wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Kursus Induksi PP/PPD/PPB

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan syarat kelayakan sebagai PPB?

a)

Memiliki sijil SKM.

b)

Memiliki sijil VTO/TVET-i.    

c)

Memiliki sijil Train The Trainer.

d)

Memiliki sijil induksi PP/PPD/PPB.

2.

Berapakah markah lulus minimum penilaian teori bagi NCS-Core Abilities Z-009:2015?

a)

50%

b)

60%

c)

70%

d)

80%

3.

Antara perkara berikut yang manakah boleh disabitkan dengan kesalahan semasa membuat permohonan pentauliahan sesuatu program latihan kemahiran di bawah Seksyen 24 Akta 652?

I.           Mengemukakan apa-apa pernyataan yang diketahui palsu.

II.         Mengemukakan atau memberikan maklumat yang mengelirukan.

III.        Mengemukakan Written Instructional Material (WIM) yang tidak lengkap.

IV.       Mengemukakan apa-apa pernyataan yang diketahui tidak benar atau menyembunyikan apa-apa fakta.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

4.

Pilih pernyataan yang benar mengenai Penilaian Kerja Kursus (PKK) bagi tahap 3.

a)

Markah lulus PKK Prestasi adalah 60%       

b)

Peratusan PKK Pengetahuan adalah 30%.

c)

Hanya satu (1) PKK Prestasi bagi setiap CU.

d)

PKK Prestasi boleh dibangunkan secara serentak bagi dua (2) CU.

5.

Maklumat di atas adalah rekod latihan pelajar bernama Zea. Apakah status keputusan Zea merujuk kepada maklumat di atas?

a)

Pelatih dikira gagal latihan industri, beliau perlu mengulang latihan industri sahaja.

b)

Pelatih dikira gagal latihan industri, beliau hanya akan dianugerahkan Penyata Pencapaian (PC).     

c)

Pelatih dikira gagal keseluruhan program, beliau perlu mengulang kesemua komponen penilaian.

d)

Pelatih dikira gagal latihan industri, beliau perlu mengulang latihan industri dan menyelesaikan baki komponen penilaian yang belum selesai

6.

Manakah di antara berikut bukan syarat kelayakan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)?

a)

Dilantik oleh PB.

     

b)

Berumur kurang dari 65 tahun.

c)

Lulus Kursus Induksi PP-PPD-PPB.

d)

Hanya diperakukan di satu PB pada satu-satu masa.

7.

Apakah tujuan penilaian di dalam Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia?

a)

Menentukan kepakaran seseorang pengajar dalam mencapai keterampilan semua pelatihnya.

 

b)

Menentukan sesorang calon sama ada mahir ataupun tidak mahir sepanjang latihan yang dilalui.

c)

Mekanisma yang digunakan untuk menilai pengetahuan dan pemahaman pelatih mengenai apa yang telah dipelajari.

d)

Menentukan seseorang calon mencapai tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi penganugerahan SKM/ DKM/ DLKM.

8.

Pilih kenyataan yang benar mengenai Program Micro Credential (MC).

I.           Kandungan latihan boleh terdiri dari 1 CU atau gabungan CU.

II.         Kandungan latihan boleh terdiri dari 1 WA atau gabungan WA.

III.        Persijilan yang diberikan adalah SKM/DKM/DLKM mengikut kelayakan.

IV.       Persijilan yang diberikan kepada yang layak adalah Penyata Pencapaian (PC).

a)

I, II dan III 

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

9.

Program Operasi Pemesinan (C259-006-2:2020) merupakan NOSS yang bermula pada Tahap 2. Berapakah jumlah jam latihan modul teras yang perlu dijadualkan berasaskan COPTPA bagi PB yang ingin menjalankan program tersebut?

a)

520 jam

b)

800 jam

c)

1040 jam

d)

1840 jam

10.

Sebelum mengemukakan permohonan sebagai Pusat Bertauliah (PB), sesebuah Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) perlu menetapkan nama PB yang bersesuaian. Apakah kriteria dalam penetapan nama PB?

