wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI 1

Total questions: 192

Worksheet time: 2hrs 41mins

Name
Class
Date
1.

Pilih 2 peralatan perlindungan diri yang betul dengan fungsinya

a)

Gogal - melindungi mata

b)

Topeng muka - melindungi hidung dan mulut

c)

Baju makmal - melindungi tangan

d)

Kasut bertutup - melindungi kerosakan pada pakaian

2.

Berikut adalah peralatan perlindungan diri di dalam makmal KECUALI

a)

Kabinet aliran laminar

b)

Penyiram kecemasan

c)

Kebuk wasap

d)

Sinki kecemasan

3.

Bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki ialah cecair atau larutan yang berkepekatan rendah dan tidak berbahaya

a)

BENAR

b)

PALSU

4.

Pilih 3 bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki

a)

Air suling

b)

Bahan reaktif

c)

Sebatian pelarut organik

d)

Sisa pepejal

e)

Asid cair

5.

Salah satu prosedur standard operasi (SOP) bagi bahan sisa biologi kategori A seperti bilah skalpel ialah

a)

masukkan ke dalam bekas khas (bekas sisa tajam)

b)

balut dalam bahan penyerap

c)

dinyahkontaminasi secara autoklaf

d)

disejukbeku sebelum dilupuskan

6.

Pilih pernyataan yang SALAH bagi contoh kategori bahan sisa berikut

a)

Kategori A - jarum

b)

Kategori B - Medium kultur

c)

Kategori C - Darah

d)

Kategori D - Serum

7.

Bagi sisa kategori C iaitu bangkai dan organ, SOP yang perlu dijalankan adalah seperti berikut KECUALI

a)

Balut dalam kertas tisu

b)

bungkus rapi dalam beg plastik biobahaya

c)

disimpan sementara dalam penyejuk beku

d)

dinyahkontaminasi secara autoklaf

8.

Cecair kategori D seperti darah dan serum perlu

a)

dibungkus dalam beg plastik bio bahaya

b)

dibalut dalam bahan penyerap

c)

dinyahkontaminasi secara autoklaf

d)

disejukbekukan sebelum dilupuskan

9.

Apabila berlaku tumpahan bahan kimia ke atas meja, antara 2 langkah yang perlu dilaksanakan ialah

a)

segera memberitahu guru atau pembantu makmal

b)

jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

siram dengan air dengan segera

d)

kaut tumpahan bahan kimia menggunakan tangan

10.

Apabila berlaku tumpahan merkuri, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan KECUALI

a)

tabur serbuk sulfur untuk menutup kumbahan

b)

menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat

c)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

d)

segera menyapu tumpahan tersebut dengan penyapu

11.

Terdapat 4 jenis alat pemadam kebakaran. Pilih 2 warna label yang sesuai dengan kegunaannya

a)

merah - Buih

b)

krim - air

c)

hitam - karbon dioksida

d)

biru - serbuk kering

12.

Berikut adalah jenis kebakaran yang betul dengan penerangannya KECUALI

a)

Kelas A - Kebakaran melibatkan bahan api mudah terbakar

b)

Kelas B - Kebakaran melibatkan cecair sperti petrol

c)

Kelas C - Kebakaran melibatkan gas

d)

Kelas D - Kebakaran melibatkan peralatan elektrik

13.

Berikut adalah kelebihan pemadam api ABC kecuali

a)

tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan

b)

tidak mencemarkan tanah

c)

boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran termasuk logam dan gas

d)

kelembapan yang dihasilkan lebih lama

14.

Pilih pernyataan yang SALAH berkenaan selimut kebakaran

a)

diperbuat dari bahan kalis api seperti gentian kaca

b)

mampu memadamkan api yang kecil dan sederhana

c)

memadamkan api pada badan mangsa

d)

sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca dari elektrik

15.

Perkara yang perlu diperhatikan semasa audit alat pemadam kebakaran ialah seperti berikut KECUALI

a)

tarikh luput

b)

jenis

c)

lokasi

d)

warna

16.

Apakah nombor talian kecemasan di Malaysia?

a)

991

b)

999

c)

191

d)

111

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan CPR?

a)

Cardiopulmunary resuscitation

b)

Cardiopulmunary rescue

c)

Cardiopulmunaryt respond

d)

Cardiopulmunary recharged

18.

CPR melibatkan gabungan teknik...

a)

hembusan ke dalam hidung

b)

tekanan di bahagian dada

c)

hembusan ke dalam mulut

d)

menepuk bahu

19.

Situasi manakah yang memerlukan CPR?

a)

Jika seseorang individu tidak bernafas

b)

Jika seseorang individu tiada degupan jantung atau nadi

c)

Jika seseorang tercekik semasa makan

d)

Jika seseorang individu tidak memberikan respons terhadap ransangan

20.

Apakah kepentingan hembusan mulut ke mulut?

a)

Menghasilkan peredaran darah secara buatan dalam badan mangsa.

b)

Mangsa dapat menerima udara beroksigen ke dalam peparunya.

c)

Oksigen dapat diangkut ke seluruh badan mangsa.

d)

Dapat mengelakkan kerosakan otak mangsa.

21.

Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang ...

a)

lemas

b)

terkena renjatan elektrik

c)

pengsan

d)

tercekik

22.

Apakah ciri-ciri individu yang memerlukan bantuan dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

Memegang leher dengan kedua-dua tangan

b)

Tidak boleh bercakap atau batuk

c)

Sukar bernafas

d)

Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman

23.

Apakah kepentingan Heimlich Manoeuvre?

a)

Membenarkan oksigen disedut masuk ke dalam peparu.

b)

Membenarkan makanan masuk ke dalam perut.

c)

Menyebabkan mangsa memuntahkan semua makanan.

d)

Menyebabkan seseorang merasa kenyang.

