wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Penilaian CAD

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah paksi yang digunakan dalam lukisan dua dimensi (2D) CAD?

a)

Paksi X.

b)

Paksi Y.

c)

Paksi Z.

d)

Paksi X dan Y.

2.

Apakah kegunaan arahan ’offset’ dalam lukisan CAD ?

a)

Memutar objek.

b)

Memadamkan objek

c)

Membuat salinan objek.

d)

Menggandakan sesuatu garisan.

3.

Apakah fungsi mesin pencetak dalam proses cetakan CAD?

a)

Untuk membuat salinan lukisan.

b)

Untuk mencetak gambar berwarna sahaja.

c)

Untuk mencetak lukisan dalam bentuk tiga dimensi (3D) sahaja.

d)

Untuk menghasilkan cetakan grafik yang berkualiti tinggi.

4.

Apakah tindakan yang perlu diambil sebelum memulakan lukisan dua dimensi (2D) CAD dalam industri automasi?

a)

I. Menguji arahan melukis dalam perisian CAD.

b)

II. Menyediakan plotter/printer untuk mencetak lukisan.

c)

III. Memastikan komputer memenuhi spesifikasi minimum.

d)

IV. Memastikan semua pekerja memakai alat keselamatan.

5.

Apakah tujuan penggunaan skala dalam lakaran CAD?

a)

Memudahkan lukisan dengan saiz kecil.

b)

Mengelakkan penggunaan kertas berlebihan.

c)

Meningkatkan ketepatan pembuatan komponen

d)

Membantu menyesuaikan lukisan dengan ruang dan keperluan projek.

6.

Sudut pandangan manakah yang ditunjukkan di dalam CAD jika pandangan disetkan ke pandangan sisi?

a)

Menunjukkan pandangan dari bawah.

b)

Menunjukkan pandangan dari atas objek.

c)

Menunjukkan pandangan dari hadapan objek.

d)

Menunjukkan pandangan dari sebelah kiri atau kanan objek.

7.

Apakah arahan yang digunakan untuk menyalin objek pada jarak tertentu dalam CAD?

a)

Trim.

b)

Copy.

c)

Move.

d)

Rotate.

8.

Apakah langkah yang perlu dilakukan selepas melengkapkan lukisan CAD ?

a)

I. Menghantar lukisan untuk cetakan plotter.

b)

II. Menghapuskan semua garisan draf sementara.

c)

III. Menyemak dimensi lukisan untuk ketepatan

d)

IV. Fail lukisan disimpan dalam format PDF bagi memudahkan proses menyunting.

9.

Apakah peranti masukan yang biasa digunakan dalam CAD?

a)

Monitor.

b)

Pemplot.

c)

Pencetak.

d)

Papan kekunci.

10.

Bagaimanakah proses pengesahan lukisan dua dimensi (2D) dilakukan dalam sistem CAD?

a)

Dengan hanya menggunakan storage peranti .

b)

Dengan memeriksa reka bentuk dan spesifikasi.

c)

Dengan hanya memeriksa dimensi dan geometri.

d)

Dengan menghasilkan semula lukisan dalam format 3D.

11.

Mengapakah pentingnya semakan semula terhadap lukisan CAD sebelum proses kelulusan diilakukan?

a)

Untuk mengelakkan kerosakan pada lakaran yang dibuat.


b)

Untuk memastikan reka bentuk tepat mengikut spesifikasi.


c)

Untuk mengelakkan sebarang masalah semasa pengeluaran.


d)

Untuk memastikan tiada bahagian yang hilang dalam lukisan.


12.

Mengapakah model CAD tiga dimensi (3D) digunakan untuk mencipta protaip digital sebelum pengeluaran produk dalam bentuk fizikal?

a)

Untuk menguji kecekapan mesin.

b)

Untuk menjimatkan masa dan kos.

c)

Untuk mengurangkan beban elektrik.

d)

Untuk menghasilkan lukisan ortografik.

13.

Apakah kelebihan utama menggunakan pemodelan rangka wayar (wireframe) dalam CAD 3D?

a)

Membantu dalam pemotongan bahan.

b)

Menyediakan lebih banyak maklumat visual.

c)

Mengambarkan objek dengan lengkung kompleks.

d)

Mengurangkan penggunaan ruang memori komputer.

14.

Apakah perbezaan utama antara pemodelan pepejal (solid) dan pemodelan rangka wayar (wireframe) dalam CAD 3D?

a)

Pemodelan rangka wayar hanya digunakan membuat bentuk luaran.

b)

Rangka wayar lebih sesuai untuk simulasi kejuruteraan, manakala pepejal digunakan dalam reka bentuk seni bina.

c)

Pemodelan pepejal menentukan isi padu objek, manakala rangka wayar hanya menunjukkan bucu dan tepi objek.

d)

Pemodelan pepejal menghasilkan model tanpa permukaan dalaman, manakala rangka wayar hanya menampilkan permukaan luar.

15.

Apakah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan model tiga dimensi (3D) ?

a)

Menggunakan arahan chamfer untuk membentuk tepi objek.

b)

Menggunakan arahan fillet untuk membulatkan semua bucu objek.

c)

Menggunakan arahan untuk mencerminkan (mirror) objek pada paksi Z.

d)

Menggunakan arahan extrude untuk menarik bentuk 2D ke dalam bentuk 3D.

16.

Apakah fungsi utama kamera dalam sudut pandangan tiga dimensi (3D)?

a)

Untuk megubah tekstur model.

b)

Untuk mencipta pandangan ortografik

c)

Untuk menambah pencahayaan pada model.

d)

Untuk membolehkan pengguna melihat model dari pelbagai sudut.

17.

Bagaimanakah teknik pencahayaan High Dynamic Range Image (HDRI) membantu dalam proses pemaparan model 3D?

a)

Ia menambah realistik pada objek.

b)

Ia mencipta tekstur lebih halus untuk objek.

c)

Ia mencipta bayang-bayang yang lebih jelas.

d)

Ia mengurangkan keperluan untuk bayang-bayang.

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Part Rendering'?

a)

Proses mencipta model 3D.

b)

Proses mentekstur model 3D.

c)

Proses menambah warna pada model 3D.

d)

Proses mencipta imej fotorealistik daripada model 3D.

19.

Apakah proses akhir dalam visualisasi 3D?

a)

Mentekstur objek.

b)

Mencipta model objek.

c)

Pemaparan (rendering).

d)

Menambah pencahayaan pada objek.

20.

Apakah tujuan utama lukisan CAD 3D dalam konteks automasi industri?

a)

Memudahkan proses pemeriksaan kualiti.

b)

Memudahkan proses pemasangan komponen.

c)

Menghasilkan gambaran objek tiga dimensi (3D).

d)

Menjana senarai bahan dan arahan pemasangan.