WorksheetsDAKWAH ISLAMIAH S4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Para pendakwah harus menjaga penampilan untuk menyampaikan dakwah. Ini adalah salah satu dari
strategi dakwah.
persiapan dakwah.
intipati dakwah.
hasil dakwah.
Tempat dakwah yang tidak sesuai untuk menyampaikan dakwah ialah
masjid.
sekolah.
kelab malam.
pasaraya.
Antara perkara yang boleh membantu untuk dakwah kepada remaja ialah
dakwah yang padat dan terperinci.
dakwah mengenai azab Allah SWT.
dakwah disertai dengan pelbagai aktiviti.
dakwah mengenai isu dunia.
Bagaimanakah cara terbaik bagi guru untuk menyampaikan dakwah kepada pelajar?
Solat berjemaah bersama dengan pelajar.
Meminta ibu bapa untuk mengajarkan pelajar.
Menasihati pelajar untuk melaksanakan solat.
Menjemput pakar motivasi untuk mengadakan kem.
Bagaimana para pendakwah boleh memperolehi idea-idea untuk membahaskan mengenai sesuatu topik dakwah?
Membaca keratan akhbar mengenai isu yang akan dibincangkan.
Merujuk kepada laman web di media sosial.
Melakukan soal selidik dengan masyarakat di tempat awam.
Berbincang bersama para asatizah yang berpengalaman.
Apakah sifat yang harus ada pada seorang pendakwah untuk menyampaikan dakwah dengan mengikut Baginda ﷺ Rasulullah ﷺ ?
Tabah dan Sabar dalam menghadapi cbaran dakwah
Berdakwah dengan suara yang kuat dan penuh semangat
Bersedia dengan wang yang banyak
Dakwah dengan niat dan gaya sendiri
Apakah tugas utama para masyaikh dalam penyampaian dakwah?
Meluaskan empayar dakwah dan kemasyhuran.
Menyampaikan perincian dan syariat agama.
Mengenalkan negara Malaysia di mata dunia.
Menyampaikan kesalahan orang lain dalam berdakwah.
Antara aspek penting dalam penyampaian dakwah ialah
mengamalkan dakwah.
menggayakan dakwah.
menyerlahkan dakwah.
menggunakan dakwah.
Berikut merupakan syarat da’ie wanita dalam berdakwah
memakai solekan dan bergaya ranggi.
memakai wangian dan warna yang menarik.
berhias sederhana dan menjaga tatasusila dengan baik.
membeli pakaian baru untuk tampil menarik ketika berdakwah.
Berikut adalah ciri-ciri pendakwah yang cemerlang, kecuali
berdakwah kerana Allah SWT.
tidak putus asa walau dikecam.
mampu berdakwah bila-bila waktu dan keadaan.
mampu membuat orang lain menangis dan terharu.
Apakah dua perkara penting yang perlu disiapkan dalam diri pendakwah?
Ilmu yang padat.
Kemewahan rezeki.
Bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
Kesabaran yang mantap.
Berikut adalah kewajiban seorang mad’u kepada pendakwah, kecuali
Menerima ajakan pendakwah
Tidak memandang rendah kepada pendakwah.
Mengajak pendakwah melakukan kebaikan.
Mensyarahkan apa yang disampaikan pendakwah.
Berikut adalah tanda orang riya’, kecuali
Mempamerkan kemegahan dan kemewahan diri.
Merendah diri dan memperbaiki kelamahan.
Merasakan ilmu penuh di dada dan tidak perlu kepada nasihat orang lain
Siapakah sahabat Nabi ﷺ yang kuat mempertahankan Baginda ﷺ semasa dakwah di Makkah?
Saidina Abu Bakar.
Saidina Ali.
Saidina Saad bin Abi Waqas.
Saidina Umar.
Pilih penyataan yang benar mengenai keikhlasan seorang pendakwah
Mengharapakan darjat dan kedudukan di sisi manusia.
Mengharapkan keredhaan Allah SWT paling utama.
Mengharapkan kemasyhuran dan kenamaan.
Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Baginda ﷺ.
Berikut merupakan kunci untuk mencapai matlamat dalam berdakwah, kecuali
Cepat menghukum orang yang membuat kesilapan.
Menunjukkan sikap sopan dan menghormati orang lain.
Meletakkan seseorang itu sesuai dengan kedudukannya.
Mampu meyakinkan masyarakat dengan cara yang mengikut Islam.
Berikut merupakan sikap yang perlu ada pada seorang pendakwah, kecuali ?
tamak.
sabar.
gigih.
tawaduk.
Antara berikut, manakah dakwah para Nabi ﷺ yang perlu diikuti oleh pendakwah masa kini?.
Menyeru manusia beriman kepada Allah SWT.
Mengajak manusia berbuat baik dengan tujuan tersendiri.
Ikhlas dan sabar menghadapi dugaan ketika berdakwah.
Manakah antara berikut merupakan tempat pertama Baginda ﷺ memulakan dakwah.
Rumah Saidatina Khadijah.
Rumah Saidatina Aisyah.
Rumah al Arqam ibn Abi al Arqam.
Rumah Saidina Abu Bakar.
Apakah 3 cara dakwah yang disebut dalam Al Quran
Mujadalah
Mauizatul Hasanah
Hikmah
Berani.
Dakwah mengajak manusia ke jalan Allah SWT mesti dilaksanakan sepanjang zaman kerana
kedudukan Islam akan menjadi hina sekiranya penganutnya tidak ramai.
pendakwah boleh menjana pendapatan dengan berdakwah.
Islam adalah agama yang benar sehingga hari akhirat.
orang Islam akan merasa mulia dan bangga.
Seorang pendakwah mesti menghindari sifat takbur kerana
Menjauhkan diri dari kebenaran, kebaikan dan sifat-sifat terpuji.
Sukar mengetahui atau mengakui kelemahan dirinya.
Tidak mampu untuk menghadapi kritik dengan berlapang dada.
Menjadi malu untuk bertanya dan malas belajar.
Apakah kesan buruk jika seorang pendakwah itu tiada sifat sabar di dalam dirinya?
Merapikan lagi hubungan antara pendakwah dengan Allah SWT.
Menguatkan jati diri seorang pendakwah ketika berhadapan dengan ujian.
Merasakan putus asa untuk menyampaikan dakwah dan tidak istiqamah untuk berdakwah.
Mengingatkan pendakwah sentiasa berserah kepada Allah SWT selepas berusaha menyampaikan dakwah.
Berikut merupakan nadi utama dalam dakwah Baginda ﷺ Rasulullah ﷺ
Keluarga dan sahabat Baginda ﷺ
Kaum Quraisy Makkah.
Kaum Ansar Madinah.
Kaum Muhajirin Madinah.
Dakwah kepada warga emas memerlukan pelbagai pendekatan yang berbeza. Hal ini kerana
Mereka memerlukan masa yang lama untuk berubah ke arah kebaikan.
Mereka memerlukan hiburan untuk menenangkan fikiran.
Mereka akan mengabaikan nasihat yang berkaitan dengan agama.
Mereka memerlukan nasihat dengan berhikmah dan contoh untuk melakukan kehidupan seharian.