24.

I: Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan genggamkan tangan kanan.

II: Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam.

III: Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat.

IV: Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan.


Yang manakah merupakan urutan yang betul semasa melakukan bantuan kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

I, II, III, IV

b)

II, III, IV, I

c)

III, IV, I, II

d)

IV, I, II, III

25.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda berseorangan semasa tercekik?

a)

Meletakkan tangan di antara pusat dengan bawah rusuk.

b)

Menepuk atau memukul dada dengan kuat.

c)

Membongkokkan badan.

d)

Membongkok dan menolak badan kepada objek separas pinggang.

26.

Alatan perlindungan yang manakah digunakan untuk melindungi hidung dan muulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap?

a)
b)
c)
d)
27.

Satu kebakaran dalam makmal sains melibatkan logam reaktif seperti natrium dan kalium. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?

a)

Alat pemadam kebakaran air

b)

Alat pemadam kebakaran buih

c)

Alat pemadam kebakaran serbuk kering

d)

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida

28.

Apakah langkah yang perlu dilakukan apabila melihat seseorang yang sedang memegang leher dengan kedua-dua tangan dengan keadaan bibir dan muka kebiruan dan mengalami kesukaran bernafas?

a)

Jalankan Heimlich Manoeuvre

b)

Hentak belakang individu tersebut

c)

Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)

d)

Panggil 999 untuk menghubungkan anda kepada ambulans

29.

Antara berikut, faktor manakah mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang individu?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Aktiviti

d)

Cuaca

30.

Antara berikut, kaedah manakah paling sesuai untuk memastikan indeks jisim badan dalam keadaan terbaik?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Tidak makan pada waktu malam dan tengah hari

b)

Mengurangkan makanan bergoreng

c)

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

d)

Makan makanan yang kaya dengan protein dan pelawas sahaja

31.

Rajah menunjukkan thermometer klinik. Mengapakah thermometer klinik mempunyai bebuli yang nipis?

a)

Mengesan aras merkuri

b)

Memudahkan mengukur

c)

Memudahkan untuk membaca bacaan

d)

Mengesan perubahan suhu yang kecil

32.

Mengapakah thermometer klinik perlu digoncang sebelum digunakan?

a)

Untuk menghilangkan haba

b)

Untuk menghilangkan kotoran

c)

Untuk membersihkan termometer

d)

Untuk mengembalikan merkuri kepada kedudukan asalnya

33.

Rajah menunjukkan sejenis termometer.

Termometer jenis ini paling sesuai mengesan suhu pada bahagian mana pada tubuh?

a)

Dahi

b)

Pipi

c)

Mulut

d)

Leher

34.

Mengapakah suhu badan manusia meningkat melebihi 37 °C\degree C semasa demam?

a)

Suhu optimum bagi badan manusia

b)

Mencegah pertumbuhan patogen

c)

Meningkatkan kadar peredaran darah

d)

Mengurangkan risiko kecederaan

35.

Pada bahagian badan manakah denyutan nadi biasanya diukur?

a)

Pergelangan tangan

b)

Tapak tangan

c)

Kepala

d)

Pipi

36.

Rajah menunjukkan cara untuk mengukur kadar denyutan nadi. Apakah jenis denyutan nadi yang diukur?

a)

Nadi karotid

b)

Nadi radial

c)

Nadi lengan

d)

Nadi tangan

37.

Antara yang berikut, yang manakah tekanan darah normal?

a)

140/100 mmHg

b)

130/90 mmHg

c)

120/80 mmHg

d)

90/50 mmHg

38.

Apakah kadar denyutan nadi normal bagi orang dewasa?

a)

50 - 60

b)

60 - 80

c)

90 - 100

d)

110 - 120

39.

Jika BMI anda ialah 18 kg/m2, apakah status BMI anda?

a)

Kurang berat

b)

Normal

c)

Berat berlebihan

d)

Obes

40.

Namakan alat ini.

(a)  

41.

Nyatakan suhu badan normal manusia?

(a)  

42.

Nyatakan jenis termometer ini.

(a)  

43.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi?

a)

Jantina

b)

Umur

c)

Aktiviti

44.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan empat tonggak kelestarian dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

a)

Tenaga

b)

Kesihatan

c)

Alam Sekitar

d)

Ekonomi

45.

Berikut adalah salah satu sektor dalam Teknologi Hijau.

a)

Sektor pendidikan

b)

Sektor pelancongan

c)

Sektor pengangkutan

d)

Sektor perindustrian

46.

Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga hijau?

a)

Tenaga bersih yang tidak boleh dijana semula

b)

Tenaga bersih yang boleh dijana semula

c)

Tenaga semulajadi yang tidak boleh dijana semula

d)

Tenaga semulajadi yang tidak boleh diperbaharui

47.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan sumber tenaga hijau?

a)

Solar

b)

Air

c)

Arang batu

d)

Angin

48.

Berikut adalah isu sosiosaintifik sektor tenaga

a)

Bekalan bahan api fosil yang berlebihan

b)

Bekalan bahan api fosil yang berkurangan

c)

Penggunaan bahan api fosil tidak terkawal

d)

Penggunaan bahan api yang tidak sistematik

49.

Mengapakah penggunaan racun serangga kimia merupakan salah satu isu sosiosaintifik sektor pertanian?

a)

Harga yang amat mahal

b)

Sukar untuk diperolehi

c)

Menjejaskan kesihatan

d)

Tidak dapat disimpan untuk tempoh yang lama

50.

