Font size
WorksheetsKUIZ SEJARAH SPM S1
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Apakah kepentingan inskripsi tersebut
Mengiktiraf pemerintah beraja
Digunakan dalam upacara persetiaan
Memperkasa peranan pembesar tempatan
Dijadikan sumber rujukan pemerintah
Apakah DUA peranan pembesar semasa pemerintahan zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Memelihara keamanan kawasan
Menjaga kebajikan rakyat
Meningkatkan taraf ekonomi
Melaksanakan gotong-royong
Tamil Nesan merupakan akhbar yang diterbitkan oleh masyarakat bukan Melayu sebelum merdeka. Apakah matlamat penerbitan akhbat tersebut?
Memperjuangkan kepentingan sosiopolitik
Menceritakan pergolakan politik
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
Mendedahkan penindasan penjajah
Tokoh berikut memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Apakah sumbangan beliau?
Meningkatkan ekonomi rakyat
Memajukan pendidikan wanita
Merancakkan kegiatan persatuan
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Bagaimanakah kebangkitan Islam pada peringkat antarabangsa mempengaruhi gerakan nasionalisme di peringkat awal di Tanah Melayu?
Mewujudkan perpaduan antara kaum
Penentangan Tok Janggut terhadap British
Mempertahankan sistem pemerintahan beraja
Penulisan Za'ba menuntut kemerdekaan
Tentera Selempang Merah di Johor
Khalifah Parang Panjang di Perak
Maklumat di atas berkaitan Gerakan Fi-Sabilillah di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Mengapakah gerakan tersebut ditubuhkan?
Menentang Bintang Tiga
Membantah Malayan Union
Menangkis kekejaman Jepun
Memprotes pentadbiran British
Persidangan Raja-raja Melayu pada April 1946 memutuskan untuk mengemukakan bantahan terhadap Malayan Union melalui Mahkamah Tinggi di England.
Mengapakah Raja-Raja Melayu mengambil keputusan sedemikian?
Memorandum istana diketepikan
Syarat kewarganegaraan terlalu ketat
Persetujuan diperoleh secara tidak sah
Memulaukan pelantikan pegawai pemerintah
Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani perjanjian dengan kerajaan British.
Apakah implikasi perjanjian tersebut terhadap Sabah?
Dijadikan tanah jajahan British
Dinaungi sepenuhnya SBUB
Diberi kebebasan mutlak
Diiktiraf negeri berdaulat
Bagaimanakah kedudukan Singapura selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Mempunyai kuasa autonomi tersendiri
Diperakui sebagai wilayah mereka
Menjadi tanah jajahan yang berasingan
Diiktiraf sebagai negara berdaulat
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) atau Communitis Liaison Committee (CLC) diwujudkan?
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Membangkitkan kesedaran politik
Memupuk persefahaman kaum
Merangka perlembagaan negara
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?
Menggugat keselamatan negara
Menjejaskan kehidupan seharian
Menyebabkan kesengsaraan rakyat
Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan
"Kesamaan dan Keadilan untuk Pendudul Tanah Melayu"
Berikut merupakan moto Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
Apakah DUA cara moto tersebut dapat dicapai?
Mengiktiraf hak yang sama rata kepada semua kaum
Mewajibkan penggunaan bahasa yang sama
Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam
Memberi pengalaman pilihan raya secara berperingkat
Bagaimanakah kerajaan British menjayakan sistem pendaftaran kebangsaan untuk menghadapi ancaman komunis?
Memperkenalkan kad pengenalan
Meneruskan Rancangan Briggs
Menggabungkan parti politik
Membentuk Kampung Baru
Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum?
Menggunakan bahasa Inggeris di sekolah rendah
Mempunyai kandungan kurikulum yang seragam
Menjadikan sekolah vernakular berorientasikan tempatan
Mempertingkatkan pengajaran bahasa Melayu di sekolah
Apakah syarat untuk menjadi calon pilihan raya?
Memiliki pendidikan
Merupakan ahli parti
Mematuhi undang-undang
Menguasai bahasa Melayu
Apakah peranan Dato' Abdul Razak Hussien dalam barisan kabinet pertama negara?
Memajukan sistem pendidikan
Meningkatkan kemudahan kesihatan
Memodenkan aset pertahanan
Memantapkan perkhidmatan awam
Apakah asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?
Pelantikan Jemaah Menteri
Pilihan Raya Umum 1955
Pembentukan Kabinet Pertama
Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Mengapakah rakyat keturunan Melayu berhak memperoleh kedudukan istimewa di Tanah Melayu?
Jumlah yang ramai
Berkeperibadian tinggi
Mahir berbahasa Kebangsaan
Penduduk asal
Negaraku
Jata Negara
Bendera Kebangsaan
Mengapakah lambang negara tersebut dicipta oleh kerajaan Persekutuan?
