NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAB 10 MPU3122 (MINGGU 3)
Total questions: 20
Worksheet time: 30mins
Apakah dua (2) sumber utama kepada etika dan peradaban Islam?
A. Rasul dan malaikat
B. Al-Quran dan As-Sunnah
C. Rukun Islam dan Rukun Iman
D. Sirah Nabi dan Hikayat Melayu Lama
Perbahasan etika di dalam peradaban Islam secara konsepnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu _____________, akhlak, dan _____________.
A. etika, moral
B. peribadi, moral
C. nilai murni, etika
D. peribadi, nilai murni
Nyatakan titik tertinggi yang penting kepada etika dan peradaban Islam?
A. Niat
B. Amal
C. Akhlak
D. Tauhid
_____________ memberikan definisi 'akhlak' sebagai keadaan jiwa individu yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa memerlukan pertimbangan akal fikiran.
A. Al-Ghazali
B. Ahmad Amin
C. Ibnu Maskawayh
D. Professor Al-Attas
Apakah maksud 'sekular'?
A. Perkara yang berkaitan integriti dan tanggungjawab.
B. Sesuatu yang berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
C. Kesungguhan secara tekun dalam memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas.
D. Kepercayaan bahawa agama tidak sepatutnya dilibatkan dalam sesebuah organisasi masyarakat, pendidikan dan lain-lain.
Pilih peryataan yang benar tentang 'perbuatan menegaskan bahawa Allah SWT itu satu.'
A. Ia ialah lawan kepada 'syirik'.
B. Ia merupakan asas kepada akhlak.
C. Ia merujuk kepada cinta Rasulullah SAW.
D. Ia menjadi penanda aras kepada tahap ilmu individu.
Mengapakah Prof. Al-Attas menjelaskan bahawa manusia yang mempunyai tauhid ialah manusia yang mampu membangunkan peradaban Islam dengan baik?
A. Kerana manusia tidak sempurna.
B. Kerana manusia seperti itu ialah seorang yang beradab.
C. Kerana kurang manusia yang mahu membangunkan peradaban Islam.
D. Kerana pembangunan peradaban Islam telah disebutkan beberapa kali di dalam al-Quran.
Istilah 'akhlak' berasal daripada kata 'khuluq'. Pilih penerangan yang tepat untuk konsep 'akhlak di dalam peradaban Islam'.
A. Ia menguatkan keimanan seorang Muslim.
B. Ia menjadikan seorang manusia itu mengenal malaikat.
C. Ia menggambarkan hubungan langsung di antara manusia dan Penciptanya.
D. Ia membuktikan status kerasulan Rasulullah SAW melalui sirah-sirah Baginda dan para sahabat.
Yang manakah antara berikut merumuskan hadis tersebut? Sabda Rasulullah SAW, "Iman itu mempunyai enam puluh cabang lebih. Cabang yang paling utama adalah kalimat bahawa tidak ada Tuhan selain Allah SWT dan yang paling bawah adalah membersihkan gangguan dari jalan dan malu merupakan sebahagian daripada iman." (H.R. Muslim)
A. Konsep solat.
B. Konsep insan bertakwa.
C. Konsep membuat kebaikan.
D. Konsep mentauhidkan Allah SWT.
Pilih contoh ayat al-Quran atau hadis yang tidak relevan dengan definisi akhlak.
A. Rasulullah SAW bersabda, "Yang disebut dengan 'al-birr' (kebaikan) adalah akhlak yang baik." (H.R. Muslim)
B. "Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (At-Taubah: 103)
C. "Sesungguhnya yang paling aku cintai daripada kalian dan yang paling dekat posisinya daripadaku pada hari kiamat nanti adalah yang paling mulia akhlaknya." (H.R. Al-Tirmidzi)
D. "Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan." (At-Taubah: 31)
Berikut merupakan perbuatan membersihkan hati daripada akhlak yang tercela kecuali
A. membuang sampah di tong sampah.
B. memakai perhiasan yang melampau banyak.
C. menjaga aurat mengikut tuntutan syarak dengan patuh.
D. menasihatkan netizen di media sosial dengan perkongsian hadis setiap hari.
Pernyataan tersebut paling relevan dikaitkan dengan prinsip yang mana?