Aktiviti penyahutanan dijalankan atas faktor-faktor berikut kecuali

a)

pembukaan kawasan pertanian

b)

pembinaan stesen hidro elektrik

c)

pembinaan kawasan tadahan hujan

d)

pembinaan kawasan perumahan

51.

Yang manakah antara berikut merupakan isu sosiosaintifik sektor pengangkutan?

a)

Harga kenderaan yang terlalu tinggi

b)

Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan membebaskan gas rumah hijau.

c)

Jumlah kenderaan berat semakin bertambah di atas jalan raya.

d)

Penggunaan sumber tenaga hijau oleh kenderaan menjejaskan kesihatan

52.

Apakah yang dimaksudkan dengan kenderaan cekap tenaga?

a)

Kenderaan yang menggunakan bahan api fosil yang berlebihan

b)

Kenderaan yang mempunyai nilai harga yang rendah

c)

Kenderaan yang memenuhi spesifikasi penggunaan bahan api dan pelepasan karbon yang terhasil

d)

Kenderaan yang boleh memuatkan ramai penumpang.

53.

Berikut adalah contoh kenderaan cekap tenaga melainkan

a)

Kenderaan hibrid

b)

Kenderaan hidroelektrik

c)

Kenderaan elektrik

d)

Kenderaan bahan bakar alternatif

54.

Bahan bakar alternatif berikut membantu

a)

Liquefied gas

b)

Compressed gas

c)

Liquefied natural gas

d)

Compressed hydrogen

55.

Apakah yang dimaksudkan dengan jejak karbon ?

a)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi

b)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

c)

Pembebasan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

d)

Pembebasan gas karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia

yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi

56.

Kesemua langkah berikut membantu dalam mengurangkan jejak kaki karbon kecuali

a)

Menaiki pengangkutan awam

b)

Menanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan

c)

Menggunakan kaedah pertanian secara bergilir

d)

Mematikan perkakasan elektrik yang tidak digunakan

57.

Apa itu mitosis?

a)

Membentuk 2 sel anak tidak seiras

b)

Membentuk 2 sel anak yang seiras

c)

Membentuk 3 sel anak yang seiras

d)

Membentuk 3 sel anak tidak seiras

58.

Apakah fungsi kromosom?

a)

untuk menghasilkan sel baharu

b)

untuk mengawal pembahagian sel

c)

untuk membawa bahan genetik

d)

untuk mengawal mitosis dan meiosis

59.
  1. Rajah menunjukkan satu proses yang berlaku dalam meiosis. Apakah proses yang ditunjukkan di atas?
a)

Perpisahan

b)

Pindah silang

c)

Replikasi

d)

Variasi

60.
  1. Mengapakah mitosis penting kepada manusia?
a)

untuk menghasilkan gamet

b)

untuk menentukan jantina bayi

c)

untuk menghasilkan variasi baharu dalam manusia

d)

untuk menghasilkan sel baharu bagi menggantikan sel yang lama dan rosak.

61.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang mitosis?

a)

mitosis menghasilkan sel pembiakan

b)

mitosis menghasilkan empat sel anak

c)

sel anak mempunyai bahan genetik yang sama seperti sel induk

d)

Bilangan kromosom dalam sel anak adalah separuh daripada bilangan kromosom dalm sel induk

62.

Apakah persamaan antara mitosis dengan meiosis?

a)

Kedua-dua proses menghasilkan dua sel anak

b)

Kedua-dua proses menghasilkan empat sel anak

c)

Pindah silang berlaku dalam kedua-dua proses

d)

Kedua-dua proses melibatkan penggandaan kromosom

63.

Rajah menunjukkan satu struktur kromosom semasa pembahagian sel. Bahagian yang berlabel P ialah

a)

sentriol

b)

kromatid

c)

sentrosom

d)

kiasma

64.

Rajah menunjukkan fasa-fasa dalam mitosis bagi satu sel tumbuhan. Manakah urutan bagi mitosis dalam sel tumbuhan itu?

a)

X,W, Y, Z

b)

Z, X, W, Y

c)

Z, Y, X, W

d)

Y, W, X, Z

65.

Satu organisma P mempunyai 44 kromosom dalam sel kulit. Berapakah bilangan kromosom dalam sel sperma untuk organisma itu?

a)

22

b)

44

c)

66

d)

88

66.

Antara kejadian yang berikut, manakah tidak akan berlaku dalam mitosis?

a)

Penduaan kromosom

b)

Pindah silang

c)

Pmebntukan gentian gelendong

d)

Pemisahan kromatid homolog

67.

Apakah kromosom yang wujud pada sel kulit seseorang lelaki?

a)

22 + Y

b)

22 + X

c)

44 + XX

d)

44 + XY

68.

Berapa kalikah pembahagian sel dalam meiosis?

a)

3

b)

1

c)

2

d)

5

69.

Spontaneous change to the structureof chromosome in an organism is known as

Perubahan spontan terhadap struktur kromosom dalam sesuatu organisma dikenali sebagai

a)

variation/variasi

b)

mutation/mutasi

c)

meiosis

d)

mitosis

70.

Which of the following is caused by gene mutation?

Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?

a)

Down’s syndrome/Sindrom Down

b)

Colour blindness /Buta warna

c)

Turner’s syndrome/ Sindrom Turner

d)

Klinefelter’s syndrome/

Sindrom Klinefelter

71.
Which of the following is caused by chromosome mutation?
Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?
a)
Albinism/ Albinism
b)
Haemophilia /Hemofilia
c)
Colour blindness/ Buta warna
d)
Klinefelter’s syndrome /
Sindrom Klinefelter
72.
Apakah kebaikan mutasi?
What is the advantage of mutation?
a)
kemandirian spesies/survival of species
b)
kecantikan spesies/beutifulness of species
c)
kekuatan spesies/strength of species
d)
kerosakan spesies/damage of species
73.

