wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4B8L1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Pilihan Raya Umum 1955 telah membawa kepada penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Apakah kesan penubuhan majlis tersebut?
a)
Raja Berperlembagaan diperkenalkan
b)
Kuasa Kerajaan Negeri ditetapkan
c)
Ancaman komunis ditamatkan
d)
Pentadbiran tempatan dikembalikan
2.
Gambar berikut adalah ahli kabinet pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955. Apakah kepentingan pembentukan kabinet tersebut?
a)
Pelaksanaan dasar berkecuali
b)
Perkongsian kuasa antara kaum
c)
Pelantikan Yang Dipertuan Agong
d)
Penubuhan Dewan Perundangan
3.
Pernyataan berikut berkaitan rundingan yang diadakan di London. Pada 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London. Apakah isu yang dibincangkan dalam rundingan tersebut ?
a)
Pembubaran Sistem Ahli
b)
Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya
c)
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
d)
Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan
4.
Petikan berikut merupakan sebahagian ucapan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955. “ Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini...Buat pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih.” Majlis dalam petikan tersebut merujuk kepada
a)
Majlis Raja-Raja Melayu
b)
Majlis Eksekutif Persekutuan
c)
Majlis Mesyuarat Perundangan
d)
Majlis Perundangan Persekutuan
5.
Maklumat berikut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Pertama di negara kita. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 - Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan - Diisytiharkan oleh Sir Donald MacGillivray Apakah kepentingan pilihan raya tersebut?
a)
Menamatkan darurat
b)
Mengukuhkan institusi raja
c)
Merintis kemerdekaan negara
d)
Melindungi kepentingan ekonomi
6.
Gambar berikut berkaitan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. Apakah peranan kabinet tersebut? I Membincangkan soal kewangan II Memantapkan pemerintahan beraja III Merangka sistem pendidikan kebangsaan IV Mengurangkan kuasa pentadbiran British
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
7.
Encik Ahmad berminat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Apakah syarat yang perlu beliau patuhi?
a)
Berdaftar sebagai ahli sesebuah parti
b)
Berumur tidak lebih daripada 21 tahun
c)
Berpengetahuan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
d)
Bermautastin di Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan
8.
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanakah MPP memberi kesan kepada negara?
a)
Perkongsian kuasa dilaksanakan
b)
Pengekalan taraf negeri naungan
c)
Pengiktirafan bahasa kebangsaan
d)
Pemerintahan diketuai oleh sultan
9.
Peristiwa berikut berlaku pada 21 April 1954 Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock untuk menyatakan hasrat menentukan bilangan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) Bagaimanakah proses pemilihan anggota MPP itu dilakukan?
a)
Melalui pilihan raya
b)
Mengadakan referendum
c)
Perkenan Raja-raja Melayu
d)
Persetujuan daripada British
10.
Bagaimanakah kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan?
a)
Menduduki peperiksaan awam
b)
Mengurangkan pegawai Eropah
c)
Memperkenalkan sistem birokrasi
d)
Memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran