Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa Tahun 3
Total questions: 73
Worksheet time: 47mins
Tingkah lakunya yang bersopan santun itu akan saya ________.
teladan
teladani
teladankan
teladanan
Emak menulis ______________ surat kepada kakak untuk bertanya khabar.
sebuah
sehelai
selembar
segulung
Sikapnya yang ___________ itu menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan
berat hati
berat mulut
berat mata
ringan tulang
_____________ merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia.
Bunga Kekwa
Bunga Raya
Bunga Ros
Bunga Melur
__________kah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
Apa
Mengapa
Bila
Bagaimana
Lagu Melayu asli nyanyian penyanyi terkenal tanah air itu sungguh ____________.
serak
garau
kasar
merdu
Azmin melonjak kegembiraan ____________ dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya.
serta
supaya
agar
kerana
Pagi Sabtu yang lalu, ibu telah mengingatkan saya supaya mencuci kasut sekolah saya. Saya memberitahu ibu yang saya ___________ mencucinya nanti.
akan
hendak
harus
sedang
________ simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat.
Sila
Jemput
Tolong
Minta
Mak Munah memarahi anaknya yang seperti _______________ dalam membantunya menguruskan rumah.
lambat seperti kura-kura
malas seperti keldai
liat seperti getah
ringan seperti kekabu
Udara di Bukit Larut itu sungguh __________ kerana dikelilingi bukit bukau yang menghijau.
nyaman
sejuk
baik
indah
Makanan kegemaran saya ____________ nasi lemak.
ialah
adalah
Jamal memberitahu hal itu _________ ibunya petang tadi.
pada
dengan
untuk
kepada
Anggota- anggota ekspedisi yang sesat itu terpaksa ______________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit
alas perut
ikat perut
makan hati
putih mata
Masukkan tiga ____________ air batu ke dalam minuman itu.
buah
longgok
ketul
keping
Bau minyak masak yang sudah lama dibiarkan itu sangat ____________.
hapak
tengik
semerbak
wangi
Penduduk Kampung Muhibah hidup aman kerana penduduknya mengamalkan sikap ____________dalam setiap perkara yang dilakukan.
bagai kacang lupakan kulit
bagai aur dengan tebing
bagai menatang minyak yang penuh
bagai cincin dengan permata
Kerajaan negeri Kelantan telah membina beberapa batang _________ di daerah Pasir Mas untuk mengairi kawasan sawah padi.
terusan
menerusi
teruskan
menerus
Sarimah hanya akan melakukan kerja apabila disuruh oleh ibunya _______________.
bagai si kudung mendapat cincin
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti pahat dengan penukul
seperti kera sumbang
Ibu sangat _____________ apabila dia mengetahui abang telah melanggar disiplin sekolah.
suka
gembira
bangga
kecewa
Kak Hana telah memberikan _______ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh.
setiap
segala
beberapa
separuh
Pelajar – pelajar kelas 3 Kenanga itu berdiri ____________ apabila diarahkan berdiri tegak oleh guru disiplin.
bising seperti pasar
lurus macam galah
nipis macam kertas
pantas macam kilat
Laili menerima sepucuk surat yang dikirim _______ ibunya yang berada di kampung.
kepada
dari
daripada
pada
________kah yang akan kamu lakukan jika kamu menjumpai sejumlah wang?
Mengapa
Siapa
Apa
Di mana
Saya _______ menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.
masih
akan
boleh
belum
Jam tangan itu ialah ___________ daripada lawatannya ke Jepun
buah mulut
buah fikiran
buah hati
buah tangan
Saya tidak dapat mencarinya di kawasan padang ini kerana kawasan ini ___________________.
bercabang macam ular
kecil macam kuman
licin macam belut
luas macam lautan
Anis gemar mengumpul ____________ jenis setem dari luar negara.
berbagai
pelbagai
semua
sebahagian
"Amran dan Abu, mari ke ______________sekarang," arah guru disiplin kepada dua orang pelajar tersebut.
ini
itu
situ
sini
Kerosakan kereta bertambah teruk semenjak abang membaikinya semalam kerana abang tidak mempunyai kemahiran dalam membaiki kenderaan. Sikapnya _______________
bagai lipas kudung
bagai tikus membaiki labu
bagai murai tercabut ekor
seperti rusa masuk kampung
Pasukan penyelamat masih mencari ________ yang hilang di laut semalam.
anak buah
anak bini
anak dagang
anak kapal
Hazila sangat ____________ akan rakan – rakan akrabnya di sekolah lamanya.
benci
rindu
geram
marah
Amirah membawa _____________ payung ke sekolah supaya tidak kehujanan.
kaki
bilah
batang
biji
"_________ bermain di padang ketika hari hujan," tegur abang kepada adik.