Rajah atas menunjukkan satu peringkat semasa

mitosis.

Berapakah bilangan kromosom dalam setiap

sel anak setelah proses mitosis selesai?

a)

Dua

b)

Tiga

c)

Enam

d)

Dua belas

74.

Di bahagian tumbuhan yang manakah meiosis

berlaku?

a)

Ranggi

b)

Anter

c)

Hujung akar

d)

Hujung pucuk

75.

Antara berikut, yang manakah kromosom yang

hadir dalam sel hati perempuan?

a)

22 + X

b)

22 + Y

c)

44 + XX

d)

44 + XY

76.

Rajah atas menunjukkan mekanisma pewarisan

trait ketinggian pada pokok kacang.

Apakah nisbah yang mungkin bagi kacukan

tersebut?

a)

1 tinggi : 1 kerdil

b)

2 tinggi : 1 kerdil

c)

1 tinggi : 3 kerdil

d)

3 tinggi : 1 kerdil

77.

Rajah atas menunjukkan kromosom yang

terdapat dalam sel kulit seorang bayi.

Apakah penyakit genetik yang dihidapi oleh

bayi tersebut?

a)

Sindrom Down

b)

Albino

c)

Buta warna

d)

Sindrom Turner

78.

Proses penghasilan gamet dipanggil

a)

mutasi

b)

mitosis

c)

meiosis

d)

persenyawaan

79.

Lintah bulan dan beluncas mempunyai ciri sepunya. Yang manakah ciri sepunya bagi haiwan-haiwan tersebut?

a)

mempunyai rangka luar yang keras

b)

berat badan disokong oleh daya apungan air

c)

menggunakan bendalir di dalam badan untuk menyokong badan

d)

rangka dalam memberi sokongan kepada badan

80.

Rajah 1 menunjukkan keratan rentas batang teratai. Struktur X membolehkan teratai...

a)

terapung

b)

bernafas

c)

mengangkut air

d)

mengangkut makanan

81.

Pada peringkat manusia yang manakah kadar pertumbuhan lelaki dan perempuan adalah hampir sama?

a)

Bayi

b)

Kanak-kanak

c)

Remaja

d)

Dewasa

82.

Antara yang berikut, yang manakah mengikut lengkungan pektoral dengan humerus?

a)

Tendon

b)

Cartilage

c)

Ligament

d)

Patella

83.

Antara yang berikut, yang manakah mengikut lengkungan pektoral dengan humerus?

a)

Luas tapaknya kecil

b)

berat badannya besar

c)

berat badannya besar

d)

Pusat gravitinya tinggi

84.

Antara yang berikut, yang manakah berlaku semasa meluruskan lengan?

a)

Otot triseps mengecut

b)

Otot biseps mengecut

c)

Tendon menarik tulang ulna

d)

Tendon menarik tulang ulna

85.

Permukaan luar badan haiwan dengan rangka hidrostatil diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air.

a)

Benar

b)

Palsu

86.

Tulang terpanjang pada rangka manusia adalah...

a)

Ruas-ruas tulang belakang

b)

Tulang rusuk sejati

c)

Tulang paha

d)

Tulang lengan atas

87.

Salah satu fungsi rangka adalah melindungi organ dalam seperti kecuali...

a)

hati

b)

hati

c)

paru-paru

d)

jantung

88.

Rangka tulang manusia terdiri daripada ___ tulang.

a)

260

b)

201

c)

2023

d)

206

89.

Turus vertebra mengandungi ___tulang kecil.

a)

35

b)

55

c)

33

d)

53

90.

Tulang yang melindungi otak ialah tulang

a)

Muka

b)

Kranium

c)

Sternum

d)

Humerus

91.

Fungsi turus vertebra adalah untuk...

a)

melindungi muka

b)

melindungi organ utama

c)

melindungi saraf tunjang

92.

Terdapat ___ pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks.

a)

5

b)

4

c)

7

d)

12

93.

Rajah menunjukkan kaki seseorang yang mengalami edema.

Apakah yang menyebabkan berlaku edema?

a)

Kurangnya hormon antiduresis

b)

Meminum terlalu banyak air

c)

Pengambilan garam yang berlebihan

d)

Pengumpulan bendalir pada bahagian tertentu badan

94.

Apakah hormon yang boleh merawat kekerdilan?

a)

Pertumbuhan

b)

Estrogen

c)

Testosteron

d)

Antidiuresis

95.

Apakah kesan sekiranya seseorang lelaki mempunyai berlebihan hormon testosteron?

a)

Akil baligh lebih awal

b)

Mempunyai sifat keperempuanan

c)

Terbantut perkembangan mental

d)

Terbantut pertumbuhan

96.

Maklumat berikut menerangkan tentang satu kelenjar endokrin.

> Terletak di dasar serebrum

> Dikenali sebagai kelenjar induk


Apakah kelenjar tersebut?

a)

Kelenjar adrenal

b)

Kelenjar tiroid

c)

Kalenjar pituitari

d)

Pankreas

97.

Maklumat berikut menerangkan gejala suatu penyakit.

> Sentiasa berasa dahaga

>Kerap kencing dalam kuantiti yang banyak


Apakah yang menyebabkan penyakit tersebut?

a)

Kekurangan hormon tiroksina

b)

Kekurangan hormon antidiuresis

c)

Berlebihan hormon insulin

d)

Berlebihan hormon pertumbuhan

98.

Rajah di bawah menunjukkan kelenjar endokrin yang berlabel A,B,C dan D.

Hormon daripada kelenjar yang manakah boleh menyebabkan seseorang perempuan mengalami kitar haid yang tidak teratur?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

99.

