wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sifar Jenayah Tahap 2

Total questions: 35

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Kesan jenayah kanak-kanak kepada diri sendiri ialah

a)

Merugikan harta benda awam

b)

Dibuang sekolah

c)

Imej keluarga tercemar

d)

Keluarga menanggung malu

2.

Sebarang aktiviti yang melibatkan wang taruhan boleh dianggap sebagai.....

a)

Bermain teka teki

b)

Berjudi

c)

Bertanding

d)

Berniaga

3.

Perlakuan merosakkan dan memusnahkan harta benda awam dikenali sebagai....

a)

Gangsterisme

b)

Patriotisme

c)

Sosialisme

d)

Vandalisme

4.

Apakah 2 ciri bagi mangsa "Love scam"?

a)

Sentiasa berwaspada

b)

Mudah "diayat" dengan kata-kata manis

c)

Tidak mudah terpengaruh

d)

Kesunyian

5.

Apakah maksud jenayah?

a)

Perbuatan yang kurang sopan

b)

Perbuatan kejahatan yang menyalahi undang-undang

c)

Perbuatan yang aneh

d)

Perbuatan yang tidak masuk akal

6.

Apakah contoh masalah sosial remaja sekarang?

a)

Memancing

b)

Menyanyi

c)

Gangsterisme

d)

Bermain

7.

Golongan manakah yang paling ramai terjebak dengan masalah sosial?

a)

Golongan Kanak-kanak

b)

Golongan Tua

c)

Golongan dewasa

d)

Golongan Remaja

8.

Penyalahgunaan dadah merupakan contoh masalah sosial remaja, apakah kesan kepada kesihatan diri remaja yang mengambil dadah...?

a)

Sihat

b)

Ketagihan

c)

Tidak ada masalah

d)

Tenang

9.

Ponteng sekolah menjadi satu kegemaran remaja sekolah, siapakah pengaruh perkara itu berlaku?

a)

Guru

b)

Ibu bapa

c)

Rakan sebaya

d)

Pengawal Keselamatan

10.

Kesan jenayah kepada murid sekolah adalah

a)

Mempunyai masa hadapan yang baik

b)

Mempunyai kawan yang ramai

c)

Disayangi masyarakat

d)

Dibuang sekolah

11.

Antara jenis jenayah yang biasa dilakukan di sekolah adalah

a)

Menolong rakan

b)

Mencederakan binatang

c)

Membuli rakan sekolah

d)

Tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru

12.

Gambar menunjukkan aktiviti tidak sihat iaitu

a)

merokok

b)

van

c)

vandalisme

d)

kes buli

13.

Gambar menunjukkan aktiviti jenayah dikalangan pelajar iaitu

a)

kes ragut

b)

kes buli

c)

kes cabul

d)

bergurau

14.

Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan jika melihat sesuatu jenayah berlaku kepada orang lain?

a)

Hanya melarikan diri

b)

Segera meminta bantuan dengan orang yang boleh dipercayai

c)

Buat-buat tak nampak

d)

Memukul penjenayah

15.

Mei Mei mengadu kepada anda bahawa rakan-rakannya sering membulinya di sekolah. Sebagai seorang rakan, apa yang perlu anda lakukan?

a)

Memarahi pembuli Mei Mei

b)

Melaporkan kepada guru disiplin

c)

Mendiamkan diri

d)

Turut bersedih

16.

Mesej yang mengganggu dan mengancam atau berunsur ugutan merupakan pembulian siber. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

17.

Pembulian siber boleh berlaku melalui medium-medium berikut KECUALI...

a)

E-mail

b)

Laman sesawang (Website)

c)

Laman sembang (Chat)

d)

Surat pos

e)

Aplikasi komunikasi online

18.

Apakah usaha terbaik untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai jenayah siber?

a)

Ajaran di rumah oleh ibu bapa

b)

Kempen kesedaran oleh kerajaan

c)

Penerapan ilmu di alam persekolahan

d)

Pengetahuan kendiri

19.

Sebagai seorang pelajar, inisiatif terbaik yang perlu dilakukan bagi mencegah pengaruh jenayah siber dalam diri adalah

a)

Meminta nasihat ibu bapa

b)

Mahirkan diri dalam dunia IT

c)

Mengambil jurusan IT

d)

Melaporkan penipuan yang dilakukan ke atas diri sendiri

20.

