WorksheetsLATIHAN PERNIAGAAN T4&T5
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri - ciri sebuah perniagaan
-Tidak dikenakan beban cukai
-Pentadbiran secara demokrasi
-Membantu keperluan anggota
-Liabiliti terhad
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Awam Berhad
Perkongsian
Koperasi
Gambar berikut menunjukkan salah satu sektor perniagaan.
Apakah sektor tersebut?
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor ketiga
Sektor keempat
Petikan berikut merupakan hubungan antara perkaitan perniagaan.
Jualan barang menggunakan teknologi moden seperti internet membolehkan perniagaan yang bersaiz kecil menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa.
Tentukan perkaitan perniagaan tersebut?.
Klasifikasi Peniagaan dan bentuk milikan
Klasifikasi Perniagaan dan Skala
Barangan dan bentuk milikan
Bentuk Pemilikan dan Skala
Gambar berikut merupakan perniagaan yang dijalankan Encik Sasali untuk dieksport ke rantau Asia.
Tentukan pelepasan cukai yang layak diperoleh Encik Sasali?
A. Potongan Cukai
Elaun Cukai Pelaburan
Elaun Pelaburan Semula
Taraf Perintis
Maklumat berikut berkaitan dengan Lara Sdn Bhd.
Lara Sdn Bhd mengumumkan jalinan kontrak bersama Teguh Solar Sdn Bhd yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membina sistem solar di bumbung rumah di Malaysia
Apakah faktor luaran yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
A. Politik
Ekologi
Ekonomi
Undang - Undang
Pernyataan manakah merujuk kepada tujuan visi?
En. Ali telah mengagihkan belanjawan mengikut keperluan setiap jabatan
Seramik Sdn. Bhd ingin menjadi pembekal produk porselin terkemuka di Malaysia
Pekerja telah dimaklumkan berkaitan sasaran jualan yang perlu dicapai pada tahun semasa
Pengurus pemasaran telah menerangkan hala tuju perniagaan kepada semua pekerja di bawahnya
Apakah kesan sekiranya perniagaan tidak mencapai objektif?
Jualan merosot
Kos operasi merosot
Harga produk dikurangkan
Kadar dividen ditambah
Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan Kerepek Abu.
Memeriksa semua tempahan kerepek dan bertindak jika berlaku perbezaan
Memenuhi kekurangan bekalan kerepek yang berlaku di sesuatu lokasi
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Jualan
Kewangan
Pemasaran
Pengagihan
Pernyataan di bawah merupakan salah satu proses aliran barang atau perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan
X
Pihak perniagaan mendapatkan peralatan alat tulis daripada bahagian pengeluaran dan mengedarkan kepada pihak sekolah.
Proses aliran barang merujuk kepada
Pesanan bahan mentah
Penerimaan pesanan pengguna
Penghantaran invois kepada pembeli
Pengeluaran item barang dan pengedaran
Penyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Kejuruteraan Sofea
Syarikat Kejuruteraan Sofea telah menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) sebagai petunjuk kepada prestasi pencapaian pekerja
Apakah peranan pengurusan sumber manusia Syarikat Kejuruteraan Sofea tersebut?
Prestasi pasukan
Latihan Peningkatan Kemahiran
Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Mengapa majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman dalam sesebuah organisasi perniagaan ?
Mereka lebih mudah untuk diberikan kenaikan pangkat
Mereka dapat menjimatkan masa dan kos latihan
Mereka lebih bersemangat untuk bekerja
Mereka lebih pandai berkomunikasi
Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Coco Jar
Kilang Coco Jar telah dilawati oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setelah mendapat aduan daripada pekerja mereka yang membuat laporan tentang tidak memberikan faedah yang wajib kepada mereka sepanjang tiga bulan yang lalu.
Apakah jenis faedah tersebut?
Caruman PERKESO
Insurans kelompok
Kemudahan perubatan
Kemudahan keselamatan
Manakah yang berikut merupakan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam sesebuah perniagaan?
Membina sebuah bangunan baharu bagi meningkatkan pengeluaran
Membeli mesin baharu bagi melancarkan pengeluaran
Mendapatkan bahan mentah yang berkualiti
Menyelenggara mesin secara berkala
Gambar berikut berkaitan dengan sumber teknologi
Apakah prosedur mengurus sumber tersebut
Paten
Harta intelek
Lesen perisian
Hak cipta terpelihara
Gambar berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan.
Apakah kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh agensi tersebut?
Jaminan kredit
Dana kewangan
Bantuan modal
Geran penyelidikan dan pembangunan
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk menggunakan aset bagi tempoh tertentu sahaja?
Modal Permulaan
Pajakan
Pemfaktoran
. Sewa Beli
Antara berikut yang manakah merupakan item penerimaan dalam penyata aliran tunai.
Belian tunai
Ansuran pinjaman
Jualan tunai
Deposit kenderaan
Maklumat berikut berkaitan dengan Pn Laili.
Pn. Laili baru memulakan perniagaan sejuk beku sejak dua bulan yang lalu. Beliau berjaya menjalankan perniagaan dengan lancar dengan bantuan daripada TEKUN.
Bagaimanakah agensi tersebut dapat menyumbangkan kepada kejayaan usahawan?
Memberikan latihan kemahiran pengurusan perniagaan
Menyediakan khidmat nasihat memulakan perniagaan
Membantu dalam pemilihan lokasi perniagaan
Menyediakan modal untuk memulakan perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah akta yang terlibat untuk penubuhan perniagaan?
Akta Kontrak 1950
Akta Jualan Barangan 1967
Akta Sewa Beli 1965
Akta Syarikat 2016
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
Ahli antara 2 – 20 orang
Liabiliti tidak terhad
Akta yang manakah sesuai dengan ciri – ciri bentuk pemilikan tersebut?
Akta Francais 1998
Akta Syarikat 2016
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat Farid Travel.
Syarikat Farid Travel baru sahaja ditubuhkan dan telah berjaya menerima Notis Pemerbadanan Syarikat
Apakah prosedur yang seterusnya yang perlu dilakukan oleh Syarikat Farid Travel?
Melantik setiausaha syarikat
Mengisi borang carian nama syarikat
Menjelaskan pembayaran Fi pendaftaran
Mengisi borang permohonan pendaftaran syarikat
Apakah dokumen yang perlu untuk merekod maklumat ambilan barang niaga?
Memo
Resit
Invois
Bil tunai
