Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5B9 Dasar Luar Malaysia

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah DUA kaedah kerjasama sosial terjalin antara Malaysia dengan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)? (BTms211)

a)

Menawarkan pemotongan cukai

b)

Mengadakan pertukaran pelajar

c)

Menganjurkan festival kebudayaan

d)

Menandatangani perjanjian pertahanan

2.

Rancangan Colombo telah diperkenalkan oleh pertubuhan Komanwel pada tahun 1951.

Apakah kepentingan rancangan tersebut? (BTms 206)

a)

Menangani masalah kemiskinan

b)

Menamatkan dominasi negara maju

c)

Membanteras pemerdagangan manusia

d)

Menyediakan bantuan ketenteraan

3.

Malaysia telah menandatangi Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) pada 15 hingga 16 April 1971.

Apakah rasional perjanjian tersebut ditandatangani? (BTms209)

a)

Menjana ekonomi negara

b)

Memperoleh bantuan teknikal

c)

Mengharamkan senjata nuklear

d)

Mengurangkan tarif cukai

4.
  1. Pada tahun 1976, Malaysia telah menyertai Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN

di Bali, Indonesia.

Apakah isu yang dibincangkan dalam persidangan tersebut? (BTms208)

a)

Pertindihan persempadanan

b)

Pergolakan di Indochina

c)

Pemulihan mata wang

d)

Penyalahgunaan dadah

5.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan erat dengan pelbagai kerajaan di rantau dan luar Alam Melayu pada abad ke-15.

Apakah DUA sebab Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar pada ketika itu?

(BTms195)

a)

Mengekalkan penguasaan perdagangan di Selat Melaka

b)

Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka

c)

Membantu menguasai tanah jajahan yang luas

d)

Melancarkan sistem pemerintahan kerajaan Melaka

6.

Maklumat berikut adalah perubahan dasar luar Malaysia pada tahun 1970-an.

**Dasar Berkecuali

Apakah perkara yang membuktikan perubahan dasar Malaysia tersebut? (BTms197 - keperluan nasional)

a)

Menandatangani Perjanjian Pertahanan Malaysia-British

b)

Menjadi perantara menyelesaikan konflik antara Iran-Iraq

c)

Mengisytiharkan deklarasi ZOPFAN bersama negara ASEAN

d)

Menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi

7.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam pasaran antarabangsa? (BTms209)

a)

Kebergantungan pinjaman luar

b)

Dominasi ekonomi negara maju

c)

Ketidakstabilan nilai mata wang

d)

Tarif dan cukai yang murah

8.

Pilih pasangan yang betul berkaitan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia. (BTms197)

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Pasukan pengaman PBB telah dibentuk di negara bergolak di Lubnan, Somalia, dan Kemboja.

Mengapakah situasi di atas berlaku? (BTms200)

a)

Mengembalikan kedaulatan undang-undang

b)

Memastikan pembangunan ekonomi

c)

Mengadakan rundingan

d)

Menjaga kebajikan rakyat

10.

Misi pengaman dihantar ke Congo pada tahun 1960 hingga 1964.

Mengapakah misi ini disertai oleh Malaysia. (BTms200)

a)

Membantu pentadbiran

b)

Mendaulatkan undang-undang

c)

Memberi latihan teknikal

d)

Menjadi jurubahasa

11.
  1. Prinsip berikut berkaitan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa.

  2. “Hidup bersama secara aman”

  3. Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia berpendirian tersebut? (BTms198)

a)

Mendukung Piagam PBB

b)

Meneroka benua Antartika

c)

Menyertai komuniti ASEAN

d)

Menuntut Kepulauan Spratly

12.

38. Jadual berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu politik negara Islam.

Apakah X? (BTms216)

a)

A. Menyokong kemerdekaan negara

b)

B. Menyediakan dana pembangunan

c)

C. Memberi latihan ketenteraan

d)

D. Menghantar misi pengaman

13.

Maklumat berikut berkaitan negara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

  • * China

  • * India

Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan diplomatik tersebut? (BTms197)

a)

Kebijaksanaan kepimpinan

b)

Keperluan nasional

c)

Persekitaran luar

d)

Ikatan sejarah

14.

Gambar berikut merujuk kepada pelibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

Antara berikut, manakah DUA kerjasama ekonomi yang dilakukan oleh Malaysia? (BTms211)

a)

Mengawal harga dagangan

b)

Menyediakan kemudahan kredit

c)

Menyokong konsep integrasi ekonomi

d)

Menawarkan potongan cukai barangan

15.

Rajah berikut berkaitan dengan dasar luar negara.

Matlamat Penggubalan Dasar Luar

---> Melindungi kepentingan nasional

--> Mempertahankan kedaulatan negara

---> Y

Apakah ‘Y’? (BTms196)

a)

Memajukan teknologi

b)

Memupuk hubungan baik

c)

Melestarikan alam sekitar

d)

Mengelakkan penindasan kaum

 

16.

