wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL ULANGKAJI: SEJARAH TING 1

Total questions: 80

Worksheet time: 1hrs 13mins

Name
Class
Date
1.
Manakah antara berikut ini BUKAN sumber primer?
a)
Ensaiklopedia
b)
Fosil
c)
Batu bersurat
d)
Manuskrip
2.
Gambar menunjukkan salah satu sumber sejarah iaitu .........
a)
Fosil
b)
Manuskrip
c)
Diari
d)
Artifak
3.
Manakah antara pernyataan berikut ini BENAR tentang kaedah bertulis dalam penyelidikan sejarah?
a)
Merupakan kaedah mendapatkan maklumat melalui temubual.
b)
Mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah
c)
Kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat pada batu.
4.
Suatu ketika dahulu Masyarakat tradisional Asia Tenggara mencatat sesuatu peristiwa atau kejadian pada sejenis daun yang iaitu ...................
a)
daun belimbing
b)
daun nipah
c)
daun terup
d)
daun lontar
5.
Melalui kaedah lisan, tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai .......................
a)
orang minyak
b)
orang sumber
c)
orang salah
d)
orang utama
6.
Satu kaedah dalam penyelidikan sejarah yang melibatkan proses saintifik ialah kaedah ........................
a)
Bertulis
b)
Arkeologi
c)
LIsan
7.

Rentetan peristiwa yang telah berlaku pada masa silam dikaji mengikut urutan masa yang dinamakan .............

a)

topologi

b)

kronos

c)

kronologi

d)

logikal

8.

Apakah sebabnya berlaku perbezaan tafsiran?

(Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan yang betul)

a)

Tujuan penulisan

b)

Perbezaan ideologi

c)

Keterangan lisan

d)

Ketiadaan sumber

9.

2. Apakah yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan? (ms. 29)

a)

Iklim

b)

Manusia

c)

Haiwan

d)

Bencana

10.

4.Bilakah manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian? (ms.31)

a)

Zaman Pliosen

b)

Zaman Pleistosen

c)

Zaman Holosen

d)

Zaman Meiosen

11.

6. Bilakah berlaku kepupusan binatang seperti mamot dan harimau bertaring? (ms. 36)

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Holosen

c)

Zaman Pliosen

d)

Zaman Pleistosen

12.

10. Apakah kesan kecairan air batu yang berlaku pada peringkat akhir zaman Holosen terhadap Asia Tenggara? (ms. 39)

a)

Terjadi sungai dan tasik

b)

Terbentuk tanah pamah yang luas

c)

Terbentuk kawasan tanah tinggi

d)

Terjadi teluk yang panjang

13.

Zaman Batu terbahagi kepada tiga tahap kecuali

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

14.

Yang manakah lokasi Zaman Prasejarah terletak di Malaysia?

a)

Gua Chauviet

b)

Catal Huyuk

c)

Lenggong

d)

Gua Tabon

15.

Rangka manusia yang ditemukan di X berusia antara 11000 hingga 10,000 tahun dan menjadi bukti penting tentang kewujudan manusia prasejarah di negara ini. Di manakah X?

a)

Gua Niah

b)

Gua Cha

c)

Lenggong

d)

Jenderam Hilir

16.

Berikut merupakan kegiatan ekonomi manusia Zaman Logam KECUALI

a)

Pertanian

b)

Penternakan

c)

Mengutip hasil hutan

d)

Perdagangan

17.

Apakah tujuan manusia zaman Pesejarah di Malaysia membuat lukisan gua?

a)

Mengisi masa lapang

b)

Menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka

c)

Aktiviti ritual

d)

Mencantikkan dinding gua

18.

Tamadun ditakrifkan sebagai suatu ....................... oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang.

a)

kejayaan

b)

kekuatan

c)

pencapaian tertinggi

d)

perubahan hidup

19.

Karya Ibn Khaldun ialah _________________

a)

Madaniyyah

b)

Muqqadimah

20.

Perkataan tamadun dalam bahasa Arab berasal daripada istilah madana. Apakah maksud istilah tersebut?

a)

Pembukaan bandar

b)

Kawasan daerah

c)

Undang-undang

d)

Kehidupan manusia

21.

