WorksheetsKuiz Peribahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Peribahasa "bagai menatang minyak yang penuh" bermaksud ...
hubungan yang tidak pernah dipisahkan.
mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
melakukan pekerjaan yang sia-sia.
Perniagaan Encik Lim yang dahulunya maju kini merosot dan hampir muflis apabila beliau ditipu oleh rakan kongsinya. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah peribahasa yang paling tepat?
Di mana semut makan kalau tidak dalam gula.
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.
Harap hati hendak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Durian dengan mentimun, menggolek rosak kena golek binasa.
Kita hendaklah menabung sebagai persediaan pada waktu susah kelak. Bak kata orang, ...
malas berdayung perahu hanyut.
jauhari juga yang mengenal manikam.
melentur buluh biarlah ke tepi rebung.
sediakan payung sebelum hujan.
Pertengkaran itu tidak akan terjadi sekiranya Shahmi tidak melawan kata-kata Haziq. Hal ini bertepatan dengan peribahasa;
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
harimau mati kerana belangnya.
nasi sudah menjadi bubur.
tanam lalang, tak akan tumbuh padi.
Peribahasa yang berikut membawa maksud manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu dengan yang lain, kecuali ...
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
lain mangkuk, lain cawan.
rambut sama hitam, hati lain-lain.
Setelah menempuh pelbagai dugaan, akhirnya Rizal berjaya mengusahakan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ...
alah bisa tegal biasa.
lunak gigi daripada lidah.
hati hendak semua jadi.
tepuk dada tanya selera.
Alia menyiapkan kelengkapan untuk berangkat ke luar negara walaupun dia belum mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti yang dipohonnya. Sikap Alia bertepatan dengan peribahasa ...
burung terbang dipipiskan lada.
berpatah arang berkarat rotan.
untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Sikap Azira yang tidak berhati-hati semasa bercakap menyebabkan kawan baiknya tergores hati. Sebagai kesannya, hubungan mereka semakin renggang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa ...
ikut hati mati, ikut rasa binasa.
pahit dahulu, manis kemudian.
kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Firash akhirnya pulang ke Malaysia setelah bekerja selama 15 tahun di luar negara dan tidak akan kembali ke negara tersebut semula.
Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
D. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Setelah beberapa jam adik berkurung di dalam bilik kerana tidak puas hati akan sikap tegas kakaknya, dia akhirnya berbaik dengan kakaknya itu semula.
Air dicincang tidak akan putus
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Seperti anjing dengan kucing
Orang yang lemah menentang orang yang kuat sudah tentu akan kalah.
Seperti kacang lupakan kulit
Seperti api dalam sekam
Seperti mentimun dengan durian
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud peribahasa ini. Masyarakat yang hidup saling membantu dan bekerjasama.
(a)
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud peribahasa ini. Orang yang tidak pandai sekiranya belajar bersungguh-sungguh, nescaya menjadi pandai juga.
(a)
Nyawa mangsa gempa bumi itu ...
bagai bulan jatuh ke riba.
bagai telur di hujung tanduk.
Berhati-hatilah apabila seseorang itu berbuat baik dengan kita kerana dibimbangi ...
ada udang di sebalik batu.
pipit hendak menjadi enggang.
Hati wanita itu hancur lebur ...
seperti kaca terhempas ke batu.
seperti pahat dengan penukul.
Disebabkan tidak mahu bertanya, mereka tersalah jalan ke rumah Ckgu Tan. Keadaan ini bertepatan dengan ...
ukur baju di badan sendiri.
malu bertanya sesat jalan.
Aidan memakai pakaian yang tebal semasa berada di puncak gunung itu. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah perbandingan semacam yang paling tepat?
Panas macam api
Sejuk macam salji
Sibuk macam lebah
Tidak ada sesiapa pun yang dapat mencabar Muaz berlari. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah perbandingan semacam untuk Muaz yang paling tepat?
Cepat macam kilat
Bijak macam pendeta
Angkuh macam merak
Saya akan menyembunyikan beberapa butir padi di dalam lubang yang ada pada lukaku. Kemudian saya akan minta diri dengan baik-baik. Perbandingan semacam yang sesuai dengan situasi di atas ialah ...
malas macam keldai.
gagah macam gergasi.
cerdik macam kancil.
