wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 - 4 SAINS TINGKATAN 1

Total questions: 36

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Antara subjek berikut, yang manakah perlu dipelajari oleh seorang ahli botani?

a)

Fizik

b)

Kimia

c)

Biologi

d)

Geologi

2.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kuantiti asas?

a)

Jisim

b)

Masa

c)

Isipadu

d)

Panjang

3.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbezaan ketumpatan dalam aplikasi kehidupan seharian?

a)

Belon udara panas boleh naik ke udara kerana udara panas lebih tumpat daripada udara sejuk

b)

Pelampung boleh terapung di atas air kerana udara di dalamnya lebih tumpat daripada air

c)

Rakit boleh terapung di atas air kerana kurang tumpat daripada air

d)

Kapal boleh terapung di atas air kerana lebih tumpat daripada air

4.

Ahmad menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara panjang bandul dengan masa bagi satu ayunan lengkap. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan masalah bagi eksperimen ini?

a)

Panjang bandul mempengaruhi masa untuk 10 ayunan lengkap

b)

Bagaimanakah panjang bandul mempengaruhi masa satu ayunan lengkap?

c)

Semakin panjang bandul, semakin panjang masa untuk 10 ayunan lengkap

d)

Semakin panjang bandul, semakin panjang tempoh untuk satu ayunan lengkap

5.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang fotosintesis?

a)

Menghasilkan nitrogen dan air

b)

Menggunakan karbon dioksida dan air

c)

Menggunakan glukosa di dalam tumbuhan

d)

Berlaku dalam keadaan tanpa cahaya matahri

6.

Antara mekanisme pembetulan berikut, yang manakah berlaku apabila kandungan air dalam badan meningkat?

a)

Otak merangsang penghasilan peluh

b)

Otak merencatkan penghasilan peluh

c)

Otak merangsang rembesan hormon untuk meningkatkan penghasilan air kencing

d)

Otak merangsang rembesan hormon untuk mengurangkan penghasilan air kencing

7.

Apakah sistem badan yang paling penting bagi mengekalkan suhu badan manusia?

a)

Sistem saraf dan sistem endokrin

b)

Sistem otot dan sistem pencernaan

c)

Sistem saraf dan sistem pencernaan

d)

Sistem perkumuhan dan sistem endokrin

8.

Antara proses berikut, yang manakah membantu menyejukkan tumbuhan pada hari yang panas?

a)

Respirasi

b)

Pembiakan

c)

Transpirasi

d)

Fotosintesis

9.

Pernyataan yang manakah benar tentang sistem pembiakan perempuan?

a)

Serviks mengeluarkan mukus untuk membantu sperma berenang ke dalam uterus

b)

Persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku di uterus

c)

Embrio berkembang dan membesar di tiub Falopio

d)

Ovari hanya menghasilkan hormon seks wanita

10.

Apakah proses yang berlaku selepas zigot membahagi dan menjadi embrio?

a)

Embrio diselaputi bendalir amnion

b)

Embrio menjadi bayi di dalam uterus

c)

Embrio ditolak keluar melalui serviks

d)

Embrio menempel pada dinding uterus

11.

Kitar haid terdiri daripada empat fasa yang berlaku selama kira-kira 28 hari. Antara yang berikut, yang manakah fasa apabila pengovulan berlaku?

a)

Fasa haid

b)

Fasa subur

c)

Fasa prahaid

d)

Fasa pemulihan

12.

Mengapakah kehamilan tidak berlaku walaupun persenyawaan telah berlaku?

a)

Embrio perlu melepasi dinding uterus yang menebal

b)

Zigot membahagi berulang kali semasa bergerak ke tiub Falopio

c)

Hanya satu sperma boleh menembusi ovum semasa persenyawaan

d)

Embrio tidak mampu menempel dengan kuat pada dinding uterus

13.

Apakah ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh serangga?

I Filamen yang panjang

II Stigma yang berbulu

III Berbau harum

IV Butir debunga yang melekit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Jirim didefinisikan sebagai semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Antara yang berikut, yang manakah bukan jirim?

a)

Cahaya

b)

Tanah

c)

Udara

d)

Air

15.

Tukarkan 1.9 kg kepada ................. g

a)

190

b)

1900

c)

19

d)

1.90

16.

Rajah menunjukkan satu radas. Apakah fungsi radas ini?

a)

Untuk mengisi cecair

b)

Untuk menyukat isipadu cecair

c)

Untuk menuras pepejal daripada larutan

d)

Untuk menyukat isipadu cecair yang tetap

17.

Rajah menunjukkan alat pengukur P. Antara yang berikut, yang manakah boleh diukur menggunakan alat pengukur P?

a)

Luas bilik

b)

Jisim bola keluli

c)

Diameter bola tenis

d)

Ketebalan duit syiling

18.

Pernyataan berikut adalah mengenai suatu kaedah saintifik.

Pernyataan umum yang perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Apakah kaedah saintifik yang dihuraikan?

a)

Inferens

b)

Masalah

c)

Hipotesis

d)

Pemboleh ubah

19.

Rajah 4 menunjukkan satu aktiviti untuk menentukan isipadu sebiji batu. Berapakah isipadu batu itu?

a)

44 cm3

b)

26 cm3

c)

18 cm3

d)

8 cm3

20.

Antara yang berikut, yang manakah organisma unisel?

a)

b)

c)

d)

21.

Peta alir di bawah menunjukkan peringkat-peringkat organisasi sel.

Sel > Y > Organ > Sistem > Organisma

Apakah contoh Y?

a)

b)

c)

d)

22.

Pernyataan berikut adalah mengenai suatu sistem di dalam badan manusia.

Sistem ini menyokong badan dan melindungi organ dalaman.

a)

Sistem otot

b)

Sistem rangka

c)

Sistem endokrin

d)

Sistem perkumuhan

23.

Persamaan di bawah menunjukkan proses respirasi sel.

Glukosa + Oksigen > X + Air + Tenaga

Apakah proses yang berlaku dalam tumbuhan dengan kehadiran X?

a)

Fotosintesis

b)

Respirasi sel

c)

Pendebungaan

d)

Pembahagian sel

24.

Antara yang berikut, yang manakah contoh homeostasis dalam badan manusia?

P - Suhu badan

Q - Kesihatan badan

R - Saiz badan

S - Kandungan air

a)

P dan Q

b)

R dan S

c)

P dan S

d)

Q dan R

25.

Rajah menunjukkan keadaan lapisan kulit semasa suhu persekitaran rendah. Apakah mekanisme pembetulan yang ditunjukkan di atas?

a)

Kelenjar peluh menghasilkan banyak peluh

b)

Salur darah mengembang

c)

Bulu roma menegak

d)

Kulit menggelupas

26.

Rajah menunjukkan seekor kucing semasa cuaca panas. Apakah gerak balas kucing tersebut untuk menurunkan suhu badannya?

a)

Menggoyang ekornya

b)

Tidur dengan lama

c)

Berlari dengan pantas

d)

Menjilat bulu di badannya

27.

Maklumat berikut menunjukkan gejala strok haba.

  • - Suhu badan tinggi

  • - Kurang berpeluh

  • Antara langkah berikut, yang manakah perlu dilakukan jika seseorang mengalami gejala di atas?

a)

Banyakkan bergerak

b)

Minum minuman panas

c)

Mandi dan basahkan badan

d)

Tutup badan dengan selimut

28.

Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan. Antara keadaan berikut, yang manakah berlaku kepada pokok pisang semasa cuaca panas?

a)

Melebarkan daunnya

b)

Menggugurkan daunnya

c)

Menggulungkan daunnya

d)

Meningkatkan respirasi sel

29.

Rajah menunjukkan stoma pada permukaan daun. Bilakah keadaan di atas akan berlaku?

a)

8.00 pagi

b)

6.00 petang

c)

10.00 malam

d)

12.00 tengah hari

30.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri pembiakan aseks?

P - Berlaku kepada tumbuhan berbunga

Q - Berlaku kepada tumbuhan

R - Berlaku kepada Amoeba dan Hydra

S - Berlaku kepada manusia

a)

P dan Q

b)

R dan S

c)

P dan S

d)

Q dan R

31.

Rajah menunjukkan proses pembiakan aseks dalam suatu organisma. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang proses dalam rajah di atas?

a)

Dua sel jantan dihasilkan di akhir proses

b)

Terdapat pembahagian sitoplasma yang sama rata

c)

Nukleus asal daripada induk terbahagi kepada dua

d)

Proses ini melibatkan percantuman antara dua sel pembiakan

32.

Rajah menunjukkan sistem pembiakan perempuan. Apakah fungsi uterus?

a)

Menerima sperma

b)

Menghasilkan gamet betina

c)

Tempat persenyawaan sperma dan ovum

d)

Tempat embrio berkembang dan membesar

33.

Rajah menunjukkan fetus di dalam uterus seorang ibu. Apakah fungsi bendalir amnion?

a)

Tempat embrio menempel

b)

Menghubungkan fetus dengan plasenta

c)

Bertindak sebagai kusyen untuk menyerap gegaran

d)

Tempat pertukaran nutrien, oksigen, karbon dioksida dan bahan kumuh antara darah ibu dengan darah fetus

34.

Rajah menunjukkan gaya hidup tidak sihat seorang wanita hamil. Apakah risiko yang mungkin dialami oleh wanita itu?

I Keguguran

II Hepatitis B

III Jangkitan virus

IV Kelahiran pramatang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Rajah menunjukkan salah satu kaedah pencegahan kehamilan. Bagaimanakah kaedah ini dapat mencegah kehamilan?

a)

Menghalang penempelan ovum yang telah disenyawakan pada dinding uterus

b)

Mengelakkan kemasukan sperma ke dalam faraj

c)

Mengelakkan ovum keluar daripada ovari

d)

Mengelakkan pengovulan

36.

Rajah menunjukkan salah satu jenis pendebungaan. Antara yang berikut, yang manakah keburukan bagi jenis pendebungaan ini?

a)

Biji benih berkualiti

b)

Mempunyai varieti baharu

c)

Rintangan yang rendah terhadap serangga perosak

d)

Boleh menyesuaikan diri denagn persekitaran