Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

VARIASI BAHASA STPM

Total questions: 31

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Merupakan satu kelainan atau variasi bahasa kewujudannya akibat perbezaan dalam sesuatu bahasa


Pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

pijin

b)

kreol

c)

dialek

d)

idiolek

2.

balun cuak mengancam


Kosa kata di atas ialah contoh bagi bahasa

a)

pijin

b)

kreol

c)

slanga

d)

kolokial

3.
  • mematuhi hukum tatabahasa
  • menggunakan intonasi yang lembut
  • pemilihan diksi memperlihatkan kesopanan


Bahasa yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah

a)

bahasa halus

b)

bahasa mesra

c)

bahasa dalam

d)

bahasa formal

4.

Yang manakah ayat yang menggunakan kosa kata bahasa halus?

a)

Ibu saudara Sultan Terengganu mangkat kerana sakit tua.

b)

Remaja yang kemalangan pagi tadi telah meninggal dunia.

c)

Akibat hentakan yang kuat di kepala, dia menemui ajal sebentar tadi.

d)

Tok Penghulu yang berjasa itu telah menghembuskan nafas yang terakhir.

5.

Pernyataan yang manakah yang bukan perbezaan yang ketara antara bahasa istana dengan bahasa formal?

a)

kosa kata

b)

kata sapaan

c)

struktur ayat

d)

ganti nama diri

6.

Itu budak sudah curi saya punya telefon bimbit.


Bahasa yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah

a)

bahasa pasar

b)

bahasa kasar

c)

bahasa mesra

d)

bahasa basahan

7.

Yang manakah ayat yang tidak mengandungi unsur pemulukan dan pendinaan?

i Titah duli tuanku terjunjung atas jemala patik, tuanku.

ii Almarhum tuanku akan disemadikan di Masjid Negara.

iii.Diumumkan keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

iv. Ampun tuanku, patik pacal yang hina menjunjung kasih atas titah tuanku.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Yang manakah ayat yang mengandungi unsur bahasa tak formal?

i. Hadirin diminta ke dewan makan

ii. Ayah tengah solat ketika kami sampai.

iii. Motosikal kamu yang telah rosak ini tidak payah dibaiki.

iv. Untuk kami mengubah sikap adik yang memang degil bukan mudah.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Perbezaan sesuatu dialek dengan dialek yang lain adalah dari segi

i. sebutan

ii. kosa kata

iii. struktur ayat

iv. sistem sapaan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

10.

Pernyataan yang manakah benar tentang bahasa pijin?

i. Mempunyai kelompok penutur yang dominan

ii. Terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa lain.

iii. Boleh menjadi bahasa natif bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan.

iv. Digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dengan yang lain.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

11.

Pernyataan yang manakah benar tentang bahasa fomal?

i. Membenarkan penggunaan unsur kependekan kata.

ii. Mementingkan pola-pola penegasan.

iii. Menggunakan imbuhan yang tepat dan lengkap.

iv. Mengutamakan kosa kata yang pelbagai ragam.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

12.

Pernyataan yang manakah merupakan ciri bahasa mesra?

i. Terdapat percampuran kod.

ii. Peraturan tatabahasa tidak diabaikan.

iii. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap.

iv. Disampaikan secara lembut dan bersopan.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

13.

Yang manakah kumpulan kata yang kosa katanya terdapat kata yang bukan bahasa dalam?

a)

santap, beradu, bersiram

b)

murka, persalinan, anugerah

c)

berangkat, hamba, singgahsana

d)

semayam, mangkat, allahyarham

14.

Yang manakah dialog yang menggunakan slanga

i. "Adik naik kotor jelah kakak," katanya.

ii. "Dah lama abang tak balik kampung,"keluh ibu kepada saya

iii. "Dah hujung bulan ni memang aku ni sengkek sedikit,"kata kakak.

iv. "Apa sebab awak kerek sangat dengan aku ya? tanya Ali kepada rakannya.

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

15.

Yang manakah ayat yang menepati bahasa baku?

a)

Perabot itu kami dah susun di tempat asalnya.

b)

Mereka tengah rancak berbual ketika saya sampai.

c)

Tugasan itu kena siapkan menjelang hujung bulan ini.

d)

Kak sudah ambil keputusan untuk berkahwin dengan pilihan hatinya.