A. Matlamat tidak menghalalkan cara.
B. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
C. Merakyatkan membangun bersama Islam.
D. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Semua dialog di bawah menggambarkan seorang pengamal sekularisme kecuali
A. "Nak berfesyen tudung tu, kena semak sama ada patuh syariah atau tidak."
B. "Negara demokrasi sepenuhnya melibatkan urusan pentadbiran manusia."
C. "Pembelajaran agama di sekolah-sekolah perlu dihentikan kerana ia tidak dipraktikkan oleh pelajar pada masa hadapan."
D. "Sukar nak mengaitkan aktiviti sukan dengan peraturan di bawah syariah. Jadi, sepatutnya ia tidak diberatkan dengan rujukan kepadanya."
Mengapakah konsep Mas'uliyyah diperkenalkan di bawah pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim?
A. Sebab ia berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
B. Sebab ia menjadi rujukan kepada prinsip-prinsip integriti dan tanggungjawab.
C. Sebab ia akan melahirkan komitmen kerja yang menekankan kepada akhlak dan amal soleh.
D. Sebab ia merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk tingkah laku dalam pekerjaan sama ada perbuatan, perkataan atau niat.
Penjelasan yang paling tepat untuk menggambarkan kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia melalui Perlembagaan Persekutuan ialah
A. penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian
B. pelaksanaan konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai.
C. penunjukkan sikap yang murni kepada masyarakat yang beragama lain dengan mengelakkan provokasi isu agama.
D. pemilikan syarikat dalam kalangan orang yang beragama Islam untuk menandingi masyarakat beragama lain di Malaysia.
Bagaimanakah konsep Itqan dapat melestarikan dasar pentadbiran 'Merakyatkan Membangun Bersama Islam' di negeri Kelantan?
A. Kerana ia mendekatkan diri seorang insan kepada Allah SWT.
B. Kerana ia bersifat sederhana dan tidak mampu menimbulkan bahaya dan kerosakan.
C. Kerana ia menekankan supaya pelaksanaan sesuatu perbuatan adalah perlu ikhlas.
D. Kerana ia melibatkan soal keikhlasan atau mutu kerja di mana daripada ajaran Islam ini akan menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.
Kenalpasti sifat mazmumah daripada senarai perlakuan yang diberikan di bawah.
A. Seorang penjawat awam menggunakan 30 minit daripada waktu bekerja untuk makan sarapan di kedai makan.
B. Seorang pelajar menendang pintu salah sebuah bilik kelas yang berkunci untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
C. Seorang menteri membelanjakan separuh daripada gajinya setiap bulan dengan membeli-belah barang-barang keperluan penduduk miskin kawasannya.
D. Seorang peminta sedekah mendekati sebuah kereta mewah dan mengeluarkan sehelai kain bersih sebelum dia mengelap keseluruhan badan kereta tersebut dengan niat mendapat upah.
Perbincangan yang paling tepat untuk memperihalkan akhlak sebagai sifat moral ialah
A. Saleh hanya bersolat di masjid yang diimamkan oleh individu daripada parti politik yang sama disokong olehnya.
B. Hisham mengundang jiran-jiran yang beragama Islam sahaja ke rumahnya ketika mengadakan majlis hari lahir anaknya.
C. Khairul menanam pokok kelapa renek di tepi pagar rumah sehingga pelepah kelapa yang membesar masuk ke kawasan rumah jiran.
D. Johan memberhentikan kereta dan turun untuk mengalih sebatang kayu yang merentangi jalan kecil yang menjadi laluan kenderaan di kejiranannya.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukannya maka tiada ada bagi Allah keperluan darinya untuk meninggalkan makan dan minumnya (yakin Allah SWT tidak menerima puasanya)." (H.R. Al-Bukhari)
A. amalan puasa seseorang terbatal kerana berbohong.
B. pembohongan yang dibuat akan menyebabkan segala amalan pada bulan puasanya tidak diterima.
C. hendaklah seseorang itu berusaha untuk menyelamatkan puasanya dengan mengelakkan perbuatan berbohong.
D. kurangkan berbohong untuk memastikan segala pahala ketika berpuasa akan kekal sehingga akhir Ramadan.
Secara ringkas, ketauhidan kepada Allah SWT ialah
A. penerimaan konsep triniti yang dibawa oleh agama Nasrani.
B. mutlak, jelas dan tertumpu kepada penegasan terhadap keesaan dan kebesaran Allah SWT.
C. penyangkalan dakwaan ahli falsafah tentang etika dan nilai moral yang berbentuk subjektif dan relatif.
D. pengertian kepada sejarah penurunan wahyu al-Quran yang menggambarkan tentang hubungan konsepsual makhluk dengan Pencipta.
