wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4B7L1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein telah mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baharu. Apakah cadangan jawatankuasa tersebut?
a)
Menyediakan pembiayaan pendidikan
b)
Memperkenalkan kurikulum seragam
c)
Mewujudkan sekolah aneka jurusan
d)
Menaik taraf sekolah vernakular
2.
Mengapakah Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP) pada tahun 1951?
a)
Menyatukan anak negeri
b)
Menentang ancaman komunis
c)
Mewujudkan perpaduan kaum
d)
Memperjuang hak bumiputera
3.
Isu berikut dihadapi orang Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mengatasi isu tersebut ?
a)
Menetapkan kuota pelaburan asing
b)
Mengurangkan kemasukan golongan imigran
c)
Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
d)
Menggiatkan fungsi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
4.
Maklumat berikut berkaitan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu sebelum merdeka. • Sekolah Melayu • Sekolah Cina • Sekolah Tamil Apakah kesan daripada pendidikan tersebut ?
a)
Perpaduan sukar dicapai
b)
Pengaruh komunis tersekat
c)
Kemahiran pekerja meningkat
d)
Kemasukkan imigran bertambah
5.
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
a)
Melaksanakan pilihan raya umum
b)
Menentukan syarat kewarganegaraan
c)
Melatih penduduk tempatan mentadbir
d)
Memantapkan perlembagaan persekutuan
6.
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah mengemukakan teras pembentukan sistem Pendidikan Kebangsaan. Apakah hasrat jawatankuasa tersebut?
a)
Memupuk perpaduan kaum
b)
Mengasaskan idea kemerdekaan
c)
Membasmi kemiskinan rakyat
d)
Menjaga keamanan negara
7.
Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951. Bagaimanakah sistem tersebut dapat mengukuhkan perpaduan?
a)
Gerakan membentuk kerajaan demokrasi
b)
Gabungan pemimpin pelbagai kaum
c)
Penyusunan semula masyarakat
d)
Penggunaan bahasa kebangsaan
8.
Apakah teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan yang dikemukakan oleh Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
a)
Guru terlatih di semua sekolah
b)
Sistem peperiksaan yang sama
c)
Pendidikan percuma untuk semua
d)
Kandungan kurikulum yang seragam
9.
Apakah tujuan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)? I Memantapkan sistem pentadbiran II Mewujudkan keadaan muhibah III Membetulkan keadaan politik IV Menambah baik undang-undang
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
10.
Maklumat berikut berkaitan dengan jawatankuasa pelajaran di negara kita. Ordinan Pelajaran 1952 ditubuhkan seleps Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Apakah tujuan pembentukan jawatankuasa pelajaran tersebut?
a)
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
b)
Penggunaan bahasa rasmi Persekutuan
c)
Pendidikan berorientasikan negara asal
d)
Bahasa ibunda dijadikan bahasa pengantar