16.

i - Penutur menggunakan dua bahasa atau dua variasi bahasa yang berbeza.

ii _ Satu bahasa digunakan dalm konteks rasmi, manakala satu bahasa lagi digunakan dalam situasi tak formal


Apakah jenis variasi bahasa yang dapat dikaitkan dengan pernyataan i dan ii?

a)

Idiolek

b)

Diglosia

c)

Dwibahasa

d)

Multibahasa

17.

Yang manakah ciri bahasa halus?

i. Partikel -tah kerap digunakan

ii. Unsur katanya bersifat khusus.

iii. Ungkapannya penuh berhemah.

iv. Bahasa kiasa kerap digunakan.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

18.

Satu garisan dalam pemetaan dialek yang melingkungi sesuatu kawasan yang mempunyai ciri-ciri linguistik yang sama dalam sesuatu bahasa


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

dialek

b)

idiolek

c)

isoglos

d)

subdialek

19.

Yang manakah contoh ayat bagi bahasa Kreol?

a)

Awek bro cun giler.

b)

You nak pegi Penang?

c)

Guo mo hantar surat sama adik.

d)

Gua punya anak satu budak baik.

20.

Bahasa pijin ialah bahasa yang

a)

mempunyai penutur jati

b)

tiada bahasa ibunda sendiri

c)

digunakan di kawasan tertentu

d)

menggunakan gaya bahasa formal

21.

Antara satu dialek dengan satu dialek yang lain mempunyai perbezaan dari segi


I tulisan

II sebutan

III kosa kata

IV kesahihan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Yang manakah contoh bahasa slanga?

a)

Gua

b)

Ambo

c)

Banyak baik

d)

Awek cun giler

23.

Saodah bercakap bahasa formal di pejabatnya. Apabila pulang ke rumah ibunya, dia menggunakan bahasa basahan.


Apakah situasi berbahasa yang diamalkan oleh Saodah?

a)

Pengguna diglosia

b)

Pengguna dwibahasa

c)

Pengguna multibahasa

d)

Pengguna bahasa baku

24.
  • Pak Haji Mod, tunggu kejap.
  • Itah pergi dulu ya mak.


Pertuturan di atas melambangkan penggunaan

a)

bahasa kasar

b)

bahasa mesra

c)

bahasa pasar

d)

bahasa kolokial

25.

Yang manakah berkaitan dengan idiolek?

a)

Tempat tinggal

b)

Masalah percakapan

c)

Pertembungan dua kaum

d)

Penggunaan pelbagai bahasa

26.

Persamaan antara bahasa pijin dengan bahasa pasar ialah

a)

kedua-duanya melibatkan penutur daripada kelompok yang berlainan

b)

kedua-duanya tidak mempunyai bahasa ibunda sendiri

c)

kedua-duanya tidak bersifat sementara

d)

kedua-duanya bahasa formal

27.

Yang manakah ciri bahasa istana?

a)

Menggunakan kata singkatan

b)

Boleh berubah mengikut perkembangan masa

c)

Ayatnya mudah dan tidak mementingkan tatabahasa

d)

Menggunakan unsur pemulukan dan pendinaan dalam komunikasi

28.

Yang manakah ayat yang mengalami percampuran kod?

a)

Lu tunggu sama gua di kedai itu la.

b)

I tak suka sangat kalau you buat muka begitu.

c)

Baginda akan mengadakan sidang media di istana.

d)

Guo mou masak nasik kalo lu pulang ini tengah hari.

29.

Yang berikut terdiri daripada bahasa kasar, KECUALI

a)

Pergi mampus dengan cita-cita kamu itu.

b)

Bininya yang sedang mengandung sakit tenat.

c)

Memang pun dia patut dileteri kerana kuat membuta.

d)

Tuan-tuan dipersilakan mengambil tempat masing-masing sekarang.

30.

Chandran dapat berbahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris dengan fasih. Oleh itu, Chandran merupakan penutur

a)

ekabahasa

b)

dwibahasa

c)

polibahasa

d)

multibahasa

31.

Sempadan antara dua dialek yang berbeza dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai

a)

idiolek

b)

diglosia

c)

isoglos

d)

subdialek