wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 3 - PERKESO

Total questions: 20

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Diantara yang berikut, siapakh pekerja yang tidak perlu didaftar dan mencarum dengan PERKESO ?

a)

Warganegara Malaysia

b)

Permastautin Tetap

c)

Pasangan kepada pemilik syarikat

d)

Permastautin Sementara

2.

Berapakah umur pekerja yang perlu dicarum untuk Skim Insurans Pekerjaan ?

a)

18 - 55 Tahun

b)

18 - 60 Tahun

c)

21 - 55 Tahun

d)

21 - 60 Tahun

3.

Berapakah had siling gaji yang boleh diinsurankan ?

a)

RM 5,000

b)

RM 10, 000

c)

RM 1,500

d)

RM 2,500

4.

Berapa peratus syer caruman pekerja untuk Skim Bencana Kerja dan Keilatan ?

a)

0.1 %

b)

0.3 %

c)

0.5 %

d)

0.7 %

5.

Berapa peratus pula jumlah caruman yang perlu dibayar oleh pekerja untuk Sistem Insurans Pekerjaan ?

a)

0.1 %

b)

0.2 %

c)

0.5 %

d)

0.6 %

6.

Apakah jenis perlindungan yang diperolehi daripada Skim Bencana Pekerjaan ?

a)

Perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

b)

Perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat sewaktu masa bekerja sahaja.

c)

Perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

d)

Perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit berjangkit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemalangan semasa menjalankan pekerjaan ?

a)

Kemalangan yang ditimpa ketika berada di luar temapt kerja untuk melancong.

b)

Kemalangan yang ditimpa ketika menuju ke tempat kerja.

c)

Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja.

d)

Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemalangan semasa kecemasan ?

a)

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan sewaktu sedang melancong.

b)

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

c)

Kemalangan yang berlaku akibat pekerja menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya.

d)

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam di dalam kecemasan.

9.

Diantara berikut, manakah yang boleh dikategorikan sebagai kemalangan semasa dalam perjalanan ?

i. Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya

  • ii. Perjalanaan yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya

  • iii. Perjalanaan di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan

  • iv. Perjalanan yang dibuat untuk membawa ahli keluarga pergi bersiar-siar pada hujung minggu.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

i, ii dan iv

10.

Diantara berikut , manakah yang boleh dikategorikan sebagai penyakit khidmat ?

a)
  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan di tempat kerja.

b)
  • Penyakit asma disebabkan oleh faktor genetik dan keturunan.

c)

Hilang pendengaran disebabkan oleh kerana sering mendengar muzik yang terlalu kuat.

d)

Penyakit kurap yang disebabkan oleh faktor kurang menjaga kebersihan diri.

11.

Dimanakah seorang pekerja yang mengalami kecederaan parah perlu dihantar untuk rawatan ?

a)

Hospital Kerajaan

b)

Klinik Panel

c)

Hospital Swasta

d)

Klinik Kesihatan Kerajaan

12.

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah :

i. 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.

ii. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari.

iii. Kadar maksimum bayaran faedah adalah RM132 sehari.

iv. Dibayar dengan jumlah RM 80 sehari.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

i, iii dan iv

13.

Berapakah faedah harian yang boleh diperolehi akibat hilang upaya kekal ?

a)

RM 30 - RM 148.50 sehari

b)

RM 30 - RM 150 sehari

c)

RM 50 - RM 148.50 sehari

d)

RM 30 - RM 180.50 sehari

14.

Apakah jenis faedah yang boleh diberikan kepada waris ahli yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan ?

a)

Faedah Hilang Upaya Kekal

b)

Faedah Hilang Upaya Sementara

c)

Faedah Orang Tanggungan

d)

Elaun Layanan Sentiasa

15.

Berapakah jumlah Elaun Layanan Sentiasa yang telah ditetapkan untuk Pekerja yang menerima taksiran hilang upaya langsung yang kekal dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain ?

a)

RM 500

b)

RM 1,000

c)

RM 1,500

d)

RM 2,000

16.

Bilakah situasi yang boleh menganggap seorang pekerja itu mengalami keilatan ?

i. Apabila pekerja mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh

ii. Tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya

iii. Tidak berupaya melakukan kerja yang biasa dilakukan sehingga kecederaannya pulih akibat cedera yang doleh dirawat dan sembuh

iv. Hilang sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i dan iv

17.

Berapakah kadar minimum Pencen Ilat yang layak diterima sebulan oleh ahli yang mencarum dengan PERKESO ?

a)

RM 500

b)

RM 550

c)

RM 1,000

d)

RM 1,500

18.

Diantara faedah yang boleh diperolehi melalui Skim Keilatan ialah kemudahan pemulihan jasmani / vokasional / return to work / dialisis. Yang manakah diantara berikut merupakan pemulihan vokasional yang dilaksanakan oleh PERKESO ?

i. Latihan dalam bidang elektrikal

ii. Latihan dalam bidang jahitan

iii. Latihan dalam bidang teknologi maklumat (IT)

iv. Latihan di luar negara

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

19.

Pembayaran faedah pengurusan mayat akan dibuat kepada waris yang layak atau pihak yang menanggung kos pengebumian sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat sebarang sebab. Berapakah jumlah bayaran faedah tersebut ?

a)

Mengikut jumlah kos sebenar atau RM 3,000 (mana yang lebih rendah)

b)

Mengikut jumlah kos sebenar seperti yang dibuktikan melalui resit tuntutan walaupun melebihi RM 3,000

c)

RM 1,500

d)

RM 2,500

20.

Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman yang disediakan di bawah Faedah Skim Keilatan. Siapakah yang layak diberikan faedah tersebut ?

i. Anak pesara kerajaan

ii. Anak penerima pencen ilat

iii. Anak penerima pencen penakat

iv. Anak penerima bantuan ilat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv