NEW
Font size
WorksheetsKuiz Kejadian 1-17
Total questions: 50
Worksheet time: 17mins
Ketika menciptakan bumi, apakah yang diciptakan Allah pada hari pertama?
Manusia
Roh
Terang
Binatang
Lengkapkan: "Lalu Allah menamai yang kering itu ___, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut..." Kejadian 1:10
Darat
Lembah
Jahat
Bumi
Mengapa Allah memberkati dan menguduskan hari yang ketujuh?
Kerana tidak ada hari yang kelapan
Kerana Dia telah berhenti daripada pekerjaan penciptaanNya
Kerana Dia telah menciptakan benda-benda penerang
Kerana bumi itu sungguh baik di pandanganNya
Menurut kejadian 1:29, apakah makanan asal manusia yang direncanakan oleh Tuhan?
Anak domba
Ikan-ikan
Tumbuhan berbiji & buah-buahan berbiji
Daun-daun
Dulu, tidak ada hujan di bumi. Bagaimana cara Tuhan membasahi bumi?
Sungai
Angin dingin
Awan
Kabut
Bagaimana Tuhan membentuk manusia agar manusia itu hidup?
Tanah liat & makanan
Debu tanah & nafas hidup
Roh & kulit
Fikiran & jiwa
Berapa lama Tuhan menciptakan bumi?
7 tahun
7 hari
1 minggu
6 hari
Lengkapkan: "Maka Allah menciptakan manusia itu menurut ___" Kejadian 1:27
WajahNya
TubuhNya
MukaNya
GambarNya
Ada satu pohon di taman Eden yang dilarang untuk dimakan buahnya oleh Tuhan. Pohon apakah itu?
Pohon Pengetahuan Baik Dan Jahat
Pohon ara
Pohon Pengetahuan Baik Dan Bijak
Pohon hutan rimba
Bagaimana cara Tuhan menciptakan Hawa?
Dengan angin Timur
Dengan daging Adam
Dengan firmanNya
Dengan tulang rusuk Adam
Apakah binatang di darat yang paling cerdik yang diciptakan oleh Tuhan?
Ular
Ikan besar
Burung-burung
Ulat
Apakah kata-kata penipuan ular itu kepada Hawa tentang pohon larangan itu?
Kamu akan menjadi jelita di seluruh bumi
Kamu akan menjadi seperti Allah
Kamu akan menjadi orang kanan Allah
Kamu akan dicintai oleh suamimu
Lengkapkan: "Tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau ___" Kejadian 2:17
Mati
Hidup
Dibunuh
Dihalau
Setelah berdosa, ketika Adam dan Hawa mendengar bunyi langkah Tuhan di taman, apa yang mereka lakukan?
Berpura-pura tidak berdosa
Tersungkur di kaki Tuhan
Bersembunyi
Memakan buah pohon kehidupan
Ketika Adam & Hawa menyedari bahawa mereka telanjang, apakah yang mereka gunakan untuk membuat cawat?
Daun pohon ara
Rumput
Seluar jeans
Kulit domba
Apakah kutuk Tuhan terhadap Adam atas dosanya?
Bersusah payah mencari rezeki
Adam harus memikul salibnya
Barah timbul di badan Adam
Adam dibuang ke Mesir
Apakah kutuk khusus yang jatuh kepada Hawa atas dosanya?
Kesengsaraan mengandung dan melahirkan anak
Susah payah bekerja di ladang
Penyakit akan menimpa
Hidup tidak tenteram
Tuhan memberikan pakaian baru untuk Adam & Hawa. Pakaian baru itu terbuat daripada apa?
Bulu burung
Kulit binatang
Cahaya kemuliaan Allah
Roh Kudus
Setelah menghalau Adam & Hawa dari taman Eden, Allah mengarahkan beberapa kerub (malaikat) dengan pedang. Apa tujuannya?
Untuk menghukum mereka
Untuk memerintah manusia
Untuk menjaga jalan ke pohon kehidupan
Untuk menakluk bumi
Mengapakah korban persembahan Kain tidak diterima oleh Tuhan?
Kerana tidak menggunakan korban binatang
Kerana Tuhan membenci Kain
Kerana kesabaran Tuhan telah habis
Kerana dosa ibu bapa mereka
Selain Kain & Habel, Adam masih mempunyai anak yang lain. Apakah nama anak Adam yang dianggap pengganti Habel?
Metusael
Abram
Enos
Set
Setelah Henokh hidup bergaul dengan Allah selama 300 tahun? Apa yang terjadi?
Dia diangkat oleh Allah
Dia dikaruniai anak yang kedua
Namanya ditukar menjadi Habel-Nain
Dia dibunuh oleh saudaranya sendiri
Siapakah anak-anak lelaki nabi Nuh?
Yared, Ishakar & Abinoam
Abigail, Yosafat, & Yohanan
Sem, Ham & Yafet
Samuel, Kidron, & Abimelekh
Mengapakah Allah memutuskan untuk menghukum bumi dengan air bah?
Kerana Tuhan ingin datang kali yang kedua ke bumi
Kerana manusia-manusia sudah terlalu jahat
Kerana Allah ingin menciptakan bumi yang lain
Kerana waktu itu sudah kiamat
Apakah yang diperintahkan oleh Tuhan untuk dibina oleh Nuh sehubungan dengan air bah yang akan tiba?
Istana
Bahtera
Tembok keselamatan
Menara Babel
Ketika Nuh dan orang-orang yang bersamanya beserta binatang-binatang telah masuk ke dalam bahtera, siapakah yang menutup pintu bahtera itu?
Malaikat
Nuh
Tuhan
Menantu Nuh
Berapa lamakah hujan akan turun ke atas bumi dalam peristiwa air bah?
40 minggu 40 bulan
7 hari
40 hari 40 malam
600 tahun
Berapa orang manusia yang selamat masuk ke dalam bahtera?
3 orang
Hanya Nuh seorang
7 orang
8 orang
Berapa pasang daripada setiap jenis binatang haram yang masuk ke dalam bahtera?
10 pasang
7 pasang
1 pasang
Tiada. Semuanya mati
Bagaimanakah cara Nuh memastikan bahawa air bah sudah mulai surut di bumi?
Dengan melepaskan burung ke luar bahtera
Dengan meninjau dengan mata
Dengan bertanya kepada Tuhan
Dengan turun sendiri ke bawah untuk melihat
Apakah tanda perjanjian yang Tuhan berikan yang menandakan bahawa Tuhan tidak akan menghukum bumi lagi dengan air bah?
Tiang awan
Busur di awan
7 bintang di langit
Burung merpati
Nuh ialah orang yang mula-mula membuat kebun anggur. Apa yang terjadi kepadanya setelah dia minum anggur?
Mabuk dan telanjang
Menjadi kuat
Diberkati Tuhan
Dia menggunakan anggur untuk Perjamuan Kudus
Pada mula-mula sekali, berapakah bahasa yang ada di bumi?
10
7
3
1
Bagaimanakah cara Tuhan menggagalkan manusia menyiapkan menara Babel?
Mendatangkan air bah
Mengutuk air menjadi darah
Menurunkan bala penyakit
Mengacaukan bahasa mereka
Setelah bahasa manusia-manusia yang membina Babel itu dikacaukan Tuhan, apa yang terjadi kepada mereka?
Mereka terserak ke seluruh bumi
Mereka saling berbunuhan
Mereka membina menara yang lain
Mereka dibakar oleh Tuhan
Siapakah nama Abraham sebelum namanya ditukarkan?
Abrah
Abram
Araba
Abrama
Siapakah nama isteri Abram/Abraham?
Sarai
Miriam
Maria
Peninah
Lengkapkan: "Lalu percayalah Abram kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu sebagai ___" Kejadian 15:6
Kebenaran
Kebaikan
Tipu muslihat
Hal yang diperkenankanNya
Abram takut dirinya dibunuh di Mesir disebabkan Sarai itu cantik. Apa perintah Abram kepada Sarai?
Untuk berpura-pura menjadi lelaki
Untuk bersembunyi di belakang keldai
Untuk berpura-pura gila
Mengatakan bahawa dia ialah adik Abram
Apabila Firaun mengingini Sarai, apa yang terjadi setelah itu?
Tuhan menimpakan tulah kepada Firaun
Tuhan membunuh semua anak sulung di Mesir
Firaun mengahwini Sarai dan mempunyai 2 orang anak
Firaun membunuh Abram
Sarai memberikan Hagar untuk menjadi isteri Abram. Apa tujuannya?
Supaya mereka mendapat kekayaan Mesir
Supaya dia dapat berpisah daripada Abram
Untuk mendapatkan anak
Untuk menguji kesetiaan cinta Abram kepadanya
Setelah Hagar mengandung, apakah yang dilakukan Hagar terhadap Sarai, nyonyanya?
Hagar memandang rendah Sarai
Hagar mencuri hak kesulungan Sarai
Hagar menjual Sarai
Hagar sangat menghormati Sarai
Apakah tindak balas Sarai terhadap Hagar yang memandang rendah dirinya?
Sarai membunuh Hagar
Sarai membunuh anak Hagar
Sarai mengutuk Hagar menjadi tiang garam
Sarai menindas Hagar sehingga dia lari
Siapakah nama anak Hagar?
Ismael
Isyak
Yakub
Esau
Tuhan juga mengubah nama Sarai. Apakah nama baru bagi Sarai?
Gehazi
Adonia
Elkana
Sara
Ketika Tuhan berfirman kepada Abraham bahawa dia akan memiliki seorang anak melalui Sara, apa respon Abraham?
Abraham tertawa kerana dia dan Sara sudah tua
Abraham serta merta percaya
Abraham memberontak terhadap Tuhan
Abraham menjadi takut
Siapakah nama anak Abraham yang akan lahir itu nanti, yang akan dilahirkan oleh Sara?
Ismael
Ishak
Yakobus
Devy
Setelah air bah itu mulai surut, di manakah bahtera Nuh terkandas?
Pergunungan Ararat
Gunung Horeb
Gunung Moria
Bukit Zaitun
Setelah keluar dari bahtera, apakah perkara pertama yang dilakukan oleh Abraham?
Sujud dengan mukanya di tanah
Menengadah ke langit untuk memuji Tuhan
Menari-nari dan bersorak sorai
Mendirikan mezbah untuk Tuhan
Sabat keberapa Sabat hari ini?
Ke-12
Ke-13
Ke-10
Ke-11
