wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEKNIK DALAM PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?

a)

Menggunakan kaedah seperti komputer untuk menyelesaikan masalah

b)

Proses pemikiran bagi menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep asas sains komputer

c)

Memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan tugasan.

d)

Menyelesaikan masalah berbantukan komputer.

2.

Antara berikut , manakah susunan proses pemikiran komputasional yang betul?

i- Masalah dipecahkan

ii- Perkara tidak penting ditinggalkan

iii- Kenal pasti corak yang sama

iv- Sediakan model penyelesaian masalah

a)

i, iii, ii, iv

b)

i, ii, iii, iv

c)

iv, ii, i, iii

d)

iii, ii, iv, i

3.

Antara berikut, yang manakah bukan teknik pemikiran komputasional?

a)

Pengitlakan

b)

Leraian

c)

Pengecaman corak

d)

Pengekodan

4.

Memecahkan masalah atau sistem yang rumit kepada bahagian-bahagian kecil.

Pernyataan diatas merujuk kepada __________

a)

Teknik Pengecaman corak

b)

Teknik Leraian

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

5.

Salwa ingin membancuh teh tarik untuk minum petang.

Antara berikut, soalan manakah yang boleh digunakan bagi meleraikan masalah tersebut?

i- Apakah saiz penapis yang digunakan?

ii- Berapakah jumlah uncang teh yang digunakan?

iii- Berapakah jumlah sukatan susu pekat yang digunakan?

iv- Bagaimanakah cara yang betul untuk membancuh teh?

a)

i,ii,iii

b)

i,ii,iv

c)

i,iii,iv

d)

ii,iii,iv

6.

Menganalisis setiap bahagian yang dipecahkan sebelum ini untuk mengenalpasti corak-corak tertentu.

Pernyataan diatas merujuk kepada __________

a)

Teknik Pengecaman corak

b)

Teknik Leraian

c)

Teknik Pengitlakan

d)

Teknik Peniskalaan

7.

Mengapakah kita perlu melihat corak pengulangan (pengecaman) dalam masalah?

a)

Pengecaman corak membolehkan kita menyelesaikan masalah yang rumit

b)

Pengecaman corak menyebabkan masalah rumit sukar diselesaikan

c)

Kita tidak perlu melihat pengecaman corak

d)

Dapat membuat ramalan tentang sesuatu masalah yang berlaku berdasarkan corak yang berulang dan berbeza

8.

Meninggalkan aspek-aspek kurang penting dan memberikan tumpuan kepada aspek-aspek penting yang akan membantu menyelesaikan masalah.

Pernyataan di atas merujuk kepada ___________

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

9.

Antara berikut, pernyataan manakah yang merujuk kepada situasi yang mengaplikasikan teknik peniskalaan?

a)

Joshua menyusun koleksi kasutnya mengikut warna dan jenama

b)

Ibu meminta abang untuk menyenaraikan langkah-langkah pemasangan almari

c)

Lucy memilih formula yang sesuai untuk menjawab kuiz matematik dalam talian yang diberikan oleh gurunya

d)

Naim diminta untuk membuat rumusan berdasarkan dua poster yang ditampal pada papan putih

10.

Membina model bagi masalah yang diselesaikan, sama ada dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langka-langkah penyelesaian masalah.

Penrnyataan diatas merujuk kepada __________

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik Pengitlakan

d)

Teknik Peniskalaan

11.

Akram sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan menggariskan isi penting sahaja.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

12.

Komputer polis boleh mengesan penjenayah dengan menggunakan sistem yang mengenal pasti cap jari.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

13.

Dalam kedua-dua cerita Cinderella dan Bawang Putih Bawang Merah, watak utama dilayan dengan buruk oleh keluarga tiri. Tetapi, Cinderella mempunyai dua orang kakak tiri manakala Bawang Merah mempunyai seorang kakak tiri.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

14.

Sebelum membuat karangan, Adib merangka karangannya dahulu untuk setiap perenggan.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

15.

Rumus matematik untuk mencari luas segi empat tepat ialah panjang darab lebar.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

16.

Cikgu memberikan tugas melabel bahagian-bahagian pokok.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan