wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Etika dan Peradaban

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kenyataan yang TIDAK TEPAT tentang Etika

a)

Etika merujuk kepada nilai dan kelakuan manusia.

b)

Etika merujuk kepada perilaku kaum-kaum tertentu.

c)

Etika sangat berkaitan dengan emosi manusia

d)

Etika menekankan kepada aspek teori sahaja.

2.

Manakah di antara berikut TIDAK berkaitan dengan peradaban?

a)

Peradaban terbahagi kepada dua bahagian iaitu luaran dan dalaman

b)

Peradaban juga dikenali sebagai tamadun

c)

Peradaban adalah kemajuan Rohani dan jasmani

d)

Peradaban tidak berkaitan dengan pemakanan

3.

Manakah di antara berikut TIDAK berkaitan dengan kejatuhan sesuata peradaban?

a)

Pemimpin berintegriti

b)

Pembinaan monument

c)

Pengumpulan harta

d)

Pengabaian hak individu

4.

Manakah yang lebih TEPAT menggambarkan peradaban era globalisasi

a)

Era dunia tanpa sempadan telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua dan sempadan

b)

Era dunia siber yang menyebabkan manusia bergantung kepada teknologi semata-mata

c)

Era sains dan teknologi yang mana ilmu kemanusiaan tidak berguna lagi

d)

Era manusia tidak diperlukan lagi hanya robot yang bekerja

5.

Masyarakat Melayu zaman tradisi menggunakan sirih junjung dalam majlis peminangan dan perkahwinan. Mereka juga berbalas pantun untuk menyerikan sesuatu majlis seperti pertunangan dan perkahwinan.

Susur masa yang sesuai bagi menggambarkan pengamalan nilai-nilai di atas adalah:

a)

Zaman Pra Kolonial

b)

Zaman Kolonial

c)

Zaman Pasca Kolonial

d)

Zaman Globalisasi

6.

Ahmad telah dididik oleh kedua ibu bapanya agar sentiasa menghormati agama dan bangsa lain yang ada di negara ini. Kedua-dua ibu bapa Ahmad juga sangat menggalakkan Ahmad mempelajari bahasa Mandarin dan juga Tamil.

Kenyataan di atas sesuai dikaitkan dengan penghayatan etika dan peradaban acuan Malaysia berdasarkan

a)

Sejarah

b)

Biografi

c)

Stratifikasi sosial

d)

Politik

7.

Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat supaya dapat melahirkan masyarakat berikut KECUALI

a)

Berkeperibadian tinggi

b)

Saling menghormati

c)

Hidup harmoni

d)

Membantu bangsa sendiri

8.

Anda telah bermimpi. Dalam mimpi tersebut anda telah pergi ke satu kawasan yang masyarakatnya sangat primitif, tinggal dalam gua, hidup berpindah-randah dan hanya menggunakan alatan yang diperbuat daripada batu untuk meneruskan kehidupan.

Pernyataan di atas adalah sesuai dikaitkan dengan salah satu zaman pra sejarah iaitu

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Gangsa

9.

Apakah asas paling penting dalam pembentukan etika dan peradaban majmuk di Malaysia?

a)

Migrasi

b)

Perdagangan

c)

Hubungan diplomatik

d)

Perkahwinan

10.

Ahmad yang berbangsa Melayu telah berkahwin dengan Mei Mei yang berbangsa Cina. Mei Mei telah memeluk agama Islam tanpa paksaan sesiapa. Perkahwinan mereka telah direstui oleh keluarga kedua belah pihak.

Berdasarkan situasi di atas, yang manakah merupakan konsep memahami proses hubungan etnik yang sesuai?

a)

Akomodasi

b)

Akulturasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi

11.

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan yang berbeza.

Kenyataan di atas merujuk kepada konsep

a)

Segregation

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Amalgamasi

12.

Manakah pernyataan yang TIDAK BENAR tentang bangsa

a)

Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.

b)

Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah.

c)

Seringkali ikatan bangsa dikaitkan dengan pertalian darah, kekeluargaan, etnik, budaya, agama dan wilayah.

d)

Bangsa merujuk kepada satu komuniti dalam satu ikatan perkahwinan

13.

Sebuah bangsa biasanya berkongsi

a)

Bahasa

b)

Sejarah

c)

Etnisiti

d)

Budaya

14.

Unsur-unsur toleransi antara kaum boleh dilihat dari aspek berikut KECUALI

a)

Orang bukan Melayu menghormati laungan azan

b)

Orang Melayu membenarkan jiran kaum Cina menggunakan ruang depan rumah untuk kenduri

c)

Orang Melayu menghidangkan masakan ayam kepada kaum India semasa rumah terbuka

d)

Orang bukan Melayu mempersoalkan isu sensitif seperti Hak Istimewa Orang Melayu

15.

Manakah di antara berikut merupakan susunan yang BETUL dalam Rukun Negara

a)

Kepercayaan kepada Tuhan, Keluruhan Perlembagaan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara

b)

Kepercayaan kepada Tuhan, Kedaulatan Undang-undang, Kesetiaan kepada Raja dan Negara

c)

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan

d)

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesopanan dan Kesusilaan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Kedaulatan Undang-undang

16.

Berikut adalah cabaran dalam membentuk kesepaduan sosial dari aspek politik melainkan

a)

Kepelbagaian parti politik

b)

Kepelbagaian ideologi politik

c)

Politik perkauman

d)

Tempat tinggal yang berbeza

17.

Secara amnya, kesepaduan sosial rakyat Malaysia boleh dilihat melalui proses berikut KECUALI

a)

Akulturasi

b)

Amalgamasi

c)

Asimilasi

d)

Segregasi

18.

Pilih pernyataan PALING TEPAT tentang perlembagaan

a)

Merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara bagi membolehkan sesebuah keraja memerintah dengan lebih licin.

b)

Dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas dan dasar yang akan menentukan arah politik sesebuah negara.

c)

Mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal perhubungan antara autoriti awam dengan rakyat.

d)

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 193 Perkara/Artikel

19.

Pengenalan Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara adalah contoh-contoh tapak integrasi peringkat

a)

Makro

b)

Meso

c)

Mikro

d)

Semua di atas

20.

Pilih pernyataan yang SALAH mengenai tapak integrasi

a)

Wujud di peringkat makro, meso dan mikro

b)

Sukan rakyat adalah contoh tapak integrasi peringkat makro

c)

Sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan

d)

Perlembagaan Persekutuan adalah tapak integrasi utama pemerintahan dan pentadbiran negara