Font size
WorksheetsPuasa
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Hukum berpuasa di bulan Ramadan bagi mereka yang mampu adalah
Sunat
Haram
Wajib
Makruh
فواسا اياله مناهن ديري درفد ماكن دان مينوم سرتا منجاءوهي ديري درفد فركارا يغ ممبطلكن فواسا مولاءي دري
Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta menjauhi diri daripada perkara yang membatalkan puasa mulai dari __________
تربيت بولن هيغض تربيت فجر
Terbit bulan hingga terbit fajar
تربيت ماتاهاري هيغض تربيت فجر
Terbit matahari hingga terbit fajar
تربيت فجر هيغض تربنم ماتاهاري
Terbit fajar hingga terbenam matahari
دانتارا فركارا سنة كتيض برفواسا اياله
Di antara perkara sunat ketika berpuasa ialah ……………..
كورغكن برصدقة
Kurangkan bersedekah
صلاة سنة تراويح
Solat sunat terawih
بربوك دغن اير ماسم
berbuka dengan air masam
Muntah dengan sengaja menyebabkan puasa kita _______________________.
terbatal
terpelihara
terganti
Berikut ini merupakan rukun puasa,, kecuali ?
Niat
Meninggalkan hal yang membatalkan
Tidur
Orang yang puasa
Syarat sah puasa kecuali
Baligh
Mumayyiz
Islam
Gila
Rukun puasa ada
1
2
3
4
Syamil sengaja menjolok mulutnya sehingga muntah pada siang hari di bulan Ramadhan. Puasa Syamil _______
Sah
Tidak Sah
Pilih 2 jawapan di bawah.
Berikut merupakan perkara makruh ketika berpuasa kecuali
Berbekam
Pitam sepanjang hari
Tidur berlebihan pada siang hari
Muntah dengan sengaja
Berikut merupakan golongan yang diharuskan berbuka puasa kecuali
Musafir yang diharuskan syarak
Orang yang ditimpa sakit sehingga memudaratkan
Orang lapar yang tidak memudaratkan
Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Husna bangun bersahur dan mandi wajib selepas waktu subuh. Hukum puasanya pada hari tersebut adalah
Sah
Tidak sah
Puasa makruh termasuklah
Puasa sepanjang tahun
Puasa hari Arafah
Puasa hari Tasyrik
Puasa hari sabtu sahaja
Berikut merupakan puasa sunat kecuali
Puasa isnin dan khamis
Puasa qada'
Puasa enam hari bulan Syawal
Puasa nazar
Qada ialah
Mengganti hari puasa Ramadhan bagi setiap hari yang ditinggalkan
Memerdekakan hamba
Denda yang dikenakan ke atas suami kerana melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan
Memberi makan fakir miskin secupak makanan asasi sesebuah negara
Kaffarah dikenakan kepada
Suami yang membatalkan puasa kerana melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan
Perempuan yang keluar darah haid atau nifas
Ibu mengandung atau menyusukan anak
Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Fidyah ialah
Mengganti hari puasa Ramadhan bagi setiap hari yang ditinggalkan
Memberi makan 60 orang miskin
Memberi makan fakir miskin makanan asasi sesebuah negara dengan kadar secupak bagi setiap hari yang ditinggalkan
Denda yang dikenakan ke atas suami yang membatalkan puasa kerana melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan
Secupak makanan asasi sesebuah negara yang dijadikan denda bagi mereka yang meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu bersamaan dengan
615 gram
645 gram
675 gram
575 gram
Musafir yang meninggalkan puasa Ramadhan
Wajib qada sahaja
Wajib kaffarah sahaja
Wajib qada dan fidyah
Wajib fidyah dan kaffarah
Ibu mengandung atau meyusukan anak yang bimbang akan kesihatan anaknya.
Tidak qada puasa tanpa keuzuran sehingga masuk bulan ramadhan seterusnya.
Golongan di atas wajib dikenakan denda:
Wajib qada sahaja
Wajib kaffarah sahaja
Wajib fidyah dan kaffarah
Wajib qada dan fidyah
Halim telah mendermakan darahnya di hospital untuk diberikan kepada insan-insan yang memerlukan. Pada pendapat anda, adakah puasa Halim terbatal? Berikan hujah.
Batal, kerana Halim mengeluarkan darahnya dengan sengaja
Batal, kerana Doktor telah memasukkan jarum ke kulit Halim
Tidak batal, kerana darah keluar dari tubuh
Tidak batal, kerana perkara tersebut merupakan perkara yang harus
Selepas solat Asar, Aina mendapati bahawa dia kedatangan haid. Apakah yang perlu dilakukan oleh Aina?
Batalkan puasanya dengan meminum sedikit air
Tunggu sehingga waktu berbuka
dia makan nasi ayam
dia hanya niat membatalkan puasa tetapi dia ingin imsak daripada makan kerana menghormati ramadhan
yang manakah antara surah berikut mengandungi dalil kewajiban berpuasa?
Surah al-Baqarah
Surah al-Alaq
Surah al-Qadr
Surah ad-Dukhaan
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ke berapa ?
3
2
1
4
berikut merupakan syarat wajib puasa, kecuali
islam
baligh
berakal
berkahwin
Perkara yang wajib qada' dan fidyah ialah
tidak qada' puasa tanpa keuzuran hingga tiba ramadhan berikut
perempuan haid ,wiladah dan nifas
sakit yang memudaratkan jika berpuasa
Antara berikut yang manakah golongan yang diharuskan berbuka puasa tetapi wajib membayar fidyah?
Sakit tenat yang tiada harapan sembuh
Perempuan haid, wiladah atau nifas
Musafir yang diharuskan syarak
Orang tua yang tiada daya untuk berpuasa
Yusuf bernazar untuk puasa 3 bulan berturut-turut sekiranya memperoleh 9A di dalam SPM.
Sunat puasa
Wajib puasa
Makruh puasa
Haram puasa
