wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Adab Berjual Beli (Akhlak Tahun 5) Rumi

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah adab-adab berjual beli?

a)

Menggunakan bahasa yang tidak sopan

b)

Mengutamakan kebersihan dan kualiti

c)

Memulakan pekerjaan dengan Alhamdulillah

d)

Amalkan penipuan dan tidak jujur

2.

Kita hendaklah berniat berjual beli kerana

a)

Rasul

b)

Allah Taala

c)

Diri sendiri dan sesama manusia

d)

Ibu bapa, diri sendiri dan sesama manusia

3.

Pilih yang bukan adab-adab berjual beli

a)

Jujur

b)

Penipuan

c)

Sabar

d)

Mesra

4.

Apakah sifat yang perlu ada pada seorang penjual?

a)

Menipu

b)

Sombong

c)

Sopan

d)

Bermasam muka

5.

"Layanan mesra, menggunakan bahasa yang sopan dan utamakan kebersihan"

Apakah perkara yang berkaitan dengan penyataan di atas?

a)

Adab-adab berjual beli

b)

Fadilat beradab ketika berjual beli

c)

Perkara yang dilarang ketika berjual beli

d)

Akibat tidak beradab ketika berjual beli

6.

Apakah dalil al-Quran yang berkaitan dengan jual beli?

a)

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Surah al-Baqarah ayat 275

b)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

Surah an-Nisa' ayat 59

c)

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Surah al-Jumuah ayat 10

d)

(16) بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

(17) وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

Surah al-A'la ayat 16-17

7.

Apakah yang Allah haramkan dalam berjual beli?

a)

Jujur

b)

Riba

c)

Sabar

d)

Mesra

8.

Apakah perkara-perkara yang dilarang ketika berjual beli?

a)

Barangan yang dijual berkualiti

b)

Menjual barang yang cacat kualitinya

c)

Menjual barangan yang belum luput tarikh

d)

Jujur dalam timbangan dan harga

9.

Antara berikut siapakah yang bukan digelar sebagai ahli perniagaan dalam kalangan sahabat?

a)

Saidina Abu Bakar

b)

Saidina Umar

c)

Sadina Uthman

d)

Saidatina Khadijah

10.

Kecacatan barang yang dijual dan telah luput tarikh

Apakah perkara yang berkaitan dengan kenyataan di atas?

a)

Adab-adab berjual beli

b)

Fadilat beradab ketika berjual beli

c)

Perkara yang dilarang ketika berjual beli

d)

Akibat tidak beradab ketika berjual beli

11.

Apakah fadilat beradab ketika berjual beli?

a)

Perniagaan tidak maju

b)

Meningkatkan ekonomi

c)

Perniagaan bertambah merosot

d)

Tidak memenuhi keperluan masyarakat

12.

Apakah kebaikan sekiranya kita beradab dalam berjual beli?

a)

Dibenci Allah dan Rasul

b)

Membantu golongan yang tidak bernasib baik

c)

Perniagaan bertambah merosot

d)

Membantu ekonomi negara

13.

Membantu golongan yang tidak bernasib baik

Apakah perkara yang ada kaitan dengan penyataan di atas?

a)

Adab-adab berjual beli

b)

Fadilat beradab ketika berjual beli

c)

Perkara yang dilarang ketika berjual beli

d)

Akibat tidak beradab ketika berjual beli

14.

Apakah perkara yang ada kaitan dengan akibat tidak beradab ketika berjual beli?

a)

Rezeki tidak berkat

b)

Dikasihi Allah dan Rasul

c)

Berlaku kemesraan

d)

Masyarakat menjadi maju

15.

Apakah hukum mengamalkan adab-adab dalam proses berjual beli?

a)

Halal

b)

Haram

c)

Sunat

d)

Makruh

16.

Apakah hukum berjual beli sekiranya mengamalkan riba?

a)

Musyrik

b)

Murtad

c)

Haram

d)

Wajib

17.

"Faruk seorang peniaga yang suka menipu dalam urusan berjual beli"

Apakah akibat perbuatan Faruk yang tidak beradab ketika berjual beli?

a)

Rezeki tidak berkat

b)

Perniagaan bertambah maju

c)

Pelanggan bertambah ramai

d)

Memenuhi keperluan masyarakat

18.

Apakah perkara yang dilarang ketika berjual beli?

a)

Mengutamakan pelanggan

b)

Mengutamakan kebersihan

c)

Menggunakan bahasa yang sopan

d)

Menyembunyikan kecacatan barang yang dijual

19.

Apakah pengertian berjual beli?

a)

Akad tukar-menukar barangan atau harta

b)

Akad sorok-menyorok barangan atau harta

c)

Akad tukar-menukar barangan atau perkhidmatan

d)

Akad sorok-menyorok barangan atau perkhidmatan

20.

Pilih lafaz akad semasa berjual beli

a)

Saya beli

b)

Kita jual

c)

Saya beli, saya jual

d)

Kita bersama beli-membeli