Font size
WorksheetsULANGKAJI TATABAHASA TINGKATAN 3
Total questions: 105
Worksheet time: 1hrs 3mins
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.
berhijrah
berhasrat
berkahwinkan
tiada kesalahan
Apakah tema yang bersesuaian dengan Sajak Senja Di Palang Besi ?
Kemiskinan banduan
Kepayahan hidup banduan
Kesengsaraan hidup banduan
Kehidupan sedih seorang banduan
Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen Legasi Tapai Ubi ialah _______________________
Kita mestilah menanamkan sikap ingin membantu ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan kita.
Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membantu kita memperoleh kejayaan.
Kita mestilah berusaha untuk menjadi pakar penyelidik di samping memperkenalkan produk tempatan.
Kita mestilah bijak mengatur strategi perniagaan untuk melariskan barang yang dijual.
Yang berikut ialah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh Aku dalam cerpen Legasi Tapai Ubi, kecuali
Seorang anak yang taat kepada perintah kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang teliti dalam melaksanakan tugas dan penyelidikannya.
Seorang yang mengenang budi akan jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas dan sering menerima pujian daripada pelbagai pihak.
Bagaimanakah perasaan banduan yang diluahkan di dalam rangkap ke-2 Sajak Senja Di Palang Besi?
kisah hidupnya yang dahulu bahagia namun kini terpinggir, sengsara dan terbuang di penjara.
kisah dirinya yang semakin dipinggirkan kerana atas perbuatannya
yang melakukan kesalahan yang berat.
kisah dirinya yang telah dipenjarakan kerana dianiayai oleh perbuatan rakan dan saudaranya sendiri.
kisah dirinya yang mengalami kesengsaraan sedangkan hukuman
tersebut bukan kesalahan yang dilakukan.
Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.
lumpuh
lenguh
lembik
letih
Habis pakaiannya akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Kerana sering kali dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.
membesar
memperbesarkan
memperbesar
membesar-besarkan
Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang g df dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
cacing hendak menjadi naga
kaduk naik junjung
kera mendapat bunga
anak kucing menjadi harimau
1. Pilih ejaan yang BETUL :
A.
B.
Menggembeleng
C.
Legenda
D.
Istirehat
Kata nama khas yang SALAH ialah
Internet
Yang di-Pertuan Agong
Guru Besar
Perdana Menteri
Pilih perkataan yang dieja dengan BETUL
anti Israel
tae kwan do
ramadhan
sosio budaya
Pilih KATA KERJA TRANSITIF di bawah :
membawa
bercerita
terangkat
berbantalkan
menghadapi
Pilih perkataan bahasa Inggeris yang SALAH digunakan dalam bahasa Melayu
standard
trend
fasiliti
ilustrasi
Pilih KATA MAJMUK yang dieja bercantum dengan BETUL
alatulis
pasaraya
sukarela
warganegara
tengahari
Pilih KATA MAJMUK yang dieja bercantum dengan BETUL.
keretapi
penguatkuasa
kakitangan
bumiputera
kerjasama
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai bagi maksud di bawah.
"tulisan yang sukar dibaca"
ayam tambatan
cakar ayam
cakar harimau
anak ayam
Maksud simpulan bahasa ' lipas kudung ' ialah.....
menulis dengan lancar
orang yang tiada kaki
berlari dengan pantas
membuat sesuatu dengan cepat
Peribahasa berikut sesuai dengan maksudnya KECUALI
"Bagaimana acuan begitulah kuihnya"
Maksud :
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
"Ada udang di sebalik batu"
Maksud:
Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
"Bagai kacang lupakan kulit"
Maksud:
Orang yang lupa asalnya setelah menikmati kesenangan.
"Genggam bara biar sampai jadi arang"
Maksud:
Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya.
Nyatakan kata kerja yang betul berdasarkan gambar.
menatang
memikul
menjinjing
memimpin
Nyatakan kata kerja yang betul berdasarkan gambar.
memapah
mengendong
mengandar
memikul
Nyatakan kata kerja yang betul berdasarkan gambar.
menolak
menonton
menunggang
menuntun
Pilih ayat-ayat yang betul
Hujan lebat menyebabkan kawasan rendah dilanda banjir
Ibu menghadiahi saya sepasang kasut baharu
Mokhtar Dahari ialah seorang pemain bola sepak tanah air yang terkenal.
Oleh kerana bangun lewat, Ahmad lewat ke sekolah
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, pilih peribahasa yang sesuai.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
belakang parang jika diasah lagikan tajam
Pilih jawapan yang tepat.
Dua setengah kilogram
Dua kilogram setengah
Pilih pecahan yang betul.
Tiga suku jam
Tiga jam suku
Pilih ayat pasif yang tepat.
Roti itu kamu makan.
Roti itu dimakan oleh kamu.
Pilih jawapan yang tepat.
Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung.
Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung.
Pilih penggunaan kata hubung yang betul.
Kamal tidak hadir ke sekolah sebab demam.
Kamal tidak hadir ke sekolah kerana demam.
Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
ketul
batang
buah
bungkus
Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.
buku
ulas
ketul
kerat
Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.
rangkap
perenggan
patah
baris
Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.
pucuk
rumpun
kuntum
bungkus
Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan.
bilah
pucuk
butir
batang
Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.
utas....gulung
bentuk....buah
biji....utas
bentuk....utas
Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.
pasang....biji
buah....pasang
biji....buah
buah....bentuk
Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.
batang....buah
buah....batang
batang....butir
biji....patah
Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.
rangkap....buah
baris....baris
patah....biji
baris....patah
Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam akuarium.
buah....helai
ekor....tangkai
biji....kuntum
ekor....tandan
Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun pandan.
cawan....helai
cubit....rumpun
kilo....keping
cubit....helai
Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan para pekerjanya.
bidang....buah
ketul....biji
bidang....bentuk
buah....buah
Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai.
butir....rumpun
buah....batang
biji....pohon
butir....buah
Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis hari jadi kawannya.
biji....gelas
potong....buah
potong....gelas
keping....biji
Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang
dikirimkan oleh nenek dari kampung.
butir....sisir
biji....tandan
buah....biji
biji....keping
Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_______ tikus.
digerit
digigit
dikesip
diketip
Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu_______ ruang tamu_______ ruang dapur rumahnya.
dari......ke
dari.....kepada
daripada.....ke
daripada.....kepada
Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah generasi pada masa ini.
ketimuran
setengah-setengah
pada
Tiada kesalahan
Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.
pelbagai
awet
supaya
Tiada kesalahan
I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.
II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.
III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.
IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.
II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.
III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.
IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit tuduhan jenayah kolar putih.
sungguh percaya benar
teramat percaya benar
sangat percaya benar
percaya benar
Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.
anugerahkan atlet paralimpik
menganugerah atlet paralimpik
menganugerahi atlet paralimpik
menganugerahkan atlet paralimpik
Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa
Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak
Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.
Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan
Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dpat dikekalkan.
Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara
Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tabah air.
Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan
Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan
I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Smad Said telah dibaca oleh saya.
II Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.
III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.
IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.
II "Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.
III Pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.
IV Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik rantau Asia.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Ali benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
ada hati
bulat hati
besar hati
berat hati
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
melepaskan batuk di tangga
mencurah air ke daun keladi
alang-alang berdakwat biar hitam
dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.
dihempap
dihempas
ditindih
dihimpit
Beliau mendapat________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.
hadiah
sumbangan
cendermata
anugerah
Gambar-gambar itu disiarkan dengan_______ Jabatan Penerangan.
ehsan
ihsan
insan
perkenan
Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan nasional.
bersama-sama
di antara
sekali gus
Tiada kesalahan
Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunug Stong walaupun menghadapi berbagai rintangan.
pendakian
walaupun
berbagai
Tiada kesalahan
Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih sama ada A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui semua barang -barang mainanya tertinggal di kampung
Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui semua barang mainan-mainannya tertinggal di kampung
Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui kesemua -barang mainannya tertinggal di kampung
Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui semua barang mainannya tertinggal di kampung
Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali....
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ke bumi sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa
Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.
Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini
Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini
Di antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini
Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini
Rezeki ayah hanya sedikit pada hari ini kerana hujan lebat. Ayah meminta anak-anaknya berkongsi sama rata rezeki tersebut.
Peribahasa ini digambarkan..........
rumah sudah siap pahat masih berbunyi
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
biduk lalu kiambang bertaut
hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
Kamil kurang disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia suka membesarkan perkara yang kecil.
Peribahasa ini digambarkan.............
seperti rusa masuk kampung
seperti rumput di tepi jalan
menanam tebu di tepi bibir
laksana katak, sedikt hujan banyak bermain
Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan ____________ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.
mendirikan
menegapkan
menegakkan
melempangkan
Dompet itu diperbuat________________kulit ikan pari
daripada
oleh
pada
dari
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal
Kejayaan mereka memenangi pertandingan itu didorong oleh semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama negara.
Pertandingan itu dimenangi oleh mereka untuk menaikkan semangat yang tinggi demi mengharumkan nama negara.
Demi mengharumkan nama · negara telah mendorong mereka untuk memenangi pertandingan itu dengan jayanya.
Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan itu telah mengharumkan nama negara dengan jayanya. ·
Keinginan yang kuat untuk menaikkan nama negara telah mendorong mereka menjuarai kejohanan tersebut
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Kursus kepemimpinan pengawas itu bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang sifat-sifat sebagai pemimpin yang perlu ada dalam diri mereka.
Sifat-sifat sebagai pemimpin yang wujud dalam diri pelajar membolehkan mereka mengikuti kursus kepemimpinan pengawas.
Sifat-sifat sebagai pemimpin dapat dilatih sekiranya pelajar menjadi pengawas dalam sesuatu kursus kepemimpinan
Matlamat utama kursus kepemimpinan yang dihadiri oleh pengawas- pengawas itu adalah untuk melatih mereka memiliki sifat-sifat seorang pemimpin.
Sebagai pemimpin pengawas, pelajar perlu mengikuti kursus kepemimpinan yang bertujuan untuk membentuk sifat-sifat pemimpin dalam diri mereka
10 Pilih ayat-ayat yang betul.
I Anuar menamai kucingnya Si Tompok.
II Wajah tuan puteri bercahaya bak bulan purnama.
Ill Adik saya yang belajar dalam tingkatan satu sudah
pergi sekolah.
IV Tolong beritahu pihak pengelola sekiranya anda
menghadapi lain-lain masalah.
I dan II sahaja
Ill dan IV sahaja
I, II dan Ill sahaja
II, Ill dan IV sahaja