Apakah takrifan bagi penyalahgunaan dadah?

a)

Mengambil ubatan tradisional yang diiklankan

b)

Mengambil dadah tanpa preskripsi doktor tanpa tujuan selain daripada perubatan.

c)

Mengambil dadah dengan preskripsi doktor untuk tujuan perubatan.

d)

Membeli ubat secara borong daripada farmasi

100.

Maklumat berikut menrangkan tentang faktor yang mempengaruhi kesihatan minda.


(Minda seseorang boleh dipengaruhi oleh faktor luaran dan faktor dalaman)


Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhii kesihatan seseorang?

a)

Ketidakseimbangan hormon

b)

Penyalahgunaan dadah

c)

Faktor sosial seperti keluarga dan rakan

d)

Kecederaan pada bahagian otak

101.

Apakah ciri seseorang yang mempunyai minda yang sihat?

a)

Mudah berprasangka terhadap orang lain.

b)

Mengelak daripada menerima cabaran

c)

Berfikir secara rasional dan membuat pertimbangan yang wajar

d)

Mudah merasa stres dan emosional.

102.

Rajah menunjukkan organ yang berlabel A, B, C dan D.

Organ yang manakah yang akan rosak akibat pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

103.

Bahan manakah yang terdiri daripada ion?

a)

larutan gula

b)

larutan garam

c)

paku besi

d)

gas neon

104.

Unsur manakah yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk zarah?

a)

Unsur oksigen dalam gas oksigen dan air

b)

Unsur hidrogen dalam asid sitrik dan gas hidrogen

c)

Unsur ferum dalam karat dan garam ferum(II) sulfat

d)

Unsur natrium dalam garam biasa dan serbuk penaik

105.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur alkali bumi dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

106.

Berdasarkan rajah di atas, berapakah bilangan elektron valens dalam atom natrium?

a)

1

b)

2

c)

8

d)

11

107.

Apakah susunan elektron bagi atom X dengan nombor proton 9 dan nombor nukleon 19

a)

2.7

b)

2.8

c)

2.8.9

d)

2.8.8.1

108.

Atom kalsium mempunyai 20 elektron. Bagaimanakah atom kalsium membentuk ion?

a)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion negatif

b)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion negatif

c)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion positif

d)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion positif

109.

Antara berikut, yang manakah bukan cara mencegah pengaratan besi

a)

Pengaloian

b)

Penggalvanian

c)

Pempolimeran

d)

Penyaduran timah

110.

Suatu atom W mempunyai 3 petala dengan 3 elektron valens. Diberi bahawa bilangan neutron dalam atom W ialah 14. Apakah nombor nukleon bagi atom W?

a)

11

b)

13

c)

17

d)

27

111.

Natrium-23 dan natrium-24 ialah isotop. Bilangan neutron dalam natrium-24 ialah 13. Berapakah bilangan neutron dalam natrium-23?

a)

11

b)

12

c)

23

d)

24

112.

Isotop Q boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengawet makanan dan buah-buahan. Apakah isotop Q?

a)

Iodin-131

b)

Karbon-12

c)

Kobalt-60

d)

Natrium-24

113.

Apakah fungsi atom asing ini?

a)

Melembutkan aloi

b)

Meningkatkan kekuatan daya tarikan antara atom

c)

Mengelakkan atom daripada menggelongsor antara satu sama lain

d)

Mengurangkan takat lebur aloi

114.

Apakah komponen yang terkandung di dalam gangsa?

a)

Kuprum dan timah

b)

Kuprum dan zink

c)

Besi dan karbon

d)

Timah, antimoni dan kuprum

115.

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat badan kenderaan ini?

a)

Besi

b)

Keluli

c)

Aluminium

d)

Duralumin

116.

Antara berikut, yang manakah merupakan aloi?

a)

Kuprum

b)

Plumbum

c)

Keluli

d)

Zink

117.

Antara berikut, yang manakah benar tentang aloi gangsa?

a)

Gangsa diperbuat daripada 99% besi dan 1% karbon

b)

Digunakan untuk membuat tombol pintu

c)

Mempunyai permukaan berkilau

d)

Tahan kakisan

118.

Rajah di atas menunjukkan suatu eksperimen untuk mengenal pasti paku yang mempunyai ketahanan yang rendah terhadap kakisan.


Antara paku berikut, yang manakah berkarat lebih cepat?

a)

Paku keluli di dalam tabung uji P

b)

Paku besi di dalam tabung uji Q

c)

Paku keluli di dalam tabung uji R

d)

Paku besi di dalam tabung uji S

119.

Pilih pernyataan yang betul tentang aloi.

I Gabungan logam dan unsur – unsur lain

II Lembut dan mudah dibentuk

III Rintangan yang tinggi kepada kakisan

IV Ketumpatan rendah dan berat

a)

I , II dan III

b)

I dan II

c)

III dan IV

d)

I dan III

120.

Pasangan logam yang manakah membentuk aloi apabila dipanaskan?

a)

Magnesium dan karbon

b)

Keluli dan natrium

c)

Kuprum dan timah

d)

Mangan dan hidroksida

121.

Bagaimanakah kekerasan suatu logam dapat ditingkatkan?

a)

Penyaduran elektrik

b)

Pengionan

c)

Pengaloian

d)

Penulenan

122.

Bahan yang manakah merupakan aloi?

a)

Besi

b)

Piuter

c)

Aluminium

d)

Karbon

123.

Rajah menunjukkan susunan atom dalam aloi duralumin


Apakah peranan atom asing dalam sesuatu aloi?

a)

Meningkatkan kemuluran logam aluminium

b)

Meningkatkan kebolehtempaan logam aluminium

c)

Meningkatkan kekerasan dan kekuatan logam aluminium

d)

Meningkatkan kekonduksian elektrik logam aluminium

124.

