wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Zahid membina sebuah ________ ayam di belakang rumahnya.

a)

kandang

b)

sangkar

c)

reban

d)

rumah

2.

Tujuan Tugu Peringatan Negara itu dibina adalah untuk memperingati para ________ negara.

a)

pramugara

b)

pengetua

c)

pembela

d)

perajurit

3.

Kotak-kotak berisi beras yang telah dibungkus akan disimpan di dalam ________ sebelum dipasarkan.

a)

gudang

b)

bendang

c)

ladang

d)

gedung

4.

Mak Cik Salmah ________ nasi lemak untuk sarapan.

a)

mencelur

b)

menanak

c)

merebus

d)

memanggang

5.

Pak Husin dan anak buahnya akan turun ke laut pada awal pagi esok untuk ________ sotong.

a)

menyauk

b)

menjala

c)

menggagau

d)

mencandat

6.

Hujan lebat yang turun tidak henti-henti itu menyebabkan Kampung Seri Anjung ________ air banjir.

a)

diselubungi

b)

dimasuki

c)

dibasahi

d)

ditenggelami

7.

Ketika usia ________ inilah kita harus menuntut ilmu dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran.

a)

gagah berani

b)

muda remaja

c)

tegap sasa

d)

cerdik pandai

8.

Ayam itu lari ________ ke dalam semak apabila cuba ditangkap oleh datuk.

a)

susup-sasap

b)

keluh-kesah

c)

comot-momot

d)

bolak-balik

9.

Syafiqah asyik melihat se______ angsa putih berenang di tasik yang luas itu.

a)

carik

b)

kelompok

c)

kawan

d)

rawan

10.

Chef Zamri mengasah se________ pisau untuk memotong daging.

a)

laras

b)

pucuk

c)

bilah

d)

batang

11.

Yasmin menggunakan ________ yang ada untuk menyiapkan lukisannya.

a)

kesempitan

b)

kesempatan

c)

keselesaan

d)

kecerahan

12.

Ahli bomba itu sedang membuat tunjuk cara ________ api yang sedang marak itu.

a)

menyalakan

b)

menghidupkan

c)

memadamkan

d)

menghapuskan

13.

Azfar sedang ________ mengkuang untuk dibuat tikar.

a)

menganyam

b)

menyambung

c)

melipat

d)

mencanai

14.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak keluar dari rumah kerana cuaca yang sangat ________.

a)

hangat

b)

panas

c)

suam

d)

kering

15.

Cikgu Fuad telah merancang satu ________ motivasi untuk murid tahun lima yang akan diadakan pada minggu hadapan.

a)

aktiviti

b)

pelaksanaan

c)

majlis

d)

program