NEW
Font size
WorksheetsGEGAR TRIAL
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Antara berikut, yang manakah ciri koperasi?
Tiada beban cukai
Kewujudan kekal
Hal ehwal syarikat dirahsiakan
Berkongsi kepakaran
Aktiviti manakah yang berikut terlibat dalam sektor sekunder?
Fatin membuka klinik gigi berhampiran rumahnya
Abdullah menghantar sawi yang ditanam ke pasar tani
Khaliq Sdn. Bhd. terlibat dalam industri pembinaan jambatan
Ahmad menjalankan aktiviti ternakan ikan patin
Pilih pernyataan yang benar tentang perniagaan skala tempatan
Melibatkan penjualan suatu produk hanya dalam negara
Melibatkan penjualan produk di pasaran dalam negeri dan luar negara
Menjual suatu produk pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri
Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai. • Syarikat Mega Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan berasaskan bahan mentah. • Merupakan perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC). Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh Syarikat Janna Sdn. Bhd.?
Potongan cukai
Taraf perintis
Elaun cukai pelaburan
Pengecualian cukai
Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi berlaku trend meningkat?
Politik yang stabil
Pengurusan yang cekap
Ekonomi yang berkembang
Jaringan perniagaan yang positif
Kuasa beli penduduk meningkat menunjukkan tahap perkembangan ekonomi berada dalam kitaran perniagaan.....
Pertumbuhan
Melambung
Kemelesetan
Kemerosotan
Apakah faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan tenaga solar?
Sosiobudaya
Ekologi
Teknologi
Politik
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Penyataan berkaitan hala tuju perniagaan
Penyataan berkaitan tujuan utama perniagaan
Penyataan berkaitan panduan membuat keputusan
Penyataan berkaitan maklumat khusus perniagaan
Pernyataan manakah merujuk kepada tujuan visi?
Majikan memaklumkan tentang sasaran jualan yang perlu dicapai pada tahun ini kepada para pekerja
QSport Sdn. Bhd ingin menjadi pembekal produk sukan terkenal di Malaysia
Pengurus pengagihan telah menerangkan hala tuju perniagaan kepada pekerja bahagiannya
En. Abdul telah mengagihkan sumber pembiayaan mengikut keperluan setiap jabatan
Antara berikut, faktor luaran yang manakah mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan?
Sumber manusia
Pemasaran
Kewangan
Sosiobudaya
Apakah kesan sekiranya perniagaan tidak mencapai objektif?
Kos operasi merosot
Jualan merosot
Harga produk dikurangkan
Kadar dividen dikurangkan
Apakah bahagian fungsian yang berperanan menyimpan rekod-rekod perniagaan?
Bahagian fungsian sumber manusia
Bahagian fungsian pentadbiran
Bahagian fungsian kewangan
Bahagian fungsian belian
Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam sesebuah perniagaan. • Memenuhi kekurangan bekalan produk yang berlaku di sesuatu lokasi • Memeriksa semua produk dan bertindak jika berlaku perbezaan Apakah bahagian fungsian tersebut?
Jualan
Kewangan
Pengagihan
Pemasaran
X merupakan satu proses pihak penerima menterjemahkan mesej yang dihantar oleh penghantar. Apakah X?
Dekod
Enkod
Saluran
Maklum balas
Mengapakah interaksi antara bahagian fungsian penting dalam sesebuah organisasi perniagaan kecil dan perniagaan besar?
Untuk mengurangkan kos operasi
Untuk meningkatkan persaingan
Untuk melancarkan aktiviti perniagaan
Untuk menambah jumlah pelanggan
Mengapa majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Mereka lebih mudah untuk diberikan kenaikan pangkat
Mereka dapat menjimatkan masa dan kos latihan
Mereka lebih bersemangat untuk bekerja
Mereka lebih pandai berkomunikasi
Manakah yang berikut merupakan sumber fizikal?
Komputer riba
Video animasi
Microsoft Excel
Reka bentuk bangunan
Mengapakah seorang usahawan perlu menguruskan harta intelek dengan baik?
Memastikan perniagaan diurus dengan baik
Memastikan kedudukan aset sentiasa kukuh dan stabil
Menghasilkan keuntungan dalam jangka yang singkat
Mengelakkan syarikat daripada ancaman cetak rompak
Bagaimanakah pengurusan sumber teknologi dapat membantu perniagaan Proton untuk terus berkembang?