 

I.          Tidak menyamai nama PB lain.

II.        Mencerminkan sebuah industri pembuatan atau perkilangan.

III.      Tidak berkait dengan nama JPK, bahagian di bawah JPK dan apa-apa berkaitan JPK.

IV.      Dibenarkan mencerminkan entiti perniagaan/syarikat (contoh: CBA Sdn. Bhd. atau ABC Berhad).

a)

I, II dan III

b)

l, ll dan IV

c)

  l, lll dan IV    

d)

  ll, lll dan lV

11.

Encik Zain telah diperaku sebagai PPB di PB XYZ dan masih sah tempoh sehingga 15 Mac 2019. Pada Julai 2017, PB tersebut telah mengemukakan semula permohonan PPB bagi Encik Alex bagi menggantikan Encik Zain yang telah bersara.

 

Apakah langkah yang perlu diambil oleh PB dalam memastikan syarat permohonan sebagai PPB iaitu hanya dibenarkan seorang sahaja PPB di satu PB pada satu-satu masa dipatuhi oleh mereka?

a)

Memohon perakuan batal jawatan bagi Encik Zain.

b)

Memohon perakuan personel baharu bagi Encik Alex.

c)

Memohon perakuan personel baharu bagi Encik Alex dan memohon berhenti khidmat bagi Encik Zain.

d)

Memohon perakuan personel baharu bagi Encik Alex dan memohon pembatalan jawatan bagi Encik Zain.

12.

Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan pendaftaran Pensijilan Kemahiran Malaysia pelatih antarabangsa seramai 15 orang dengan Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Fi dan Caj (Pindaan 2023)?

a)

RM 450.00

b)

RM 900.00

c)

RM 1500.00

d)

RM 3000.00

13.

Di manakah sijil pentauliahan Pusat Bertauliah perlu dipamerkan?

a)

Di bilik pengurus pusat bertauliah.

b)

Di bengkel program yang ditauliahkan. 

c)

Di papan kenyataan di premis yang ditauliahkan.

d)

Di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam di premis yang dinyatakan pada sijil pentauliahan.

14.

Berapakah tempoh pentauliahan setelah pembaharuan pentauliahan diluluskan oleh Ketua Pengarah?

a)

Satu (1) tahun

b)

Dua (2) tahun

c)

Tiga (3) tahun

d)

Empat (4) tahun

15.

Di antara pernyataan berikut, yang manakah bukan syarat bagi Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)?

a)

Lulus Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB.

b)

  Memiliki Sijil Teknik Mengajar bagi program VTO/TVET-I.

c)

Memiliki Perakuan Personel yang dikeluarkan oleh JPK.

d)

Memiliki SKM pada satu tahap lebih tinggi dalam subsektor atau bidang berkaitan atau kelayakan setara yang diluluskan KPPK.

16.

Apakah tindakan pusat bertauliah sekiranya ingin menamatkan program latihan yang telah ditauliahkan?

a)

Menghapuskan sijil pentauliahan dan memaklumkan kepada Ketua Pengarah.

 

b)

Menyerahkan sijil pentauliahan kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa dari tarikh penamatan.

c)

Menyerahkan sijil pentauliahan kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan.

d)

Menyerahkan sijil pentauliahan kepada Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga bulan tetapi tidak melebihi enam bulan dari tarikh penamatan.

17.

Berapakah tempoh perakuan bagi satu-satu jawatan personel PB? 

a)

Satu (1) tahun

b)

Dua (2) tahun

c)

Tiga (3) tahun

d)

Lima (5) tahun

18.

Berapakah kadar fi yang ditetapkan bagi permohonan pindaan maklumat untuk menambah 2 (dua) program pentauliahan?

a)

RM 200

b)

RM 400

c)

RM 800

d)

RM 1500

19.

“Didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”

Kenyataan di atas merujuk kepada kesalahan berkaitan  larangan ke atas pengiklanan. Apakah seksyen yang terpakai bagi kenyataan tersebut  dalam Akta 652?

a)

Seksyen 52

b)

Seksyen 53

c)

Seksyen 54

d)

Seksyen 59

20.

‘Semua bentuk komunikasi yang disiarkan melalui media elektronik atau apa-apa media kepada orang awam bagi maksud mempromosikan sesuatu penyedia latihan kemahiran atau program latihan.’

Apakah perkara yang berkaitan dengan penyataan di atas?

a)

Persijilan   

b)

Pengiklanan

c)

Pentauliahan    

d)

  Perhubungan