wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TAHUN 5 UNIT 3 ASAS REKA BENTUK PENGATURCARAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pseudokod?

a)

Bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh komputer

b)

Arahan dalam bentuk bahasa manusia untuk menyelesaikan masalah

c)

Algoritma yang sudah ditukar menjadi program

d)

Proses untuk menghasilkan carta alir

2.

Simbol rombus (diamond) dalam carta alir digunakan untuk?

a)

Menunjukkan keputusan atau pilihan

b)

Menunjukkan permulaan atau akhir

c)

Menunjukkan proses

d)

Menunjukkan aliran

3.

Apakah simbol yang digunakan untuk menunjukkan permulaan atau akhir dalam carta alir?

a)

Segi empat tepat

b)

Oval

c)

Romboid

d)

Anak panah

4.

Apakah fungsi utama carta alir?

a)

Menyelesaikan masalah matematik

b)

Melukis simbol untuk komputer

c)

Memaparkan aliran langkah-langkah dalam sesuatu proses

d)

Menghasilkan perisian komputer

5.

Apakah struktur kawalan jujukan?

a)

Arahan yang dijalankan secara pilihan

b)

Arahan yang dijalankan satu demi satu tanpa sebarang syarat

c)

Arahan yang berulang kali dijalankan

d)

Arahan yang melibatkan keputusan

6.

Apakah perbezaan utama antara pseudokod dan carta alir?

a)

Pseudokod menggunakan simbol, carta alir menggunakan bahasa manusia

b)

Pseudokod tidak memerlukan simbol, carta alir menggunakan simbol

c)

Pseudokod ditulis dalam kod komputer, carta alir dalam bahasa manusia

d)

Tiada perbezaan, kedua-duanya adalah sama

7.

Apakah simbol yang digunakan untuk menunjukkan proses dalam carta alir?

a)

Oval

b)

Segi empat tepat

c)

Romboid

d)

Segi tiga

8.

Apakah langkah pertama dalam menghasilkan algoritma?

a)

Menulis pseudokod

b)

Mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan

c)

Membina carta alir

d)

Menulis program komputer

9.

Simbol romboid dalam carta alir digunakan untuk?

a)

Menunjukkan keputusan

b)

Menunjukkan input/output

c)

Menunjukkan proses

d)

Menunjukkan aliran data

10.

Struktur kawalan ulangan bermaksud?

a)

Proses dijalankan sekali sahaja

b)

Proses dijalankan secara berulang kali sehingga syarat tertentu dipenuhi

c)

Proses dijalankan hanya jika syarat dipenuhi

d)

Proses yang tiada keputusan