wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UEC 2223H1

Total questions: 8

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
a)
Kristina berasa rendah diri apabila bergaul dengan rakan-rakannya yang berasal daripada golongan berada.
b)
Cikgu Samsiah memberikan panduan kepada kami untuk menjawab soalan tatabahasa dengan mudah.
c)
Pak Usu berpesan kami agar tidak mengusik ibu ayam yang sedang mengeram itu.
d)
Bungkusan itu Ali kirim tempoh hari sudah sampai.
2.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
a)
Wah, cantiknya baju yang kamu pakai ini!
b)
Pihak berkuasa haruslah memantau harga barangan kawalan di pasaran dari masa ke masa.
c)
Amalan saling tolong-menolong dalam kalangan kanak-kanak perlu dipupuk sejak kecil lagi.
d)
Encik Jalal menghalau lembu-lembu itu memasuki ke kandang kerana hari sudah menjelang senja.
3.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
a)
Yip dan Yap berlatih badminton di badminton stadium.
b)
Motosikal yang hilang itu telah mereka temui di tepi jalan semalam.
c)
Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak lagi.
d)
Makanan seimbang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka membesar dengan sempurna.
4.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
a)
Pak Osman risau apabila anai-anai bersarang di dinding rumahnya.
b)
Berpuluh ekor lembu di ladang ternakan itu akan dieksport ke luar negara.
c)
Jualan lampin pakai buang itu laris di pasaran kerana mempunyai daya sedut yang kuat.
d)

"Jangan kausangsikan keikhlasan hatiku untuk memberikan pertolongan kepadamu," kata Arjuna kepada Melor.

5.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
Tin-tin itu ditanam oleh ibu supaya air tidak bertakung.
b)
Batu yang dibaling oleh Yi Duo itu terkena tingkap rumah Cikgu Teh.
c)
Bunga ros yang berwarna kuning itu kutanam di dalam pasu yang mahal.
d)
Kereta Encik Leong ditolak oleh mereka ke tepi kerana kehabisan minyak.
6.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
"Wahai, lambat betul bas sekolah datang mengambilku!" Rungut Zamri.
b)
"Tolong siram semua bonsai di halaman rumah," kata kakak kepada adik.
c)
"Apa pandangan anda tentang isu kenaikan harga petrol?" Tanya pemberita itu.
d)
"Zheng An, jangan ganggu kawan kamu yang sedang belajar di dalam kelas!" Kata Cikgu Rohayu.
7.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
Selain dari ikan sardin, emak membeli daging lembu juga.
b)
Tiba-tiba tergerak hatinya untuk menghubung dengan sahabat lamanya.
c)
Walaupun sibuk bekerja, Puan Lina tidak pernah mengabaikan anak-anaknya.
d)
Penduduk Kampung Pasoh gembira setelah mendapat ketua kampung yang baharu.
8.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
Pisau yang tumpul itu ayah tajamkan untuk menyembelih burung puyuh.
b)
Kumar terlupa membeli sebotol Kicap Pekat Jalen yang dipesan oleh ibunya.
c)
Rumah usang itu penuh dengan sarang lelabah kerana sudah lama tidak dihuni.
d)
Pengetua telah menganugerahi sijil kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.