wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BENGKEL GARAM MERDEKA

Total questions: 20

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Antara larutan akueus yang berikut, yang manakah akan menghasilkan mendakan hijau apabila ditambah ke dalam larutan natrium karbonat?


(Anda boleh tick lebih daripada 1 jawapan)

a)

Ferum(II) nitrat

b)

Kromium(III) etanoat

c)

Magnesium klorida

d)

Zink sulfat

2.

Rajah menunjukkan ujian bagi menguji kehadiran sejenis gas.

Pemerhatian yang diperoleh ialah:

i) kertas litmus biru menjadi merah

ii) gas berwarna perang terbebas

Gas yang terbebas ialah__________________.

a)

nitrogen dioksida

b)

hidrogen klorida

c)

oksigen

d)

karbon dioksida

3.

Rajah menunjukkan ujian bagi menguji kehadiran sejenis gas.

Pemerhatian:

Kertas litmus biru menjadi merah seterusnya menjadi luntur

Gas yang terbebas ialah__________________.

a)

klorin

b)

hidrogen klorida

c)

oksigen

d)

karbon dioksida

4.

Rajah menunjukkan susunan radas bagi pemanasan Garam X. Apabila X dipanaskan, baki yang terhasil berwarna perang apabila panas dan bertukar menjadi kuning apabila sejuk. Apakah X?

a)

Plumbum(II) karbonat

b)

Zink karbonat

c)

Kuprum(II) nitrat

d)

Zink oksida

5.

Garam (a)   ialah garam yang larut di dalam air pada suhu bilik.

6.

GARAM ialah suatu sebatian yang terbentuk apabila ION HIDROGEN daripada ASID digantikan dengan ION _________________ atau ION ___________________.

a)

logam, ammonium

b)

karbonat, nitrat

c)

hidroksida, manganat (VII)

d)

klorida, iodida

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan garam tak terlarutkan?


(Anda boleh tick lebih daripada 1 jawapan)

a)

Argentum klorida

b)

Plumbum(II) klorida

c)

Natrium nitrat

d)

Kalsium sulfat

8.

Rajah menunjukkan penyediaan larutan garam melibatkan tindak balas Bahan X dengan asid sulfurik cair. Bahan X ialah ____________________.

a)

Ammonia

b)

Kuprum(II) karbonat

c)

Hidrogen klorida

d)

Natrium klorida

9.

Ketulan kalsium bertindak balas dengan air suling seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Larutan yang diperolehi boleh dineutralkan dengan menambah ___________________.

a)

larutan ammonia

b)

magnesium

c)

ferum(II) hidroksida

d)

asid hidroklorik

10.
Apakah hasil bagi tindak balas di bawah?
MgCO3 dicampurkan dengan HNO3 menghasilkan Mg(NO3) dan .....
a)
gas hidrogen dan air
b)
gas karbon dioksida sahaja
c)
gas karbon dioksida dan air
d)
air sahaja
11.
Persamaan berikut menunjukkan tindak balas untuk mendapatkan garam sulfat terlarutkan.
H2SO+ Y → garam sulfat + H2O
Apakah Y?
a)
Kasium oksida
b)
Barium hidroksida
c)
Kalium hidroksida
d)
Plumbum (II) oksida
12.
Yang manakah sesuai untuk menyediakan garam zink nitrat?
a)
zink dan asid sulfurik
b)
zink oksida dan asid nitrik
c)
zink dengan larutan argentum nitrat
d)
zink klorida dan asid nitrik
13.

Asid nitrik akan membentuk garam nitrat apabila ion hidrogen digantikan oleh

a)

Ion kuprum

b)

Ion karbonat

c)

Ion hidroksida

d)

Ion sulfat

14.

Garam tak terlarutkan disediakan dengan mencampur dua larutan akueus menerusi tindak balas penguraian ganda dua.

Insoluble salts are prepared by mixing two aqueous solutions through the double decomposition reaction.

Pilih dua bahan yang boleh menghasilkan garam tak terlarutkan menerusi kaedah yang sama.

Choose two substances that can produce insoluble salt by the same method.

a)

Plumbum(II) oksida

Lead (II) oxide

  • +

  • Asid sulfurik

    Sulphuric acid

b)

Barium nitrat

Barium nitrate

+ Natrium sulfat

Sodium sulphate

c)

Kalsium klorida

Calcium chloride

  • +

  • Magnesium nitrat

    Magnesium nitrate

d)

Magnesium hidroksida

Magnesium hidroxide

  • +

  • Kalsium nitrat

    Calcium nitrate

15.

Antara yang berikut, garam manakah yang disediakan melalui tindak balas penguraian ganda dua?

Which of the following salts is prepared through double decomposition reaction?

a)

Ammonium karbonat

Ammonium carbonate

b)

Kalsium nitrat

Calcium nitrate

c)

Magnesium klorida

Magnesium chloride

d)

Plumbum (II) sulfat

Lead (II) sulphate

16.

Serbuk natrium klorida telah tercampur dengan serbuk plumbum(II) iodida.

Antara yang berikut, urutan manakah yang betul untuk mendapatkan hablur natrium klorida daripada campuran itu?

Sodium chloride powder mixed with lead(II) iodide powder.

Which of the following is the correct sequence to obtain the sodium chloride crystal from the mixture?

a)

Tambahkan air, turas, panaskan basil turasan, sejukkan

Add water, filter, heat the filtrate, cool

b)

Tambahkan air, panaskan campuran, turas, sejukkan,

Add water, heat the mixture, filter, cool

c)

Panaskan campuran, tambah air, sejukkan, turas

Heat the mixture, add water, cool, filter

d)

Panaskan campuran, tambah air, turas, sejukkan

Heat the mixture, add water, filter, cool

17.
Maklumat di bawah menerangkan satu proses.
Dua larutan iaitu larutan plumbum (II) nitrat dan larutan kalium iodida dicampurkan dan kemudiaannya dituras. Hasil turasannya ialah plumbum (II) iodida.
Apakah tindak balas yang dimaksudkan? 
a)
Peneutralan
b)
Penurasan
c)
Pencampuran
d)
Penguraian ganda dua
18.

Mengapakah serbuk kuprum (II) oksida perlu ditambah secara berlebihan kepada asid nitrik semasa penyediaan garam kuprum (II) nitrat

a)

Untuk menghasilkan larutan tepu

b)

Untuk menghasilkan garam kuprum (II) nitrat

c)

Untuk menghasilkan hablur garam kuprum (II) nitrat

d)

Untuk memastikan semua asid nitrik telah bertindak balas dengan lengkap

19.

Antara berikut yang manakah merupakan kaedah penyediaan garam kalium nitrat?

a)

Tindak balas antara asid dan alkali

b)

Tindak balas antara asid dan logam reaktif

c)

Tindak balas antara asid dan oksida logam

d)

Tindak balas antara asid dan karbonat logam

20.
Antara yang berikut, yang manakah tidak memerlukan pemanasan untuk membentuk hablur garam?
a)
Penyediaan natrium klorida
b)
Penyediaan natrium nitrat
c)
Penyediaan plumbum(II) sulfat
d)
Penyediaan kalsium nitrat