Antara berikut manakah sumbangan Malaysia dalam menjaga keamanan rantau ASEAN? (BTms210-211)

a)

Menubuhkan organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)

b)

Mengumunkan deklarasi Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN)

c)

Menandatangani perjanjian Anglo-Malaysian Defence Agreement (AMDA)

d)

Menyertai Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)

17.

Maklumat berikut berkaitan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Luar Negeri pertama.

Kewujudannya adalah berperanan menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Manakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut? (BTms196)

a)

Wisma Putra

b)

Perbadanan Putrajaya

c)

Putra World Trade Centre (PWTC)

d)

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi ASEAN.

Skim Keutamaan Perniagaan (SKP)

Apakah kelebihan SKP? (BTms211)

a)

Pembayaran tarif rendah

b)

Pemotongan cukai barangan

c)

Pengunaan mata wang ASEAN

d)

Pertukaran teknologi pemasaran

19.

Apakah tindakan Malaysia untuk menyelesaikan konflik di Vietnam? (BTms210)

a)

Memberi latihan teknikal

b)

Membentuk pakatan tentera

c)

Menyelaras rundingan damai

d)

Menghantar pasukan pengaman

20.

Rajah berikut berkaitan dengan cantunam nama tiga buah negara di Asia Tenggara.

MAPHILINDO => Malaysia, Filipina, Indonesia

Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara-negara tersebut? (BTms210)

a)

Membanteras komunis

b)

Menamatkan persengketaan

c)

Meningkatkan ekonomi serantau

d)

Membentuk kerjasama ketenteraan

21.

Pernyataan berikut berkaitan Kementerian Luar Negeri.

Apakah X? (BTms196)

a)

Parlimen

b)

Wisma Putra

c)

Istana Negara

d)

Jabatan Perdana Menteri

22.

Berikut merupakan deklarasi yang dikemukakan Malaysia dalam ASEAN.

Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) diumumkan di Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia akur pada deklarasi tersebut? (BTms210)

a)

Menjalin hubungan dengan China

b)

Menentang Dasar Aparteid Afrika Selatan

c)

Menghalang pengeksploitasian benua Antartika

d)

Menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain

23.

Maklumat berikut berkaitan Five Power Defence Arrangements (FPDA) ialah perjanjian  yang melibatkan Malaysia, Singapura, Britain, New Zealand dan Australia.

Mengapakah Malaysia menandatangani perjanjian tersebut? (BTms209)

a)

Mengatasi masalah pelarian

b)

Memperkukuh pertahanan negara

c)

Melindungi kepentingan nasional

d)

Mengelakkan masalah pencerobohan

24.

Perang Dingin merupakan konflik politik yang melibatkan Blok Barat dan Blok Timur.

Bagaimanakah perang tersebut memberi kesan terhadap Malaysia? (BTms197 - persekitaran luar)

a)

Ekonomi meleset

b)

Dasar luar berubah   

c)

Harta benda musnah

d)

Jumlah kematian meningkat

25.

Apakah DUA peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)? (BTms212)

a)

Menentang Dasar Aparteid

b)

Membangkitkan isu Palestin

c)

Memperjuangkan isu pelarian

d)

Menangani isu pencemaran

26.

Maklumat berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.

⚫ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

⚫ Setiausaha Agung pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Matlamat pertubuhan tersebut ialah (BTms214 - biru)

a)

Menyelesaikan konflik serantau

b)

Mengukuhkan pakatan ketenteraan

c)

Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali

d)

Menjaga kepentingan masyarakat negara anggota

27.

Rajah berikut berkaitan dengan cantunam nama tiga buah negara di Asia Tenggara.

MAPHILINDO => Malaysia, Filipina, Indonesia

Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara-negara tersebut? (BTms210)

a)

Membanteras komunis

b)

Menamatkan persengketaan

c)

Meningkatkan ekonomi serantau

d)

Membentuk kerjasama ketenteraan

28.

Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.

Mengapakah Malaysia bertindak sedemikian? (BTms207)

a)

Kebebasan beragama disekat

b)

Dasar komunis diamalkan

c)

Diskriminasi kaum dilaksanakan

d)

Hubungan dagang terhad

29.

Dalam menangani isu politik negara Islam, Malaysia menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin melalui Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Apakah buktinya? (BTms216)

a)

Mengecam campurtangan Britain di Palestin

b)

Menjadi tentera sukarela Malaysia ke Palestin

c)

Memberi bantuan senjata kepada rakyat Palestin

d)

Menyokong sebuah negara merdeka untuk Palestin

30.

Apakah matlamat PBB?

a)

mengekalkan keamanan

b)

mengekalkan kestabilan dunia

c)

membina hubungan diplomatik dengan negara lain

d)

memperbaikkan dasar ekonomi negara