

d)

Pengangkutan