Perkataan "civitas" bemaksud

a)

A. Bandar

b)

B. Tatasusila

c)

C. Kesejahteraan

d)

D. Kemajuan Rohani

22.

Antara seni bina yang mengagumkan dalam tamadun awal Mesir ialah

a)

A. Zigurat

b)

B.Colosseum

c)

C. Piramid

d)

D. Taman Tergantung Babylon

23.

Tamadun Indus terkenal dengan pembinaan

a)

A. Sfink

b)

B. Piramid

c)

C. Babylon

d)

D. Mohenjo-Daro

24.

Dalam masyarakat Mesir Purba, pemerintah dikenali sebagai....

a)

A. Raja

b)

B. Sultan

c)

C. Firaun

d)

D. Maharaja

25.

Dalam organisasi sosial masyarakat Mesir Purba, golongan yang berkedudukan paling rendah ialah...

a)

A. hamba

b)

B. artisan

c)

C. Saudagar

d)

D. bangsawan

26.

Pilih salah satu satu sebab mengapa Tamadun Mesir Purba dikatakan hadiah daripada Sungai Nil.

a)

Lumpur hitam yang subur untuk pertanian

b)

Lumpur hitam yang subur untuk mandian

c)

Lumpur hitam yang subur untuk perubatan

d)

Lumpur hitam yang subur untuk perniagaan

27.

Pilih bandar terancang tamadun Indus.

a)

Huang He

b)

Memphis

c)

Mohenjo-Daro

d)

Makran

28.

Pilih pasangan yang betul.

a)

Tamadun Mesopotamia - Tulisan Piktograf

b)

Tamadun Indus - Tulisan Kuneiform

c)

Tamadun Mesir Purba - Tulisan Hieroglif

d)

Tamadun Huang He - Tulisan Hieroglif

29.

Antara berikut, yang manakah golongan yang mengetui sistem pentadbiran dalam Tamadun Indus?

a)

Raja

b)

Firaun

c)

Pendeta

d)

Bangsawan

30.

Maklumat berikut merujuk jawatankuasa yang berada di bawah Dewan Perhimpunan di Athens


Majistret


Apakah peranan jawatankuasa tersebut dalam Tamadun Yunani?

a)

Melaksanakan dasar kerajaan

b)

Menentukan kuasa pengadilan

c)

Mengendalikan jabatan kerajaan

d)

Mengendalikan urusan pentadbiran

31.

Manakah kelompok atasan dalam masyarakat Tamadun Rom?

a)

Plebian

b)

Tentera

c)

Patrician

32.

Tujuan pembinaan Tembok Hadrian untuk _________.

a)

Mengelakkan banjir

b)

Menjamin keselamatan

33.
  • Binaan berkubah terbesar di dunia
  • Dibina pada tahun 27 SM
a)

Colosseum

b)

Pantheon

c)

Panthenon

34.

Apakah badan yang bertanggujawab membuat deklarasi peperangan?

a)

Badan Juri

b)

Badan Majistret

c)

Badan Perhimpunan

35.

Istilah Janapada membawa maksud?

a)

Kerajaan Kecil

b)

Kerajaan Besar

c)

Kerajaan Utama

d)

Kerajaan Penting

36.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor perluasan kuasa dalam tamadun India?

I. Kewanggan

II. Sumber Alam

III.Tahap Pendidikan

IV. Diplomasi Keagamaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Kewujudan Tentera Kavalri berjaya membawa kegemilangan Tamadun India.

Apakah maksud Tentera Kavalri?

a)

Tentera Berjalan Kaki

b)

Tentera berkuda

c)

Tentera Bergajah

d)

Tentera Laut

38.

Maharaja Shi Huangdi memerintah pada zaman

a)

Dinasti Han

b)

Dinasti Qin

c)

Dinasti Chou

d)

Dinasti Han Awal

39.