Melabur dalam teknologi baru tanpa perlu membuat kajian
Mengurangkan belanjawan teknologi
Menggantikan teknologi setiap tahun dengan cepat
Menjalankan kajian pasaran sebelum melabur dalam teknologi baru
Apakah sumber fizikal yang diperlukan oleh Syarikat Servis Kereta?
Bahan mentah
Kilang tayar
Alat menukar tayar
Kereta pelanggan
Apakah sumber pembiayaan luaran tersebut?
Pemfaktoran
Overdraf
Pajakan
Ar Rahnu
Apakah kemudahan kewangan oleh agensi kerajaan bagi usahawan bagi menggalakkan syarikat menjadi lebih inovatif?
Modal Permulaan
Bantuan modal
Jaminan kredit
Geran penyelidikan dan pembangunan
Antara berikut yang manakah merupakan item penerimaan dalam penyata aliran tunai?
Belian tunai
Jualan tunai
Ansuran pinjaman
Deposit kenderaan
Apakah akta yang berkaitan dengan penubuhan sesebuah entiti perniagaan?
Akta Kontrak 1950
Akta Jualan Barangan 1957
Akta Perhubungan Industri 1967
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Perniagaan manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?
Koperasi Peladang
Syarikat Setia Sdn. Bhd.
Klinik Pergigian Manis
Syarikat Expert Bhd.
Mengapakah usahawan perlu membuat permohonan carian nama syarikat sekiranya ingin menubuhkan syarikat persendirian?
Mencari nama yang ringkas
Mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang telah didenda
Mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama
Mencari nama yang bercirikan Malaysia
Apakah dokumen yang perlu untuk merekod maklumat ambilan barang niaga?
Memo
Resit
Bil tunai
Invois
Apakah persamaan antara jualan dan pemasaran?
Membekalkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna
Menyalurkan produk kepada pengguna
Memenuhi keperluan pengguna
Menjana keuntungan perniagaan
Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan?
Memberi gambaran tentang perniagaan yang di rancang
Menangani dan menjangka risiko yang akan dialami dalam perniagaan
Meyakinkan agensi kerajaan untuk memberikan kontrak kepada peniaga
Memantau dan menilai operasi perniagaan yang akan berjalan
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor tertier?
Malik menjalankan aktiviti ternakan udang
Wans Berhad terlibat dalam industri pembinaan bangunan
Mona menghasilkan roti menggunakan resipi warisan keluarga
Razak mengusahakan chalet di Pantai Cahaya Bulan
Perubahan dalam industri secara keseluruhan menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan. Apakah jenis pengangguran tersebut?
Bermusim
Kitaran
Struktur
Teknologi
Agensi manakah yang menyediakan pembiayaan kepada perniagaan?
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ( MATRADE)
Antara berikut, yang manakah kos tetap?
Belanja insurans
Belanja belian bahan mentah
Belanja pengangkutan
Belanja utiliti
Bagaimanakah pengurus sumber manusia dapat menjaga kebajikan pekerja?
Melaksanakan program motivasi
Menyediakan skim latihan kemahiran
Menyediakan kemudahan klinik panel
Mengamalkan prinsip pengkhususan tugas
Pekerja menerima ganjaran berdasarkan jumlah jualan yang diperoleh. Apakah faedah sistem penggajian tersebut?
Bonus
Elaun
Komisen
Upah
Apakah sumber fizikal sesebuah syarikat pengiklanan?
Paten
Pekerja mahir
Lesen perisian
Kilang dan mesin
Apakah tujuan sesebuah perniagaan menyediakan penyata kunci kira-kira?
Menilai prestasi perniagaan
Menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan
Mengetahui keuntungan yang diperoleh oleh sesebuah perniagaan
Mengetahui kedudukan aset dan liabiliti perniagaan
Apakah yang dimaksudkan tentang stok bergerak perlahan?
Stok yang dijual tetapi bayarannya belum diterima daripada penghutang
Stok baharu yang lambat diterima daripada pembekal
Stok yang mengambil masa yang lama untuk dijual
Stok lama yang tidak terjual
Milikan perniagaan manakah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016?
Rambai Sendirian Berhad
Klinik Faiz dan Foo
Berkat Enterprise
Panji Tradjng
Perniagaan memberikan diskaun kepada pelanggan bertujuan untuk meningkatkan hasil jualan. Apakah elemen pemasaran tersebut?
Pengedaran
Promosi
Harga
Produk
