WorksheetsKuiz Imbuhan
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Fa'iq ___________ bola ke gawang.
ditendang
menendang
penendang
tendangan
Budi dan kawan-kawannya telah ____________ lirik lagu.
dihafal
hafalan
menghafal
penghafal
King dan rakan-rakan pasukannya harus ____________ dengan bersungguh-sungguh kerana mereka mahu menjadi juara sepak takraw.
pelatih
dilatih
latihan
berlatih
Siti Nurhaliza ialah ____________ kegemaran ibu saya.
penyanyi
nyanyian
dinyanyi
menyanyi
Zubir Said merupakan ____________ lagu Majulah Singapura.
ciptaan
dicipta
mencipta
pencipta
Saya meminta maaf kepada Qisyha kerana ____________ bukunya secara tidak sengaja semalam.
diambil
terambil
mengambil
pengambil
Cikgu Mariam ____________ kami Bahasa Melayu.
diajar
belajar
mengajar
pengajar
Kelas 4B ____________ menjadi juara Hari Sukan.
berjaya
dijayakan
menjayakan
kejayaan
Ronaldo seorang pemain bola sepak yang ____________.
kenalan
terkenal
mengenal
pengenal
Pada ____________ saya, dia tidak sepatutnya bertengkar dengan rakan sekelasnya.
dapatan
mendapat
pendapat
terdapat
Buku yang bertajuk Sang Nila Utama itu ____________ oleh Ayman.
dipinjam
meminjam
peminjam
pinjaman
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Shayla ____________ seekor anak kucing di dalam longkang.
dilihat
melihat
pelihat
terlihat
Cikgu Mariam mengingatkan kami supaya ____________ latihan SLS.
buatan
dibuat
membuat
pembuat
Buku cerita Harry Potter ____________ oleh J.K Rowling.
ditulis
tulisan
menulis
penulis
Anaqi ____________ oleh Talish untuk bermain bola pada waktu rehat.
ajakan
diajak
mengajak
pengajak
Dengan penuh sopan, Laila ____________ buah tangan itu.
disambut
sambutan
menyambut
penyambut
Ketika mereka berbual-bual, ____________ loceng rumah mereka berbunyi.
didengar
mendengar
pendengar
kedengaran
Sebaik sahaja pintu dibuka, senyuman ____________ pada wajah Laila.
ukiran
mengukir
pengukir
terukir
Kanak-kanak yang ____________ di taman permainan itu kelihatan sungguh gembira.
mainan
pemain
bermain
permainan
____________ merah dicampurkan ke dalam adunan kek itu.
pewarna
diwarnakan
mewarnakan
pewarnaan
Ibu ____________ nasi goreng ke dalam tepen.
simpanan
disimpan
menyimpan
penyimpan
____________ berita itu menyampaikan laporan tentang kemalangan yang berlaku pagi tadi.
bacaan
membaca
pembaca
terbaca
Kami ____________ tangan sebelum makan.
cucian
dicuci
mencuci
pencuci
Ali ____________ tidak akan mengulangi kesilapannya.
berjanji
dijanjikan
menjanjikan
perjanjian
____________ di atas gunung itu sungguh indah.
dipandang
memandang
terpandang
pemandangan
