wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pencemaran quizizz kepada kelab alam sekitar

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran?

a)

perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah

b)

sebarang bentuk pemendakan dengan komponen berasid, seperti asid sulfurik atau nitrik yang jatuh ke tanah dari atmosfera dalam bentuk basah atau kering. Ini boleh termasuk hujan, salji, kabus, hujan batu atau habuk yang berasid.

c)

satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.

2.

Antara berikut,yang manakah merupakan bukan jenis-jenis pencemaran?

a)

Pencemaran tanah

b)

Pencemaran udara

c)

Pencemaran bunyi

d)

Pencemaran haiwan

3.

Apakah punca pencemaran air?

a)

daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi.

b)

sebarang bentuk pemendakan dengan komponen berasid, seperti asid sulfurik atau nitrik yang jatuh ke tanah dari atmosfera dalam bentuk basah atau kering. Ini boleh termasuk hujan, salji, kabus, hujan batu atau habuk yang berasid.

c)

Bahan buangan domestik dan organik iaitu pembuangan sampai sarap,minyak dan najis secara tidak terkawal kepada persekitaran sungai atau kawasan berair

d)

adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan lampu dan sistem hiburan audio

4.

Apakah salah satu punca pencemaran udara?

a)

Bunyi yang dikeluarkan dari kilang-kilang seperti jentera,mesin kilang serta pemprosesan dan pembuatan mineral

b)

Pembakaran terbuka secara tidak terkawal di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.

c)

Pembuangan sampai sarap dan kumbahan tidak terkawal menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperi lalat dan tikus

d)

Bahan buangan domestik dan organik iaitu pembuangan sampai sarap,minyak dan najis secara tidak terkawal

5.

Apakah punca utama pencemaran udara yang tahap serius pada sekitar Ogos 2012 di Negeri Sembilan?

a)

Pembakaran hutan di Johor

b)

Pembakaran hutan di Kalimantan

c)

Pembakaran hutan di Kepulauan Jawa

d)

Pembakaran hutan di Sumatera

6.

Apakah punca pencemaran bunyi?

a)

Bunyi yang dikeluarkan dari kilang-kilang seperti jentera,mesin kilang serta pemprosesan dan pembuatan mineral

b)

Bahan buangan domestik dan organik iaitu pembuangan sampai sarap,minyak dan najis secara tidak terkawal

c)

Pembuangan sampai sarap dan kumbahan tidak terkawal menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperi lalat dan tikus

d)

Pembebasan gas karbon dioksida ke atmosfera disebabkan oleh penggunaan pengangkutan yang banyak

7.

Apakah kesan pencemaran bunyi?

a)

Haiwan terancam dan terbunuh

b)

Penyusutan lapisan ozon

c)

Menganggu ketenteraman masyarakat

d)

Pemanasan global

8.

Apakah salah satu punca pencemaran tanah?

a)

Bahan buangan domestik dan organik iaitu pembuangan sampai sarap,minyak dan najis secara tidak terkawal ke persekitaran sungai dan kawasan berair

b)

Bunyi yang dikeluarkan dari kilang-kilang seperti jentera,mesin kilang serta pemprosesan dan pembuatan mineral

c)

Hujan yang lebat menyebabkan struktur cerun lemah kerana tanih disusupi oleh jumlah air yang banyak

d)

Pembuangan sampai sarap dan kumbahan tidak terkawal menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus

9.

Apakah kesan pencemaran terhadap alam sekitar?

a)

Kerosakan pada telinga manusia

b)

Hujan asid

c)

Pemanasan global

d)

Menyukarkan penafasan manusia

10.

Antara berikut,yang manakah bukan langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar?

a)

Menjaga kebersihan sungai

b)

Menaiki kapal terbang berbanding kereta apabila berlancong

c)

Penguatkuasakan undang-undang

d)

Mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya

11.

Mengapakah Sungai Semenyih tercemar?

a)

Tercemar dengan hujan asid yang disebabkan oleh penggunaan pengangkutan berlebihan

b)

Tercemar dengan najis manusia akibat sistem perparitan yang tidak begitu elok di kawasan perumahan

c)

Tercemar dengan najis babi dan berpunca dari kawasan industri

d)

Tercemar dengan pembuangan sampai sarap ke sungai tersebut

12.

Antara berikut yang manakah merupakan kesan pencemaran kepada manusia?

a)

Pemanasan global

b)

Kerosakan pada telinga manusia

c)

Hujan asid

d)

Haiwan terancam dan terbunuh

13.

Apakah kedudukan Malaysia dalam penyumbang tertinggi pencemaran plastik di Asia?

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Kelima

14.

Mengapakah plastik memberikan kesan buruk yang mendalam terhadap lingkungan?

a)

Ia mengambil masa ratusan tahun untuk terurai

b)

Mengancam hidupan akuatik dan ekosistem

c)

Mengancam manusia sahaja

d)

Ia mengambil masa ribuan tahun untuk terurai

15.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menentang pencemaran plastik?

a)

Pembakaran plastik secara terbuka

b)

Mempenjarakan sesiapa yang menggunakan plastik secara berlebihan

c)

Membina pusat pemprosesan najis ternakan

d)

Membuang sisa plastik yang lebih ke negara jiran seperti Filipina dan Indonesia

16.

Berikan perkara-perkara yang sekolah perlu ajar ke anak murid agar dapat mengurangkan pencemaran

a)

Mengajar isu-isu seperti perubahan iklim

b)

Menggalakkan pembuangan sampah merata-rata

c)

Pemanasan global

d)

Mengajar Matematik

17.

Apakah purata penggunaan plastik setiap individu di Malaysia dalam tempoh setahun?

a)

Hampir 27 kg plastik

b)

Hampir 16 kg plastik

c)

Hampir 17 kg plastik

d)

Hampir 26 kg plastik

18.

Berdasarkan laporan Tabung Alam Sedunia(WWF),pada tahun 2020,penggunaan bungkusan plastik Malaysia dianggarkan mencecah....

a)

148 ribu metrik tan

b)

147 ribu metrik tan

c)

146 ribu metrik tan

d)

145 ribu metrik tan

19.

Apakah kesan buruk pembuangan plastik merata-rata terhadap alam sekitar?

a)

Pencemaran lautan dan tanah

b)

Mengancam hidupan akuatik dan ekosistem

c)

Mengancam sektor pelancongan

d)

Kos kerugian meningkat

20.

Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak ,mengapakah isu pembuangan plastik masih berlaku?

a)

Jumlah tapak pelupusan sisa pepejal sedikit

b)

Tapak pelupusan sisa digunakan untuk membina kawasan perumahan

c)

Kekurangan pengangkutan untuk membawa sampah

d)

Tidak dapat menampungi jumlah sampah yang dihasilkan