Menonjolkan identiti negara
Melambangkan kejayaan rakyat
Simbol kewibawaan pemimpin
Sokongan menyambut kemerdekaan
Prinsip kedaulatan yang diperoleh melalui perjuangan yang berliku perlu dikekalkan.
Apakah maksud prinsip tersebut?
Sahsiah mulia
Perpaduan kukuh
Bebas bersuara
Kekuasaan tertinggi
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Tun Dr. Mohamed Salleh Abas
Kedua-dua tokoh memberi takrifan kedaulatan. Apakah persamaan takrifan berdasarkan tokoh-tokoh tersebut?
Keadilan
Kebebasan
Kewibawaan
Kesejahteraan
Mengapakah Deklarasi Hubungan Persahabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1970 diperkenalkan?
Mendaulatkan konsep keluhuran perlembagaan
Mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan
Memperkukuh kewibawaan pemerintah
Memperkasakan semangat setia kawan
Badan manakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?
Majlis Negeri
Majlis Raja-Raja
Majlis Persekutuan
Majlis Undangan Negeri
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan perlembagaan yang dinamakan pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965.
Apakah DUA perkara yang dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia (pindaan 1965)?
Imigresen
Undang-undang
Pentadbiran
Hubungan luar negara
Mengapakah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja perlu menyertai persidangan Majlis Raja-Raja?
Memeterai keputusan persidangan
Mempersetujui pindaan perlembagaan
Membincangkan hal ehwal pentadbiran
Mengesahkan undang-undang
Apakah DUA peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa eksekutif?
Memanggil parlimen persidang
Ketua Agama Islam negeri
Melantik Jemaah Menteri
Menerima menghadap diplomat asing
Mengapakah Majlis Mesyuarat Persekutuan distrukturkan semula pada tahun 1927?
Menambah kuasa Raja Melayu
Menyatukan pentadbiran negeri
Mengukuhkan kedudukan British
Menyelesaikan masalah kewangan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Agensi di atas ditubuhkan hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Apakah kerjasama tersebut?
Pembangunan Koridor Wilayah
Pengurusan Taman Negara
Pembangunan wilayah
Pembangunan tanah
Mengapakah Sir Geofroy Tory mencadangkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura?
Mengimbangi komposisi penduduk
Melemahkan parti berhaluan kiri
Membentuk kerjasama ekonomi
Menjamin keselamatan wilayah
Siapakah yang mewakili Kerajaan Persekutuan semasa pengisytiharan Malaysia di Sabah?
Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Datu Mustapha Datu Harun
Tun Abdul Razak Hussien
Mengapakah rusuhan kaum berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964?
Tekanan sosioekonomi
Tuntutan persamaan hak
Perebutan kuasa pentadbiran
Provokasi semasa berkempen
Antara isu pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Pertama ialah terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah.
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
Menjalankan dasar penswastaan
Mempergiat aktiviti penyelidikan
Menarik kemasukan pelabur asing
Mempelbagaikan keluaran komoditi
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
Maklumat di atas berkaitan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Apakah dasar tersebut?
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Kajian Aminuddin Baki
Laporan Rahman Talib
Penyata Razak
Rukun Negara mengandungi norma sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara.
Apakah norma sosial tersebut?
Kesihatan
Agama
Budaya
Pendidikan
Lembaga Pertubuhan Peladang
Agensi di atas ditubuhkan oleh kerajaan.
Bagaimanakah agensi tersebut membantu pekebun kecil?
Pelibatan dalam kegiatan koperasi
Penyelidikan hasil pertanian
Pemberian khidmat nasihat
Penentuan harga barangan
Bagaimanakah kerajaan menyusun semula masyarakat melalui pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)?
Memberi latihan pengurusan harta
Menyusun semula modal saham
Meneruskan pemberian subsidi
Menyebarkan industri terpilih
Malaysia memberi sumbangan besar dalam menjayakan misi pengaman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara yang berkonflik.
Apakah tugas pasukan pengaman tersebut?
Memberi latihan teknikal
Menukar kerajaan sedia ada
Mengawasi gencatan senjata
Menjadi penterjemah bahasa
Mengapakah Malaysia menandatangani Perisytiharan Lusaka pada tahun 1970?
Menjaga hak asasi manusia
Menolak pencerobohan sempadan
Membantah penggunaan kuasa veto
Mendesak pengharaman senjata nuklear
Apakah isu global yang dihadapi oleh Malaysia?
Pemerdagangan orang
Kelestarian alam sekitar
Pemalsuan mata wang
Kempen antiminyak sawit
Protokol Kyoto 1997
Persidangan alam sekitar di Bali
Maklumat di atas berkaitan persidangan alam sekitar yang dihadiri Malaysia.
Apakah persetujuan yang dicapai melalui persidangan tersebut?
Mengutamakan kegiatan agropelancongan
Menggalakkan penggunaan tenaga baharu (solar)
Menggalakkan produk teknologi hijau
Mencegah kebakaran di tanah gambut