* menyatukan China

* Meningkatkan ekonomi dan sosial

Senarai di atas menunjukkan sumbangan tokoh dalam tamadun China. Tokoh tersebut merujuk kepada? ( 146)

a)

Maharaja Gaozu

b)

Maharaja Han Wu Di

c)

Maharaja Shi Huangdi

d)

Maharani Dowager Cixi

40.

Mengapakah sistem peperiksaan awam di China telah dikendalikan secara ketat?

a)

Menjamin taat setia

b)

Mengelakkan penipuan

c)

Meningkatkan imej pentadbir

d)

Mengekalkan mandat pemerintah

41.

Antara berikut, yang manakah matlamat sistem pendidikan dalam tamadun China?

a)

Mengatasi celik huruf

b)

Memilih pegawai kerajaan

c)

Memupuk nilai moral dan etika

d)

Melahirkan warganegara partriotik

42.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan dalam Tamadun Yunani. Namun begitu, pesalah perlu merayu kepada ______________

a)

Warganegara

b)

Pendeta

43.

Apakah maksud Zaman Prasejarah?

a)

Manusia belum mengenal sistem tulisan

b)

Manusia hidup dalam keadaan nomad

44.

Apakah kepentingan piramid dalam tamadun Mesir Purba?

a)

Rumah ibadat

b)

Kawasan perkuburan firaun

45.

Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi, tirani dan _________________.

a)

Beraja

b)

Komunis

c)

Kesultanan

d)

Demokrasi

46.

Apakah itu 'Polis' dalam tamadun Yunani?

a)

negara kota

b)

Pasar awam

c)

pelabuhan

d)

Kubu Pertahanan

47.

§ Kehidupan masyarakat tamadun awal mulai berkembang apabila terdapat kegiatan _________________

a)

pertanian

b)

pemerintahan

c)

pekerjaan

d)

teknologi

48.

Apakah fungsi utama jalan raya di Rom?

a)

Kereta besar

b)

Ketenteraan

c)

Kereta kebal

d)

Kereta Kuda

49.

Tiga tahap peperiksaan perkhidmatan awam ialah Xiucai (Tahap pertama), Juren (Tahap kedua) dan X (Tahap Ketiga).

Apakah X?

a)

Jinshi

b)

Jinbao

c)

Jinxi

d)

Jingmau

50.

Apakah tumpuan pendidikan rendah dalam sistem pendidikan Tamadun China ?

a)

Menterjemah

b)

Mengarang

c)

Menghafal

d)

Menulis

51.

Zaman gelap yang dialami oleh masyarakat arab sebelum kedatangan islam di kenali sebagai

a)

zaman jahiliah

b)

zaman gelap

52.

Penyatuan masyarakat berkabilah berdasarkan keturunan di kenali sebagai

a)

sistem kabilah

b)

semangat assabiyah

53.

laluan perdagangan yang menghubungkan pedagang Arab dengan china,India dan Asia di kenali sebagai

a)

laluan emas

b)

laluan laut

c)

laluan sutera

54.

Penyembahan patung berhala seperti al-latta, al hubba, al uzza dan al manat merupakan terjemahan agama

a)

animisme

b)

wathani

c)

majusi

55.

Di kawasan tengah atau wilayah Hijaz, terdapat tiga ibu kota penting kecuali....

a)

Makkah

b)

Madinah

c)

Jedah

d)

Taif

56.

Jahiliah berasal daripada perkataan Arab,...

a)

jahil

b)

jahala

57.

Antara 3 ciri seorang syeikh yang dilantik sebagai ketua dalam sistem kabilah ialah.....

a)

matang

b)

pandai berperang

c)

berani

d)

pandai berpidato

58.

Kaum apakah yang menjalani kehidupan secara nomad?

a)

Kaum Hadhari

b)

Kaum Badwi

59.

Rombongan pengembara atau pedagang yang membawa barang dagangan merentasi padang pasir dikenali sebagai...

a)

majusi

b)

kafilah

c)

kabilah

d)

wathani

60.

Kaum apakah yang mentadbir dan memajukan perdagangan di kota Makkah?

a)

Kaum Hadhari

b)

Kaum Badwi

c)

Kaum Arab Quraisy

61.

