Worksheetssains tingkatan 4 akhir tahun
Total questions: 17
Worksheet time: 3hrs 3mins
Rajah menunjukkan sejenis organisma.
Antara berikut, yang manakah Prosedur Operasi Standard bagi pelupusan organisma di atas jika ia mati setelah dibedah?
Dinyahkontaminasi dan dibungkus di dalam beg plastik
Dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku
Diletak dalam bekas khas dan disimpan di tempat yang selamat
Dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya dan disimpan dalam tong biobahaya
Antara pemadam kebakaran berikut, yang manakah sesuai untuk memadam api yang berpunca daripada peralatan elektrik?
Pemadam kebakaran jenis air
Pemadam kebakaran jenis buih
Pemadam kebakaran jenis karbon dioksida
Pemadam kebakaran jenis pasir
Teknik tekanan dada dan hembusan mulut ke mulut adalah dua teknik penting di dalam Resusitasi Kardiopulmonari (CPR). Bagaimanakah kedua teknik ini dilakukan dalam usaha menyelamatkan mangsa?
Teknik tekanan dada dilakukan 30 kali diikuti 2 kali hembusan mulut ke mulut sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa kembali sedar.
Teknik tekanan dada dilakukan 15 kali diikuti 1 kali hembusan mulut ke mulut sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa kembali sedar.
Teknik tekanan dada dilakukan 20 kali diikuti 3 kali hembusan mulut-ke-mulut sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa kembali sedar.
Teknik tekanan dada dilakukan 10 kali diikuti 2 kali hembusan mulut-ke-mulut sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa kembali sedar.
Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan melakukan CPR?
Menghalang serangan jantung
Membuka saluran pernafasan mangsa
Mengembalikan peredaran darah di dalam badan mangsa
Membolehkan udara beroksigen masuk ke dalam trakea dan sampai ke peparu
Rajah menunjukkan bacaan tekanan darah bagi seorang lelaki.
Apakah yang dapat diinterpretasi dari bacaan diatas?
Tekanan darah normal
Tekanan darah optimum
Tekanan darah berisiko
Tekanan darah tinggi peringkat 1
Antara yang berikut yang manakah kaedah yang betul menggunakan termometer?
Termometer klinik - Letakkan ke dalam lubang telinga
Termometer makmal - Letakkan di dalam dubur
Termometer rektal - Letakkan di bawah ketiak
Termometer infra merah - Halakan 5 cm dari dahi
Rajah menunjukkan pembuangan bahan buangan daripada kilang terus ke dalam sungai berdekatan.
Apakah kesan dari tindakan kilang tersebut?
Kitar air terganggu
Hidupan akuatik mati
Berlaku banjir kilat
Peningkatan suhu bumi
Seorang pemandu penghantaran makanan terpaksa menanggung kos bahan api yang sangat tinggi kerana sering terlibat dalam kesesakan lalu lintas semasa penghantaran.
Apakah cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini?
Menukar bahan api petrol kepada diesel
Menggunakan kenderaan yang lebih kecil
Menukar laluan yang lebih selesa
Menggunakan kereta hybrid
Rajah 4 menunjukkan satu fasa dalam mitosis.
Antara berikut, yang manakah adalah bilangan kromosom bagi sel anak yang terhasil?
2
4
8
12
Otot, tulang, ligamen dan tendon saling bekerjasama untuk menghasilkan pergerakan dalam manusia. Apakah fungsinya?
Kuat dan kenyal
Menghubungkan tulang dengan otot
Menjana tenaga untuk pengecutan otot
Menghubungkan tulang dengan tulang
Rajah menunjukkan keratan rentas batang satu pokok.
Berapakah usia pokok ini?
7 tahun
8 tahun
13 tahun
14 tahun
Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar termasuk pankreas.
Antara berikut, yang manakah pankreas?
Rajah 7 menunjukkan satu situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki.
Antara dadah berikut, yang manakah mungkin menyebabkan situasi di atas?
Ketamin
Barbiturat
Amfetamina
Metamfetamin
Rajah menunjukkan jadual berkala yang tidak lengkap.
Antara unsur P, Q, R, S, T dan U, pasangan unsur yang manakah berada dalam kala yang sama?
P dan Q
R dan S
T dan U
R dan V
Karbon-14 dan karbon-X adalah suatu pasangan isotop. Jika karbon-14 mempunyai 8 neutron dan 6 proton manakala karbon-X mempunyai 6 neutron, hitungkan nombor nukleon bagi karbon-X.
13
6
8
12
Apakah bahan kimia yang ditambahkan ke dalam larutan getah untuk menghasilkan
getah tervulkan?
Ammonia
Natrium
Asid etanoik
Sulfur
Proses pengoksidaan boleh dilihat berlaku kepada makanan yang terdedah kepada udara. Proses ini menyebabkan buah-buahan seperti epal dan pisang menjadi perang.
Apakah contoh bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan makanan?
Air suling
Larutan natrium bikarbonat
Jus lemon
Air paip