Sila
Jangan
Tolong
Usah
Suasana di pedalaman kampung itu sungguh ___________kerana jauh dari kesibukan bandar.
pilu
nyaman
tenteram
bising
Kedai runcit itu ___________ dengan rumah Ravi.
jauh
rapat
hampir
dekat
Kempen kebersihan yang telah dilancarkan akan berlangsung _________ minggu hadapan.
pada
hingga
dari
kepada
Jurulatih itu _______________ tegas terhadap permainannya.
paling
lebih
benar
amat
______________ , bagaimana kamu boleh berada di situ!
Amboi
Cis
Eh
Nah
Semua pelajar 3 Baiduri menyertai lawatan ke Muzium Negara __________ Hanis.
dan
lalu
kecuali
tetapi
Topi yang berwarna ungu _______________ kepunyaan ibu saya yang dibeli semasa melancong ke Langkawi minggu lepas.
ini
itu
sana
situ
Di dalam longkang itu, terdapat beberapa ___________ rokok.
ketul
puntung
gulung
ikat
"____________ lupa untuk mengunci pintu rumah sebelum kamu meninggalkan rumah." Pesan ibu kepada Akmal.
Harap
Sila
Tolong
Jangan
Kami sekeluarga akan pergi melancong ke Cameron Higland minggu hadapan. Kami akan ke _______________ dengan menaiki kereta.
itu
ini
situ
sini
Dengan sepenuh tenaga, dia melonjak ______________ melepasi halangan di hadapannya dalam pertandingan lompat galah.
kerana
untuk
sambil
lalu
Kata dasar "ambil" boleh diubah menjadi perkataan berimbuhan seperti:
terambil
diambil
mengambil
sambil
Pak Cik Amri memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak tunggalnya seperti __________.
bagai menatang minyak yang penuh
bagai isi dengan kuku
bagai menarik rambut dalam tepung
bagai bulan dipagar bintang
Masjid _________ tempat beribadat bagi orang Islam.
adalah
ialah
Ayah akan menyambut ________________ kelahirannya pada minggu hadapan.
ulang tayang
ulang kaji
ulang bicara
ulang tahun
Ratna menunggang basikal untuk ke taman rekreasi kerana agak __________ dari rumahnya
jauh
hampir
dekat
rapat
Ramli berasa amat ___________ kerana dapat mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan sehariannya.
bangga
malu
sedih
kecewa
_________ keberatan juga Encik Yusri hendak membenarkan anaknya menyertai rombongan ke Pulau Tioman.
Sekali
Sangat
Agak
Terlalu
"___________ pernah saya melihat orang yang setinggi itu," kata Linda.
Sudah
Belum
Sedang
Akan
Zahril berkata–kata __________ melihat muka rakan baiknya.
dan
untuk
kerana
sambil
Rahim ialah ___________________ majikannya kerana ia pekerja yang tekun bekerja dan menunjukkan prestasi yang cemerlang
anak tiri
anak angkat
orang harapan
anak buah
__________, berani sungguh dia membuat kecoh di sini!
Oh
Wahai
Eh
Amboi
Pen _________ di beli oleh ayah di kedai buku semalam.
sana
ini
sini
itu
Hariz menjadi johan dalam _________ acara olahraga yang disertainya.
kedua
setengah
sekalian
kedua-dua
Nyamuk aedes ________ dalam air yang bertakung.
biakan
berbiak
membiak
dibiakkan
__________ memaparkan Sang Kancil sebagai haiwan yang pintar.
Cerita rakyat
Cerita benar
Cerita lucu
Cerita palsu
Perbincangan itu _______ tentang masalah disiplin murid-murid.
bukan
tidak
Ali ________ sedar bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri.
bukan
tidak
_________kah kita tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu?
Bila
Siapa
Mengapa
Bagaimana
A. Samad Said ialah tokoh sastera yang pernah ________ Anugerah Sasterawan Negara.
berterima
diterima
penerima
menerima
_________, aku tidak akan terpedaya oleh tipu helahnya lagi!
Hai
Aduh
Cis
Aduhai
Bina ayat dengan perkataan:
Menghias
Bina ayat dengan perkataan:
Mengirim
Bina ayat dengan perkataan:
Memperindahkan
Bina ayat dengan perkataan:
Menatang
Ibu menaiki teksi untuk ke pasar yang __________ dari rumah.
hampir
dekat
jauh
rapat
Puan Halimah berasa ______________ kerana anaknya belum pulang dari sekolah
takut
sedih
gembira
bimbang
Jeeva tinggal di Taman Perumahan Aman _____________ dia berusia 2 tahun.
dari
daripada
sejak
pada
Sikapnya yang malas mengambil tahu tentang dunia ________________________.
seperti cacing kepanasan
seperti katak bawah tempurung
seperti lipas kudung
bagai duri dalam daging