Antara berikut yang manalah kes jenayah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah?

a)

Membuli dan rogol.

b)

Ponteng dan merokok.

c)

Mencuri dan rasuah.

d)

Dadah dan pembuangan bayi.

21.

Siapakah yang terlibat untuk mengatasi masalah jenayah di sekolah?

a)

Guru dan pihak polis.

b)

Guru dan wartawan.

c)

Guru dan pihak bomba.

d)

Guru dan tukang kebun.

22.

Berdasarkan gambar di bawah, manakah aktiviti yang sesuai dilaksanakan setiap hari?

a)
b)
c)
d)
23.

Kawan yang perlu didekati ialah?

a)

Kawan rajin belajar.

b)

Melawan guru.

c)

Cantik dan seksi.

d)

Suka mencarut.

24.

Vandalisme merupakan perbuatan terlarang di sekolah. Apakah contoh Vandalisme?

a)

Menconteng papan putih mengunakan pen marker.

b)

Menconteng dinding tandas.

c)

Melawan guru.

d)

Tidak hadir ke sekolah.

25.

Sekiranya anda tidak suka guru mengajar di kelas anda. Apakah tindakan yang wajar anda lakukan terhadap beliau?

a)

Menceritakan kepada guru lain.

b)

Mendiamkan diri supaya tidak menguris hati guru tersebut.

c)

Mendapatkan nasihat daripada kaunselor.

d)

Ponteng kelas setiap kali cikgu tersebut mengajar.

26.

Apakah maksud prejudis?

a)

Rasa suka dan tidak suka terhadap sesuatu kaum.

b)

Rasa malas dan tidak bermaya.

c)

Rasa ingin mencuba sesuatu yang baharu.

d)

Rasa keinginan untuk melakukan seuatu yang jahat.

27.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, apakah situasi yang berlaku kepada individu tersebut?

a)

Buli siber

b)

Buli percakapan

c)

Buli alam nyata

d)

Buli fizikal

28.

Berikut adalah contoh jenayah kanak-kanak, KECUALI

a)

Ragut

b)

Buli

c)

Pemerdagangan manusia

d)

Jenayah siber

29.

Menurut undang-undang Malaysia, kanak-kanak ialah seseorang yang berumur

a)

di bawah 12 tahun

b)

di bawah 16 tahun

c)

di bawah 18 tahun

d)

di bawah 20 tahun

30.

Antara berikut, yang manakah sentuhan tidak selamat?

a)

kawan menyentuh bahu semasa membuat barisan di tapak perhimpunan

b)

berpimpin tangan semasa melintas jalan

c)

berjabat tangan dengan guru sebelum menerima hadiah

d)

menepuk punggung kawan atas alasan bergurau

31.

Sentuhan 3K ialah sentuhan selamat yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang tertentu sahaja untuk tujuan yang positif. Sentuhan 3K ialah

a)

Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan

b)

Keselamatan, Kekemasan, Kesihatan

c)

Kegembiraan, Kesihatan, Kebersihan

d)

Kebersihan, Kegemaran, Kesihatan

32.

Berikut adalah jenis-jenis keganasan seksual, KECUALI

a)

sumbang mahram

b)

gangguan seksual

c)

cyber grooming

d)

menghasut kawan

33.

"Mangsa, yang sudah jatuh cinta dan simpati dengan penipu, memindahkan sejumlah besar wang ke akaun bank yang diberikan oleh penipu. Selepas pemindahan wang, penipu menghilangkan diri dan memadamkan akaunnya."

Apakah tindakan yang perlu diambil mangsa?

a)

Berhati-hati dengan permintaan wang

b)

Lapor kepada pihak berkuasa

c)

Periksa latar belakang

34.

Aisyah telah menyedari dirinya sedang ditipu oleh pasangan cinta di alam maya. Apakah tindakan yang perlu diambil Aisyah?

a)

Padam semua perbualan dengan pemangsa

b)

Terus berkomunikasi dengan pemangsa

c)

Terus melaporkan insiden

d)

Merekodkan interaksi dengan penipu

35.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda melakukan kesalahan di sekolah?

a)

Akui kesalahan, minta maaf, dan perbaiki kesalahan.

b)

Bersikap acuh tak acuh dan teruskan seperti biasa.

c)

Cuba menyalahkan orang lain atas kesalahan tersebut.

d)

Tinggalkan sekolah tanpa memberitahu sesiapa.