wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Kecairan air batu akibat peningkatan suhu pada Zaman Air Batu Akhir dikenali sebagai proses ...

a)

Pleistosen

b)

Holosen

c)

Pengglasieran

d)

Kala Kuaterner

2.

Berikut merupakan perubahan bentuk muka bumi pada Zaman Air Batu Akhir.


i - Suhu bumi meningkat.

ii - Ais mula mencair.

iii - Berubah suhu sejuk kepada sederhana sejuk.

iv - Air melimpah ke kawasan rendah sehingga membentuk tasik dan laut.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii dan iv

3.

Pilih DUA perubahan bentuk muka bumi semasa Zaman Air Batu Akhir.

a)

suhu bumi meningkat

b)

iklim berubah menjadi terlalu panas

c)

air melimpah ke kawasan rendah sehingga membentuk tasik dan laut

d)

iklim berubah menjadi terlalu sejuk

4.

Mengapakah berlaku kepupusan haiwan semasa Zaman Air Batu Akhir?

a)

kepupusan haiwan akibat diracuni manusia

b)

kepupusan berlaku akibat sikap manusia yang suka memburu haiwan

c)

kepupusan berlaku kerana haiwan suka berlawan sesama sendiri

d)

kepupusan berlaku akibat perubahan suhu

5.

Kenaikan paras air laut di ______________ berlaku akibat perubahan suhu pada Zaman Air Batu Akhir.

a)

Pentas Sunda

b)

Laut Jawa

c)

Selat melaka

d)

semenanjung Malaysia

6.

Pilih dua cara kita menjaga alam sekitar.

a)

menanam pokok

b)

pembakaran terbuka

c)

membuang sampah di sungai dan laut

7.

Jika kita tidak menghargai alam sekitar pada zaman sekarang, apakah akibatnya pada masa akan datang?

a)

Pergerakan glasier akan berhenti

b)

Membekalkan sumber air minuman

c)

Bumi tidak lagi sesuai didiami

d)

Menjadi kawasan tadahan hujan

8.

Apakah ciri-ciri Zaman Air Batu ?
I     cuaca sangat sejuk
II    bumi dilitupi air batu
III   sinaran matahari sangat terik
IV  wujud kawasan laut yang luas

a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
9.

Apabila suhu mula meningkat, ais akan mencair dan melimpahkan air ke kawasan yang rendah membentuk _______________.

a)

tasik dan laut

b)

pentas sunda

c)

kolam

d)

glasier

10.

Apakah perubahan rupa bentuk fizikal bumi pada zaman air batu akhir?

a)

kehidupan haiwan terjejas

b)

penghijrahan manusia

c)

berlaku pemanasan suhu

d)

paras air laut meningkat 100 meter

11.

Sekiranya peningkatan suhu terus berlaku sehingga kini, apakah kesan yang mungkin akan berlaku?

a)

Flora dan fauna akan pupus

b)

Kehidupan akan lebih sejahtera

c)

Manusia akan lebih maju

d)

Kesejahteraan ekosistem

12.

Apakah antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi?

a)

mengamalkan aktiviti kitar semula

b)

membenarkan penebangan hutan berleluasa

c)

meningkatkan penggunaan penghawa dingin

d)

meningkatkan kawasan pembinaan kilang