Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Kemerdekaan - Sejarah Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada tahun 1942 sehingga tahun 1945.

a)

Betul

b)

Salah

2.

______________ telah membantah penubuhan Malayan Union pada tahun 1946-1948 yang merupakan satu bentuk penjajahan oleh British.

a)

Mat Kilau

b)

Dato' Haji Abdul Wahab

c)

Dato' Onn Jaafar

d)

Tunku Abdul Rahman

3.

Ancaman komunis di Tanah Melayu pada tahun 1948 telah mengganggu keamanan negara. Rundingan __________ telah diadakan pada tahun 1955 dan darurat tamat pada tahun 1960.

a)

Kemerdekaan

b)

London

c)

Pangkor

d)

Baling

4.

Parti-parti politik telah ditubuhkan pada zaman sebelum kemerdekaan. Antaranya ialah _______, MCA dan MIC. Parti-parti ini menuntut diadakan pilihanraya untuk kemerdekaan.

a)

UMNO

b)

SUPP

c)

USNO

d)

ASNO

5.

Parti Perikatan telah memenangi pilihanraya pada tahun 1955. ________ telah dipilih menjadi Ketua Menteri dan telah mengetuai Parti Perikatan untuk berunding mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British.

a)

Dato' Bahaman

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Abdul Razak

6.

Pada tahun 1956, Rundingan ________ telah diadakan dengan pihak British. Rombongan kemerdekaan diwakili oleh wakil Raja-Raja Melayu dan wakil Parti Perikatan telah pergi ke London.

a)

British

b)

Pangkor

c)

London

d)

Malaya

7.

Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada _______________.

a)

31 Ogos 1969

b)

16 September 1969

c)

31 Ogos 1957

d)

16 September 1957

8.

Stadium _____________ telah diadakan tempat untuk pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

a)

Negara

b)

Merdeka

c)

Malawati

d)

Bukit Jalil

9.

Parti-parti berikut adalah sebahagian daripada komponen Parti Perikatan kecuali __________.

a)

MCA

b)

IMP

c)

UMNO

d)

MIC

10.

Disebabkan oleh penentangan yang berlaku dari pelbagai pihak, British telah mengambil keputusan untuk menarik balik sistem pemerintahan "Malayan Union" dan digantikan dengan sistem pemerintahan baru iaitu ___________.

a)

Negeri-negeri Selat

b)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

c)

Persekutuan Tanah Melayu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

11.

Pilihanraya pertama negara yang dikenali sebagai Pilihanraya Majlis Perundingan Persekutuan telah diadakan pada tahun ________.

a)

1955

b)

1956

c)

1957

d)

1963

12.

Wakil Parti Perikatan yang menyertai Rundingan London ialah ________ dan _________.

a)

Dato' Mohd Seth

b)

Tun Dr Ismail

c)

Tun H.S. Lee

d)

Dato' Nik Ahmed Kamil

13.

Berapa kalikah Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan?

a)

3

b)

5

c)

7

d)

9

14.

Berikut adalah isi-isi Perjanjian London yang telah dimeterai dalam Rundingan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

a)

Konsep Raja Berpelembagaan

b)

Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957

c)

Kepentingan British dalam perniagaan

d)

Perjanjian Pertahanan dengan British

15.

Ancaman komunis di negara ini telah mengganggu keamanan negra sehingga darurat diisytiharkan pada tahun ________.

a)

1960

b)

1959

c)

1958

d)

1957

16.

Setibanya rombongan kemerdekaan di Melaka dari London, mereka telah bergerak ke ____________ untuk membacakan watikah pengisytiharan tarikh kemerdekaan.

a)

Padang Bandar Hilir

b)

Padang Kelab Selangor

c)

Stadium Bukit Jalil

d)

Stadium Merdeka

17.

Mengapakah Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu?

a)

Hak istimewa orang Melayu hilang

b)

Hasil bumi diambil penjajah

c)

Raja kehilangan kuasa

d)

Harta dirampas

18.

Upacara penyerahan pengisytiharan kemerdekaan telah disempurnakan oleh Duke of Wellington Wakil Ratu Elizabeth kepada Yang Dipertuan Agong pertama negara iaitu ______________.

a)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dato' Seri Najib Abdul Razak

d)

Dato' Seri Anwar Ibrahim

19.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan sebagai simbol kemerdekaan negara.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Bagaimanakah cara kita menghargai dan menyambut hari kemerdekaan negara.

a)

Perarakan kemerdekaan

b)

Pengibaran bendera negara

c)

Nyanyian lagu patriotik

d)

Berdiri tegak semasa nyanyian lagu kebangsaan