Suatu aloi terdiri daripada 88% kuprum dan 12% timah. Apakah kegunaan aloi itu?

a)

Untuk membuat duit syiling

b)

Untuk membuat rangka kapal terbang

c)

Untuk membuat jambatan dan landasan kereta api

d)

Untuk membuat peralatan pembedahan

125.

Rajah menunjukkan satu aloi.

Apakah aloi itu?

a)

Loyang

b)

Keluli

c)

Gangsa

d)

Piuter

126.

Sekumpulan murid merancang untuk

membina droid terbang menggunakan

kepingan keluli.

Mengapakah keluli tidak boleh digunakan

untuk membina badan droid tersebut?

a)

Jisim yang besar

b)

Mudah terkakis

c)

Tidak boleh ditempa

d)

Kos yang tinggi

127.

Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan terpanjang di Malaysia. Apakah aloi yang digunakan untuk membina jambatan ini?

a)

Besi

b)

Keluli

c)

Gangsa

d)

Duralumin

128.

Campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam mengikut peratusan tertentu ialah ______

a)

plastik

b)

aloi

129.

Pernyataan yang manakah benar tentang aloi?

a)

Sebatian logam

b)

Campuran dua jenis elemen

c)

Campuran dua atau lebih bukan logam

d)

Campuran antara logam dan logam yang lain

130.

Yang manakah merupakan ciri istimewa aloi yang menyebabkan ia sesuai untuk membuat badan kapal terbang.

a)

Ringan dan Kuat

b)

Keras dan Berat

c)

Berkilat dan Kuat

d)

Berketumpatan rendah dan Berkilat

131.

Apakah logam utama yang digunakan dalam pembentukan piuter?

a)

Besi

b)

Nikel

c)

Timah

d)

Antimoni

132.

Rajah menunjukkan susunan atom dalam suatu bahan. Apakah fungsi atom-atom asing?

a)

Melembutkan bahan

b)

Menghalang atom-atom daripada menggelongsor

c)

Meningkatkan daya tarikan antara atom

d)

Merendahkan takat lebur bahan

133.

1.       Antara proses berikut, yang manakah dapat menambahkan kekerasan sesuatu logam?

Which of the following processes increases the hardness of a metal?

 

a)

Penulenan

b)

Pengaloian

c)

Penyaduran

d)

Pempolimeran

134.

    Antara berikut, aloi manakah yang sesuai digunakan dalam pembuatan sudu dan garfu?

a)

Loyang

b)

Duralumin

c)

Kupronikel

d)

Keluli nirkarat

135.

Amira mendapati cincin emas perkahwinannya mudah bengkok. Apakah cara untuk menjadikan cincin emasnya bertambah keras?

a)

Menambah lebih banyak emas

b)

Dileburkan dan diacu semula/

c)

Diketuk semula ke bentuk asal

d)

Dileburkan semula dan ditambah dengan unsur lain

136.

      Suatu bahan mengandungi komponen utama silika. Apakah bahan itu?

a)

aloi

b)

kaca

c)

polimer

d)

seramik

137.

Polimer manakah yang boleh digunakan untuk menggantikan kaca dalam industri?

a)

bakelit

b)

tiokol

c)

perspeks

d)

neopena

138.

1.       Mengapakah seramik digunakan dalam pembuatan gigi palsu?

a)

Lembut dan mudah dibentuk/

b)

Mudah dibentuk dan berkilat

c)

  Keras, kuat dan lengai terhadap bahan kimia

d)

Tahan haba dan mempunyai takat lebur yang rendah

139.

     Apakah yang boleh dilakukan ke atas getah asli untuk menghasilkan tayar yang lebih keras dan tahan haba?

a)

Menambahkan dawai besi

b)

Memanaskan dengan sulfur

c)

Menambahkan asid etanoik

d)

Mencampurkan larutan ammonia

140.

  Antara bahan berikut, yang manakah boleh menggumpalkan lateks?

a)

Sulfur

b)

larutan sabun

c)

jus limau

d)

natrium klorida

141.

Rajah dibawah menunjukkan pemvulkanan getah?

Apakah fungsi atom sulfur dalam proses pemvulkanan getah tersebut?

a)

Menggumpalkan molekul getah

b)

Membentuk rantai bersilang sulfur di antara molekul-molekul getah

c)

Menggabungkan molekul kecil untuk membentuk rantaian molekul panjang

d)

Meneutralkan ion hidrogen daripada asid yang terhasil daripada tindakan bakteria

142.

  Seorang penoreh getah mendapati lateks telah menggumpal sebelum sampai ke kilang. Apakah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan penggumpalan lateks?

a)

Menambahkan air ke dalam lateks

b)

Menambahkan asid ke dalam lateks

c)

Simpan lateks di dalam bekas tertutup

d)

Menambahkan larutan ammonia ke dalam lateks

143.

Situasi manakah dalam rawatan perubatan moden yang sesuai menggunakan ubat antibiotik dalam merawat pesakit?

a)

Aminah yang berasa sakit kepala dan berkemungkinan mengalami migrain.

b)

David yang mendapat jangkitan kuman pada alat kelamin akibat hubungan seks bebas.

c)

Maisarah yang mengalami masalah kemurungan selepas terlibat dalam bencana tsunami.

d)

Devi yang mengalami demam panas dan badan berasa menggigil.

144.

Lengkuas merupakan sejenis herba. Apakah kegunaannya dalam rawatan tradisional?

a)

Mengubati luka

b)

Menyejukkan badan

c)

Menghilangkan jerawat

d)

Mengubati sakit perut

145.