Masyarakat Arab melakukan 3 kegiatan ekonomi pada masa itu iaitu

a)

perdagangan

b)

pertanian

c)

penternakan

d)

pendidikan

62.

Antara berikut, yang manakah 2 ciri masyarakat kaum Badwi?

a)

Menetap di kawasan luar bandar

b)

Menjalankan aktiviti perdagangan

c)

Menternak secara nomad

d)

Mengamalkan sistem tukar barang

63.

Dua aspek utama kehidupan sosial masyarakat Arab Jahiliah ialah....

a)

agama dan kepercayaan

b)

adat dan kehidupan seharian

c)

sikap kemanusiaan dalam kehidupan

64.

Kepercayaan kepada roh dan kuasa ghaib merupakan maksud bagi kepercayaan...

a)

Wathani

b)

Animisme

c)

Majusi

d)

Hunafa'

e)

Yahudi

65.

Penganutnya menyembah api merupakan kepercayaan...

a)

Wathani

b)

Animisme

c)

Majusi

d)

Hunafa'

e)

Yahudi

66.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS dikenali sebagai ...

a)

Wathani

b)

Animisme

c)

Majusi

d)

Hunafa'

e)

Yahudi

67.

Agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Arab.

a)

Nasrani

b)

Animisme

c)

Majusi

d)

Hunafa'

e)

Yahudi

68.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan pelbagai corak kehidupan kecuali...

a)

menilik nasib

b)

mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat

c)

hidup dalam kemaksiatan

d)

menghina tetamu

69.

Pilih satu jawapan yang betul bagi adat dan kehidupan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

a)

A. Kaum lelaki dipandang rendah manakala kaum wanita diberi penghormatan

b)

B. Kaum wanita dipandang rendah manakala kaum lelaki diberi penghormatan

70.

Semasa pemerintahan Nabi Muhammad, baginda merupakan __________ yang bertanggungjawab menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat melalui perlembagaan.

a)

Ketua Negara

b)

Penasihat

c)

Perdana Menteri

d)

Gabenor

71.

Khalifah Uthman berjaya meluaskan wilayah hingga ke

a)

Parsi

b)

Lubnan

c)

Syria

72.

Rasulullah berjaya menwujudkan sebuah kerajaan yang adil dan maju di Madinah.Bagaimanakah caranya

a)

mendirikan masjid al-Nabawi

b)

menggubal Piagam Madinah

c)

mengislamkan semua penduduk Madinah

73.

Nama ayah Nabi Muhammad SAW

a)

Abdullah

b)

Abdul Mutalib

c)

Abu Talib

d)

Abu Lahab

74.

Wahyu pertama yang diturunkan

a)

Al- Alaq

b)

Al - Mudasir

c)

Al- Ikhlas

d)

Al- Kafirun

75.

Dua tahap dakwah Nabi Muhammad SAW

a)

Terang terangan

b)

Rahsia

c)

Paksa

d)

Menyeluruh

76.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, kerajaan Islam diteruskan oleh

a)

Khulafa Ar Rasyidin

b)

Kerjaan Abasiyah

c)

Kerajaan Umayah

d)

Kerajaan Turki Utmaniyah

77.

Apakah kesan daripada penurunan wahyu kedua Surah al-Mudassir?

a)

Penghijrahan nabi Muhammad SAW ke Makkah untuk menubuhkan sebuah negara Islam

b)

Sebagai pengisytiharan nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam

c)

Tiada apa yang berlaku

d)

Pelantikkan menjadi seorang Nabi

78.

Mengapakah Siti Khadijah melantik Nabi Muhammad SAW menguruskan perniagaannya?

a)

Baginda mempunyai modal yang banyak

b)

Baginda berwibawa dalam urusan mata wang

c)

Baginda mempunyai keperibadian yang mulia

d)

Baginda mempunyai hubungan dengan pedagang luar

79.

Peperangan al-Riddah berkaitan dengan memerangi golongan Yahudi yang enggan membayar zakat.

a)

Betul

b)

Salah

80.

Khalifah Uthman bin Affan mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di Laut Mediterranean.

a)

Betul

b)

Salah