NEW
Font size
WorksheetsAYV10001-TUGASAN 1 (JD25)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1.Apakah bahasa yang sering digunakan sebagai bahasa kerja di Malaysia?
A. Bahasa Jerman
B. Bahasa Sepanyol
C. Bahasa Perancis
D. Bahasa Kebangsaan
2.Apakah tujuan mengenal pasti bahasa kerja yang standard?
I. Untuk komunikasi.
II. Untuk menjimatkan kos.
III. Untuk melakukan terjemahan.
IV. Untuk mengelakkan salah faham maklumat dan arahan.
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV
3.Apakah yang dimaksudkan dengan dialek?
A. Sejenis budaya.
B. Sejenis kumpulan etnik.
C. Loghat atau bahasa daerah.
D. Ungkapan yang sangat tidak formal.
4.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah slanga?
A. Bahasa loghat.
B. Bahasa daerah.
C. Ungkapan yang sangat tidak formal.
D. Kata-kata yang digunakan dalam bidang tertentu.
5.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah jargon?
A. Loghat.
B. Bahasa daerah.
C. Ungkapan yang sangat tidak formal.
D. Kata-kata yang digunakan dalam bidang tertentu.
6.Komunikasi lisan merangkumi aspek suara, badan, mata dan penampilan diri.
A. BETUL
B. SALAH
7.Tujuan manual kerja ialah memberi maklumat ringkas atau gambaran menyeluruh tentang sesuatu tugas.
A. BETUL
B. SALAH
8.Ekspresi muka, pergerakan, pakaian dan lain-lain juga adalah kaedah komunikasi.
A. BETUL
B. SALAH
9.Untuk menghasilkan komunikasi berkesan, perlu mengambil kira
A. komunikasi lisan.
B. komunikasi oral.
C. kemahiran dalam diri penutur.
D. khalayak yang menjadi sasaran.
10.Untuk berkomunikasi dengan berkesan, harus menggunakan semua yang berikut KECUALI
A. Sapaan yang betul.
B. Format yang sesuai.
C. Ungkapan yang sukar.
D. Tatabahasa yang formal.
11.Antara kelebihan komunikasi oral ialah
A. bersifat tidak formal.
B. berubah-ubah sifatnya.
C. maklum balas berlaku secara spontan.
D. boleh digunakan sebagai bukti dalam penyiasatan.
12.Anggukan kepala ialah contoh
A. komunikasi lisan
B. komunikasi oral
C. gerak isyarat
D. bahasa isyarat
13.Apakah contoh postur terbuka?
A. Menyilang tangan di dada
B. Duduk dengan kaki bersilang
C. Duduk dengan tangan bersilang
D. Duduk dengan tangan diletakkan di atas tempat sandaran tangan kerusi
14.Postur tertutup mungkin menandakan
A. seseorang tidak selesa
B. seseorang berasa gembira
C. seseorang berminat mendengar kata-kata penyampai
D. seseorang meniru isyarat bukan lisan orang lain tanpa disedari
15.Apakah tujuan bahan bacaan di tempat kerja?
A. Untuk memahami bahasa di tempat kerja
B. Untuk memahami maklumat dan arahan
C. Untuk mempelajari bahasa dan simbol baru
D. Untuk mencari perkataan dan makna yang betul
16.Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan dokumen?
A. Membaca bahan seperti arahan kerja, emel, memo
B. Menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber
C. Memahami maklumat bertulis dalam pelbagai jenis dokumen kerja
D. Kebolehan mencari dan menggunakan maklumat yang diperlukan daripada paparan maklumat
17.Apakah SOP?
A. Kertas laporan untuk pengetahuan kerja
B. Bahan bacaan untuk mengakui arahan kumpulan
C. Buku panduan atau risalah yang ditulis sebagai panduan kerja kakitangan
D. Satu set arahan langkah demi langkah yang membantu pekerja melakukan tugas rutin
18.Apakah fungsi arahan kerja untuk pekerja?
A. Menunjukkan proses, alat dan rangka kerja
B. Membantu menyediakan maklumat bertulis
C. Membantu melaksanakan tugas dengan betul
D. Memastikan perbincangan kumpulan dilakukan dengan betul
19. Prosedur kerja disediakan untuk
A. memastikan mutu.
B. menjadi panduan pekerja dalam empat bidang kualiti penting.
C. mengenal pasti tugas yang harus dilakukan secara langkah demi langkah.
D. memberikan penerangan dan memahami pekerjaan sebelum ia dilakukan.
20. Antara bahan bacaan yang berkaitan di tempat kerja ialah
I. Emel.
II. Laporan.
III. Arahan kerja.
IV. Prosedur Operasi Standard (SOP).
A. II dan IV
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV
