Font size
WorksheetsSirah Nabawiyah S3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah hukum mencintai dan menyanjung Baginda Rasulullah ﷺ ?
Bid’ah.
Syirik Khafiy.
Sunat.
Wajib.
Berikut merupakan, sumber-sumber sejarah Rasulullah ﷺ kecuali
Hadith-hadith yang sahih.
Kitab-kitab Sirah.
Al-Quran dan Hadith.
Ijtihad Fuqaha.
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku sewaktu kelahiran Nabi Muhammad ﷺ kecuali
Api Majusi terpadam.
Cahaya menerangi Istana Busra.
Gegaran di Istana Kisra.
Bulan terbelah dua.
Konsep yang paling tepat merujuk kepada perkataan Jahiliyyah ialah
masyarakat yang hidup dalam kesesatan terutama dalam aspek keagamaan.
masyarakat yang hidup sebelum zaman Rasulullah ﷺ.
masyarakat yang hidup dalam keganasan dan penindasan.
masyarakat Badwi dan Hadhari yang tinggal di Kota Makkah.
Berikut merupakan tanda kenabian yang terdapat pada Baginda Rasulullah ﷺ kecuali
Awan melindungi Baginda ﷺ ketika berjalan di bawah pancaran matahari.
Nabi Muhammad ﷺ dibelah dada oleh malaikat sebanyak dua kali.
Baginda Rasulullah ﷺ menyertai perang dan tidak pernah tewas tanpa strategi dan perancangan.
Baginda ﷺ merupakan manusia yang paling sempurna fizikalnya dan terdapat khatam nubuwwah di belakang badan Baginda ﷺ.
Sebelum wujud agama Islam, masyarakat Arab menganut agama Nabi Ibrahim. Apakah nama lain bagi Agama Nabi Ibrahim ini?
Samawi
Yahudi
Kristian
Hanif
Ayat ini diturunkan kepada Abu Lahab di Makkah. Di manakah lokasi ayat ini diturunkan?
Bukit Safa.
Bukit Marwa.
Bukit Abi Qubais.
Bukit al-Sayyidah.
Tradisi masyarakat Makkah menghantar anak-anak mereka untuk dibesarkan di kawasan luar bandar bertujuan untuk
mencari kerja baru sesuai dengan mereka.
mencari tempat yang lebih selesa.
melatih anak-anak mahir berbahasa Arab.
menerapkan nilai kesopanan dalam hidup.
Nama bagi ibu susuan Nabi Muhammad ﷺ ialah
Aminah binti Abdul Wahab dan Halimah binti Abu Dzuaib.
Aminah binti Abdul Wahab dan Tsuaibah Al-Aslamiyah.
Halimah binti Abu Dzuaib dan Tsuaibah Al-Aslamiyah.
Halimah binti Abu Dzuaib dan Ummu Maisarah.
Berikut merupakan golongan yang menerima Islam sewaktu dakwah secara sembunyi, kecuali
golongan miskin dan hamba.
golongan kaya.
keluarga terdekat.
orang yang dipercayai.
Sebelum dilantik sebagai Rasulullah, Nabi Muhammad ﷺ terkenal sebagai seorang yang jujur dan ikhlas. Sifat jujur yang dimiliki Baginda menyebabkan Baginda ﷺ digelar sebagai
Al-Amin
Al-Siddiq
Al-Mukmin
Al-Iman
Apakah nama surah pertama yang pertama diturunkan kepada Baginda ﷺ dan dimanakah ia diturunkan?
Surah Al baqarah di Jabal Nur
Surah Al Alaq di Gua Hira
Surah Al Nas di Kota Mekah
Surah Al Alaq di Jabal Nur
Apakah nama surah pertama yang pertama diturunkan kepada Baginda ﷺ dan di manakah tempat ia diturunkan?
Surah Al-Baqarah di Jabal Nur.
Surah Al-Alaq di Gua Hira.
Surah Al- Nas di Kota Mekah.
Surah Al-Alaq di Jabal Nur.
Orang-orang Quraisy menentang keras ajaran Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ disebabkan faktor-faktor seperti
Ikaum Quraisy akan kehilangan kuasa pemerintahan di Kota Makkah.
IIberpegang teguh amalan, adat dan budaya nenek moyang mereka.
IIIsifat kebencian yang tinggi terhadap Nabi Muhammad ﷺ.
IVamalan kehidupan seharian mereka akan tergugat.
Berdasarkan penyataan di atas, mengapa permulaan dakwah Baginda dijalankan secara rahsia?
Masyarakat Arab begitu kasih dan sayang dengan Baginda ﷺ sehingga menganggu urusan harian.
Nabi Muhammad ﷺ memilih untuk menjalankan dakwah secara santai.
Agama Islam ganjil dan belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat Arab Quraisy.
Nabi mensasarkan dakwah kepada golongan tertentu sahaja pada peringkat permulaan.
Faktor utama yang menyebabkan Nabi Muhammad ﷺ berhijrah ke Madinah ialah
komplot Kaum Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad ﷺ secara nyata.
kedudukan Madinah yang strategik untuk penyebaran Islam.
menurut perintah Allah SWT supaya berhijrah.
kesediaan penduduk Madinah memeluk Islam.
Apakah yang tersirat di sebalik perjanjian Aqabah Pertama?
Allah SWT tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad ﷺ pesuruh Allah SWT.
Nabi Muhammad ﷺ sebagai pemimpin dan pembimbing umat.
Penduduk Madinah menerima Islam sebagai agama yang benar.
Pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi di Madinah.
Ayat di atas berkaitan dengan peristiwa
Hijrah Nabi ﷺ.
Dakwah secara sembunyi.
Dakwah secara terbuka.
Ketika mendapat wahyu.
Berikut merupakan al-Sabiqun al-Awwalun kecuali?
Khadijah binti Khuwailid.
Ali bin Abi Talib.
Umar al Khattab.
Abu Bakar al Siddiq.
Berikut merupakan isteri Nabi Muhammad ﷺ kecuali
Zainab binti Jahsy.
Hafsah binti Umar.
Aisyah binti Abu Bakar.
Khaulah binti Azwar.
