NEW
Font size
WorksheetsSAINS T4 BAB 11 EXAM
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Rajah menunjukkan seorang juruukur menggunakan sebuah roda pengukur jalan. Apakah fungsi alat pengukur di atas?
Mengukur jarak
Mengukur sesaran
Mengukur laju purata
Mengukur halaju purata
Rajah menunjukkan lintasan yang dilalui oleh sebuah kereta dari K ke N. Berapakah sesaran kereta itu?
100 km
140 km
150 km
160 km
Rajah menunjukkan perjalanan dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ke Genting Highlands. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Jarak antara dua tempat itu ialah 52 300 km
Sesaran antara dua tempat itu ialah 52 300 m
Laju purata perjalanan itu ialah 13.62 m/s
Halaju perjalanan itu ialah 49.03 km/j
Rajah menunjukkan satu susunan radas yang digunakan untuk mengkaji gerakan sebuah troli. Troli itu ditolak agar menaiki landasan condong itu. Antara pita detik berikut, yang manakah menunjukkan keputusan eksperimen ini?
Rajah menunjukkan graf sesaran-masa bagi gerakan tiga buah kereta mainan, X, Y dan Z. Antara berikut, yang manakah menunjukkan halaju purata bagi kereta-kereta mainan itu selepas 5 s?
Z = X = Y
Z > X > Y
Z < X < Y
Z < Y < X
Rajah menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan sebuah kereta. Pernyataan yang manakah tentang gerakan sepanjang AB adalah betul?
Pecutan
Nyahpecutan
Halaju seragam
Lupe 😭😭
Rajah menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan sebuah kereta. Pernyataan yang manakah tentang gerakan sepanjang BC adalah betul?
Pecutan
Nyahpecutan
Halaju meningkat
Lupe 😭😭
Iqram melepaskan dua biji batu yang berlainan jisim dari tingkat paling atas sebuah bangunan. Graf halaju, v melawan masa, t yang manakah menunjukkan gerakan kedua-dua biji batu itu? [Abaikan rintangan udara]
Sebiji bola dibaling tegak ke udara. Huraikan perubahan halaju bagi bola itu.
Halaju berkurang pada kadar malar apabila bola itu bergerak naik
Pecutan berkurang pada kadar malar apabila bola itu bergerak naik
Halaju bertambah pada kadar malar apabila bola itu bergerak naik
Pecutan bertambah pada kadar malar apabila bola itu bergerak naik
Rajah menunjukkan satu susunan radas yangi digunakan untuk menentukan nilai pecutan graviti. Mengapakah nilai pecutan graviti yang diperoleh melalui kaedah ini selalunya tidak jitu?
Objek tidak jatuh dalam satu garis lurus
Eksperimen tidak dijalankan dalam keadaan vakum
Gerakan objek diperlahankan oleh rintangan udara yang besar
Gerakan objek diperlahankan oleh rintangan udara dan geseran yang terhasil antara pita detik dengan jangka masa detik
Sehelai kertas dan sebuah buku dilepaskan dari ketinggian yang sama melalui medium udara. Apakah yang akan berlaku pada gerakan kertas and buku itu?
Kedua-dua kertas dan buku itu jatuh dengan pecutan yang sama
Kertas itu akan jatuh dengan pecutan yang lebih besar daripada buku itu
Buku itu akan jatuh dengan pecutan yang lebih besar daripada kertas itu
Kedua-dua kertas dan buku itu jatuh dengan halaju malar
Apakah fungsi neraca inersia?
Menentukan jisim objek
Menentukan pecutan objek
Menentukan jisim objek di Bumi
Menentukan jisim objek di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)
Rajah menunjukkan keadaan seorang penunggang basikal apabila basikalnya terlanggar sebiji batu besar. Mengapakah badannya terhumban ke hadapan dan jatuh ke atas jalan?
Badannya kekal pegun semasa kemalangan berlaku
Badannya kekal memecut semasa kemalangan berlaku
Badannya kekal bergerak dengan halaju malar semasa kemalangan berlaku
Basikalnya kekal bergerak dengan halaju malar semasa kemalangan berlaku
Neraca inersia dapat digunakan untuk membandingkan jisim bagi dua jasad yang berlainan. Apakah yang dimiliki oleh jasad yang berjisim besar?
Tempoh ayunan yang lebih lama
Amplitud ayunan yang lebih kecil
Amplitud ayunan yang lebih besar
Tempoh ayunan yang lebih pendek
Rajah A dan Rajah B menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk menentukan jisim objek dengan menggunakan neraca inersia.
Nyatakan satu pemerhatian bagi eksperimen ini.
Ayunan neraca inersia semakin perlahan
Ayunan neraca inersia semakin cepat
Tiada perubahan
Tiada data dalam kepala 😵💫😵💫
Rajah A dan Rajah B menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk menentukan jisim objek dengan menggunakan neraca inersia.
Nyatakan satu inferens bagi pemerhatian di atas
Masa tidak akan menunggu mu
Masa ayunan tidak bergantung pada jisim
Masa ayunan bergantung pada jisim
Tiada data dalam kepala 😵💫😵💫
Rajah A dan Rajah B menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk menentukan jisim objek dengan menggunakan neraca inersia.
Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini
Jenis pengapit G
Bilangan jam randik
Jisim neraca inersia
Jisim / bilangan rod
Inersia ialah sifat semula jadi objek yang cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asalnya. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi inersia
Inersia ialah masa ayunan pendek yang disebabkan oleh bilangan rod
Inersia ialah bilangan rod yang menyebabkan masa ayunan menjadi pendek
Rajah menunjukkan seorang pemandu kereta memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Pada pendapat anda, mengapakah tindakan pemandu tersebut adalah penting?
Mengelakkan pemandu kereta dari disaman polis
Mengelakkan pemandu kereta terhumban ke depan disebabkan oleh inersia bila kereta berhenti secara tiba²
Mengelakkan pemandu kereta terhumban ke belakang disebabkan oleh inersia bila kereta berhenti secara tiba²
Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keadaan sekeping duit syiling 5 sen dan bulu, dengan jisim yang sama, yang dilepaskan dalam medium udara dari paras yang sama, X0 dan Y0 Untuk setiap sela masa 1 saat, imej-imej duit syiling 5 sen yang seterusnya telah berjaya dirakamkan pada kedudukan X1 dan X2. Untuk sela masa yang sama, dimanakah kedudukan Y1
A
B
C
D
Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keadaan sekeping duit syiling 5 sen dan bulu, dengan jisim yang sama, yang dilepaskan dalam medium udara dari paras yang sama, X0 dan Y0 Untuk setiap sela masa 1 saat, imej-imej duit syiling 5 sen yang seterusnya telah berjaya dirakamkan pada kedudukan X1 dan X2. Inferens berikut adalah benar KECUALI
Masa jatuhan objek bergantung pada luas permukaan yg terdedah
Pecutan objek bergantung pada luas permukaan yg terdedah
Jarak yang dilalui objek bergantung pada luas permukaan yg terdedah
Luas permukaan objek yang terdedah dipengaruhi oleh mata diambil
Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keadaan sekeping duit syiling 5 sen dan bulu, dengan jisim yang sama, yang dilepaskan dalam medium udara dari paras yang sama. Nyatakan definisi secara operasi bagi rintangan udara.
Rintangan udara ditunjukkan oleh masa yang diambil utk objek jatuh
Rintangan udara ditunjukkan oleh jisim objek yang jatuh
Rintangan udara ditunjukkan oleh jenis objek jatuh
Tiada rintangan yg mampu menghalangku 😎
