NEW
Font size
WorksheetsPRE TEST KPPA S41 SIRI 1
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Apakah proses yang perlu dilalui oleh ibu/bapa/ penjaga dalam membuat permohonan bagi kes kanak-kanak tidak terkawal?
Membuat permohonan secara bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak
Membuat permohonan secara bertulis kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
Membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai perintah yang boleh di buat oleh MBKK terhadap kes kanak-kanak tidak terkawal
Membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai
Membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat
Membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak di Sekolah Henry Gurney
Berikut ialah tempat reman kanak-kanak yang telah diwartakan KECUALI
Asrama Akhlak
Rumah Kanak-Kanak
Sekolah Tunas Bakti
Bagi permohonan kanak-kanak tidak terkawal, Laporan yang diperlukan di bawah peruntukan perenggan 46(3)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 perlu disediakan oleh
Pelindung
Pegawai Akhlak
Pelindung dan Pegawai Akhlak
Kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemulihan adalah seperti berikut:-
Kanak-kanak yang tiada ibubapa
Ada bersama dengan atau berada di bawah kawalan penyelenggara rumah pelacuran
Semua di atas
Pelindung perlu menyediakan suatu laporan penyiasatan mengenai hal keadaan kes kanak-kanak dalam tempoh yang ditetapkan setelah kanak-kanak diletakkan sementara di tempat perlindungan di bawah Seksyen 39 Akta Kanak-kanak 2001 untuk dikemukakan kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak. Laporan yang dimaksudkan adalah:-
Laporan Siasatan/ Inkuiri
Laporan Pelindung
Laporan Akhlak
Berikut adalah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diwartakan sebagai tempat perlindungan di bawah Seksyen 55, Akta Kanak-kanak 2001.
Sekolah Tunas Bakti
Asrama Akhlak
Taman Seri Putri
Seorang kanak-kanak berumur 16 tahun sedang hamil tujuh (7) bulan telah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban dan memohon tempat perlindungan sehingga melahirkan bayi. Kanak-kanak dikategorikan sebagai :-
Kanak-kanak tidak terkawal
Kanak-kanak terlibat dengan jenayah
Kanak-kanak memerlukan perlindungan segera
Pelindung boleh mengenakan apa-apa syarat yang patut bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera seperti berikut :
a) Ibu atau bapa atau penjaga hendaklah menghadiri bengkel interaktif
b) Ibu atau bapa hendaklah melawat kanak-kanak secara tetap seperti mana ditentukan oleh Pelindung
c) Semua di atas
Seorang pelindung telah menerima aduan daripada orang awam mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di sebuah bilik sewa yang berkunci. Kanak-Kanak tersebut berada di dalam keadaan kelaparan dan mengalami susut berat badan yang sangat ketara, tidak terurus, dan suasana bilik yang sangat kotor. Kanak-kanak tersebut boleh diselamatkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 menggunakan seksyen berikut:
17 (1)(b)
17 (1)(c)
17 (1)(d)
Menteri boleh melantik Pembantu pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 mengikut Seksyen …….
Seksyen 8
Seksyen 8A
Seksyen 9
Apakah peruntukan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang membenarkan kanak-kanak di tempatkan kepada keluarga pelihara melalui kuasa Ketua Pengarah?
Seksyen 30(1)(a)
Seksyen 30(1)(b)
Seksyen 30(1)(c)
Di bawah Seksyen ___, mana-mana Pelindung berpuashati dengan alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan boleh mengambil kanak-kanak tersebut.
Seksyen 15
Seksyen 18
Seksyen 25
Punca kuasa bagi pengendalian kes anak pelihara adalah:
Akta Pengangkatan 1952
Akta Pendafatran Pengangkatan 1952
Akta Kanak-Kanak 2001
Tugas dan peranan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak kecuali:
Memberitahu apa-apa kejadian penganiayaan dan pengabaian kepada mana-mana pelindung
Hadir ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak sebagai penasihat Mahkamah
Bertanggungjawab dalam pengurusan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
Takrifan Ibu atau bapa peliharaan:
i
ii
Semua di atas
Kanak-kanak yang boleh ditempatkan kepada ibu atau bapa pelihara atau kepada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) adalah yang tergolong di bawah kategori kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah seksyen..
17(1)(e)
17(1)(d)
17(1)(a)
Seseorang telah membuat pemakluman kepada Pelindung tentang seorang kanak-kanak berada dalam jagaannya. Nyatakan proses kerja yang perlu dilakukan oleh Pelindung?
iii,iv,ii,i
iv, iii, i,ii
iii,iv,i, ii
Apakah peranan Pelindung dalam Akta Pengangkatan 1952?
Menyelamat kanak-kanak apabila didera dan diabaikan
Sebagai penjaga ad-litem yang dilantik oleh Mahkamah dan menyediakan Laporan penjaga ad-litem untuk rujukan Mahkamah
Mendapatkan ibu atau bapa pelihara untuk tujuan pengangkatan
Menteri boleh melantik Pelindung dan Pegawai Akhlak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 mengikut Seksyen…..
Seksyen 8 dan 8A
Seksyen 8 dan 10
Seksyen 10 dan 8