Bagaimanakah bahan antioksidan membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan?

a)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk meneutralkan kesan radikal bebas dengan mengisi kekosongan elektron pada radikal bebas.

b)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan memastikan bilangan radikal bebas adalah terkawal pada jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan.

c)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk memecahkan lemak berlebihan dalam tubuh badan.

d)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan menghalang proses pengoksidaan pada makanan.

146.

Apakah bahan yang dilarang di dalam produk kesihatan oleh Kementerian Kesihatan?

a)

vitamin C

b)

merkuri

c)

gula

d)

vitamin E

147.

Apakah penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas?

a)

alzheimer

b)

parkinson

c)

sakit kepala

d)

ketidaksuburan

148.

Apakah faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan manusia?

a)

metabolisme

b)

pencemaran udara

c)

asap rokok

d)

sinaran mengion

149.

mengapakah hirisan buah epal menjadi perang setelah dibiarkan selama beberapa minit

a)

pengoksidaan oleh udara

b)

tindak balas bakteria

c)

kehilangan air

d)

suhu sekeliling

150.

antara yang berikut,yang manakah dapat mengurangkan pengoksidaan makanan

a)

aspirin

b)

jus limau nipis

c)

kodeina

d)

streptomisin

151.

Alfa-tokoferol atau vitamin E boleh ditemui dalam kebanyakan minyak sayuran seperti minyak kelapa sawit, minyak jagung dan minyak kacang soya.

a)

Betul

b)

Salah

152.

Antioksidan jenis Likopena biasa ditemui dalam

a)

buah buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato dan oren

b)

sumber protein seperti telur, ayam dan roti

c)

buah buahan seperti pisang, jambu batu, mangga dan nanas

d)

sayur sayuran seperti brokoli, bayam dan kubis

153.

Nama lain bagi bahan antioksidan vitamin C ialah

a)

alfa tokoferol

b)

asid nitrik

c)

beta karotena

d)

asid askorbik

154.

Maksud bahan aktif ialah

a)

komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penghasilan bahan antioksidan

b)

komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penghasilan vitamin C

c)

komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit

d)

barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit

155.

Ubat yang manakah boleh melegakan sakit kepala?

a)

Streptomisin

b)

Parasetamol

c)

Barbiturat

d)

Kortison

156.

Antara proses berikut, yang amankah menghasilkan radikal bebas?

a)

Penurunan

b)

Pembahagian

c)

Pengoksidaan

d)

Pembezaan

157.

Mahmud telah disengat oelh serangga yang mempunyai sengatan beralkali, Anatar berikut manakah paling sesuai disapu pada tempat sengatan tersebut

a)

Sabun

b)

Cuka

c)

Ubat gigi

d)

Minyak masak

158.

Sebuah kereta bergerak dari keadaan pegun dan memecut secara seragam pada1.2 m s-2.Apakah halaju kereta itu selepas 5 minit?

a)

120 m s-1

b)

240 m s-1

c)

360 m s-1

d)

480 m s-1

159.

Abu memandu kereta pada kelajuan 30 m s-1. Dia menambah kelajuan eretasehingga mencapai kelajuan 60 m s-1 dalam masa 20 minit.Berapakah pecutan kereta itu?

a)

0.015 m s-2

b)

0.15 m s-2

c)

1.5 m s-2

d)

15 m s-2

160.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

161.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

162.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

163.

a)

Objek berjisim besar mempunyai inersia lebih besar

b)

Objek berjisim kecil mempunyai inersia lebih besar

c)

Objek berjisim kecil menghasilkan rintangan udara lebih besar

d)

Objek berjisim besar menghasilkan rintangan udara lebih kecil

164.

a)

Daya

b)

Inersia

c)

Tekanan

d)

Pecutan

165.

a)

Mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia

b)

Mengkaji hubungan antara jenis bahan dengan inersia

c)

Mengkaji hubungan antara bentuk dengan inersia

d)

Mengkaji hubungan antara ketinggian dengan inersia

166.

Apakah sesaran?

a)

Kadar perubahan halaju

b)

Kadar perubahan jarak

c)

Jumlah panjang lintasan gerakan

d)

Jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi

167.
a)

13 km

b)

17 km

c)

18 km

d)

30 km

168.

a)

Sesaran seragam

b)

Halaju seragam

c)

Laju seragam

d)

Pecutan seragam

169.

Antara berikut, pernyataan yang manakah yang benar berkaitan dengan jatuh bebas adalah benar?

a)

Dipengaruhi oleh rintangan udara

b)

Jatuh dengan tiada tindakan daya

c)

Jatuh tanpa pecutan

d)

Berlaku di vakum sahaja

170.

Satu syiling dan sehelai daun dilepaskan pada masa yang sama dalam satu silindervakum. Antara pemerhatian berikut, yang manakah adalah benar?

a)

Syiling sampai ke tapak silinder dahulu

b)

Daun sampai ke tapak silinder dahulu

c)

Syliling dan daun sampai ke tapak silinder pada masa yang sama

d)

Syiling dan daun terapung di dalam silinder

171.

Apabila membanding inersia dua objek

a)

Objek yang mempunyai jisim yang lebih besar mempunyai inersia yang lebih besar.

b)

Objek yang mempunyai jisim yang lebih kecil mempunyai inersia yang lebihbesar.

c)

Objek yang mempunyai ketumpatan yang lebih besar mempunyai inersia yang lebih besar

d)

Objek yang mempunyai ketumpatan yang lebih kecil mempunyai inersia yang lebih besar.

172.

Antara berikut, yang manakah unit S.I. bagi jisim?

a)

m

b)

N

c)

g

d)

kg

173.

