wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 6

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud peribahasa 'Ada udang di sebalik batu'?

a)

Orang yang selalu bertengkar.

b)

Seseorang yang menipu atau membodohkan orang.

c)

Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya.

d)

Seseorang yang jahat atau suka berfoya-foya dengan perempuan silih berganti.

2.

Apakah maksud peribahasa 'Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'?

a)

Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

b)

Mengalami susah senang bersama-sama.

c)

Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.

d)

Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

3.

Ahmad sering memberi bantuan kepada orang yang memerlukan di kawasan kampungnya.

Apakah peribahasa yang sesuai untuk Ahmad?

a)

Murah hati

b)

Rendah hati

c)

Makan hati

d)

Hati batu

4.

Aminah sudah berjaya dan bekerja di sebuah syarikat swasta terbesar di Malaysia. Namun begitu, dia lupa akan jasa yang diberikan oleh ibu bapa dan guru.

Apakah peribahasa yang sesuai untuk Aminah?

a)

Kacang lupakan kulit.

b)

Indah khabar daripada rupa.

c)

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

d)

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

5.

Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulan ke tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.

Nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa di atas.

a)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

b)

Air yang dicencang tidak akan putus.

c)

Bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

d)

Seperti belut pulang ke lubuk.

6.

Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

Nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa di atas.

a)

Biduk lalu kiambang bertaut.

b)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

c)

Air ditetak tidak akan putus.

d)

Seperti gagak pulang ke benua.