Antara yang berikut, manakah tidak benar tentang penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik

a)

ia tidak mengeluarkan gas beracun yang mencemarkan alam sekitar

b)

ia adalah lebih murah untuk menjana tenaga elektrik berbanding dengan bahan api fossil

c)

ia tidak menghasilkan sisa yang banyak

d)

stesen janakuasa nuklear tidak memerlukan penyenggaraan.

174.

rajah 1 menunjukkan pembelahan nukleus Uranium-235. apakah X

a)

proton

b)

neutron

c)

elektron

d)

Nukleon

175.

antara pernyataan berikut, manakah tidak benar tentang perbandingan antara pelakuran nukleus dan pembelahan nuklues?

a)

pelakuran nukleus menghasilkan lebih banyak tenaga nuklear berbanding pembelahan nukleus

b)

pelakuran nukleus menghasilkan lebih banyak sinaran radioaktif berbanding pembelahan nukleus

c)

kadar pelakuran nukleus tidak boleh dikawal berbanding dengan pembelahan nukleus yang di bawah kawalan

d)

pelakuran nukleus memerlukan suhu dan tekanan yang sangat tinggi untuk berlaku berbanding dengan pembelahan nukleus

176.

rajah 2 menunjukkan satu proses dimana tenaga nuklear dihasilkan. antara yang berikut, manakah tidak benar tentang proses yang ditunjukkan di atas?

a)

matahari menghasilkan tenaga haba dan tenaga cahaya matahari melalui proses ini

b)

proses ini dijalankan di bawah suhu dan tekanan yang sangat tinggi

c)

proses ini boleh digunakan untuk membuat bom atom

d)

proses ini melibatkan dua nukleus yang ringan bergabung untuk membentuk satu nukleus yang berat dan stabil

177.

apakah fungsi rod pengawal boron?

a)

menghasilkan air panas

b)

mengawal kadar tindak balas berantai

c)

memulakan proses pembelahan nukleus

d)

mengelakkan pembebasan sinaran radioaktif ke persekitaran

178.

apakah sumber tenaga yang digunakan dalam reaktor nuklear?

a)

plutonium

b)

strontium

c)

barium

d)

uranium

179.

apakah kesan kebocoran bahan radioaktif

a)

pemanasan global

b)

penipisan lapisan ozon

c)

mutasi benda hidup

d)

pencemaran udara

180.

antara yang berikut manakah bukan pengendalian bahan radioaktif yang betul

a)

orang ramai perlu menggunakan forsep semasa mengendalikan bahan radioaktif yang aktif

b)

pekerja patut memakai dosimeter yang boleh mengukur keamatan sinaran radioaktif

c)

pekerja patut bekerja dibelakang perlindungan apabila mengendalikan bahan radioaktif yang berisiko tinggi

d)

tangan robot digunakan semasa mengendalikan bahan radioaktif yang berbahaya

181.

antara yang berikut yang manakah kegunaan karbon-14

a)

menganggarkan umur artifak

b)

digunakan dalam rawatan kanser

c)

mengesan kebocoran paip

d)

membunuh bakteria

182.

di manakah pelakuran nukleus berlaku secara semulajadi

a)

bulan

b)

bumi

c)

matahari

d)

marikh

183.

Bahan manakah yang digunakan untuk membuat bekas bagi menyimpan bahan radioisotop dengan selamat?

a)

Kaca

b)

Plumbum

c)

Keluli

d)

Plastik

184.

Apakah kesan pembuangan bahan sisa radioaktif ke dalam sungai?

a)

Perubahan pH air sungai

b)

Kesan rumah hijau

c)

Penipisan lapisan ozon

d)

Mutasi gen haiwan

185.

Pekerja yang mengendalikan bahan sisa radioaktif terdedah kepada sinar radioaktif. Antara berikut, yang manakah langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pekerja tersebut?

a)

Mencuci tangan dan kaki dengan antiseptik

b)

Memakai pakaian pelindung plumbum

c)

Mensteril peralatan selepas digunakan

d)

Memakai cermin mata khas

186.

Bahan manakah yang digunakan dalam arkeologi?

a)

Karbon-14

b)

Kobalt-60

c)

Iodin-131

d)

Plutonium-239

187.

Apakah kesan pertambahan kebergantungan bahan api fosil untuk penjanaan elektrik?

a)

Pencemaran air

b)

Pemusnahan ekosistem

c)

Penipisan lapisan ozon

d)

Perubahan suhu udara yang mendadak

188.

Natrium-24 disuntik ke dalam saluran darah seorang pesakit yang mengalami sakit kepala yang kronik. Apakah tujuan tindakan ini?

a)

Merawat kesakitan di bahagian kepala

b)

Melarutkan pembekuan darah di bahagian kepala

c)

Mencegah pembekuan darah pada bahagian kepala

d)

Mengesan kedudukan pembekuan darah di bahagian kepala

189.

Antara berikut, yang manakah kesan ujian senjata nuklear?

a)

Tsunami

b)

Gempa bumi

c)

Luruhan radioaktif

d)

Letupan gunung berapi

190.

Where does nuclear fusion occur naturally?

Dimanakah pelakuran nuklear berlaku secara langsung?

a)
b)
c)
d)
191.

Name the diagram above .....

Namakan rajah diatas.....

a)

nuclear power station

stesen janakuasa nuklear

b)

power station

stesen janakuasa elektrik

192.

Apakah kebaikan menggunakan sumber tenaga nuklear berbanding sumber tenaga lain?

a)

lebih murah

b)

lebih selamat kepada hidupan

c)

menghasilkan tenaga yang sedikit

d)

membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit