wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NNMB, NNMTB, SARAWAK & SABAH

Total questions: 18

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan Kuala Sepetang dalam aspek perlombongan bijih timah di Perak pada abad ke-19? 


a)

A Pusat kutipan cukai aktiviti perlombongan


b)

B Pelabuhan mengangkut bijih timah


c)

C Pusat perdagangan bijih timah


d)

D Pusat pentadbiran  


2.

Apakah persamaan yang dimiliki oleh Gopeng, Batu Gajah dan Ipoh?

a)

A Kawasan yang kaya dengan emas 


b)

B Pusat pungutan cukai perdagangan


c)

C Pelabuhan untuk mengangkut bijih timah 


d)

D Muncul akibat kegiatan perlombongan bijih timah yang pesat


3.

Pada Abad ke-16 hingga ke-17, kekayaaan Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri naungannya.

Apakah tindakan yang dilakukan Perak untuk membebaskan diri daripada masalah tersebut?

a)

A Meminta bantuan ketenteraan daripada British

b)

B Menghantar bunga emas kepada Acheh setiap tiga tahun

c)

C Memberi konsesi perlombongan bijih timah kepada Acheh

d)

D Mendapatkan perlindungan Portugis dengan menggunakan bijih timah

4.

Antara iktibar yang diperolehi daripada peristiwa di atas ialah pentingnya sikap bermuafakat.

Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan kepentingan sikap bermuafakat dalam menjaga kedaulatan negara. 


a)

Membantu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah yang timbul

b)

Memudahkan kata sepakat dicapai dan seterusnya mengelakkan pertelingkahan

c)

Tidak berasa gentar untuk melawan musuh walaupun perlu mengangkat senjata 

d)

British memanipulasi perbalahan yang berlaku

5.

Bagaimanakah pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dapat membantu memajukan ekonomi British?


a)

A Keseragaman pentadbiran

b)

B Penubuhan pasukan keselamatan

c)

C Residen Jeneral menguasai pentadbiran 


d)

D Memperoleh persetujuan Raja Melayu dan orang Melayu

6.

Bagaimanakah pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu membantu meningkatkan aspek pertahanan negeri?


a)

A Berada di bawah naungan Ratu England


b)

B Mempunyai pasukan keselamatan sendiri

c)

C Mengimplentasikan sistem kerahan tenaga tentera


d)

D Menggabungkan tentera British dan tentera negeri Melayu


7.

Apakah peranan Kuala Lumpur dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu?


a)

A Pusat pentadbiran


b)

B Pusat kutipan cukai


c)

C Pusat latihan ketenteraan

d)

D Pusat perdagangan utama


8.

Nyatakan tiga ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

a)

Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk persekutuan

b)

Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan

c)

Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tuga

9.

Apakah fungsi Majlis Mesyuarat Negeri?

a)

I Menggubal undang-undang

b)

II Membantu pentadbiran negeri

c)

III Mengawal perbelanjaan negeri

d)

IV Memberi nasihat kepada Raja-raja Melayu

10.

Bagaimanakah kuasa Raja-raja Melayu semakin terhakis selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

A Dilucutkan jawatan sebagai Raja Melayu

b)

B Hanya diberikan sebuah kawasan kecil untuk ditadbir

c)

C Hilang kuasa menggubal dan meluluskan undang-undang

d)

D Wajib menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali hal berkaitan agama dan adat Melayu

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan ahli Durbar?

a)

A Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu dan kerabat diraja

b)

B Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu serta wakil Eropah dan Cina

c)

C Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan Residen British

d)

D Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral, Residen British serta wakil Eropah dan Cina

12.

Maharaja Abu Bakar menjalinkan hubungan luar dengan negeri Melayu dan negara lain

semasa pemerintahannya.

Nyatakan 3 negeri Melayu yang menjalinkan hubungan dengan Johor

semasa pemerintahan baginda.

a)

Terengganu

b)

Perak

c)

Selangor

d)

Singapura

13.

British berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Johor.

Apakah strategi yang digunakan oleh British untuk mencapai matlamatnya?


a)

I Paksaan

b)

II Perjanjian

c)

III Manipulasi

d)

IV Tipu helah

14.

Nyatakan tiga ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

a)

Pentadbirannya bersifat longgar dan tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran yang tunggal

b)

Kelima-lima negeri tetap kedudukannya sebagai negeri Melayu pemerintahan beraja yang bebas dan mempunyai kuasa autonomi

c)

Terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat

d)

Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang mengurangkan kuasa sultan

15.

Selain pentadbiran yang dipisahkan melalui kawasan pantai timur dan barat, Sabah turut diperintah oleh sistem Ketua Bebas. 

Senaraikan tiga ciri-ciri pentadbiran Ketua Bebas di Sabah. 

a)

Dijalankan di kawasan-kawasan yang kuasa Sultan Brunei dan Sulu agak lemah atau tidak berkesan

b)

Ketua bebas tergolong daripada individu yang mempunyai pertalian keluarga dengan Sultan Brunei atau Sultan Sulu

c)

Ketua bebas mempunyai undang-undang tersendiri dan tidak mengiktiraf kuasa lain

d)

Melantik golongan pegawai kerajaan yang berwibawa dan berintegriti tinggi dalam pentadbiran

16.

Apakah faktor yang menyebabkan British meninggalkan Pulau Balambangan pada tahun 1805?

a)

A Tempoh pajakan telah tamat

b)

B Berhijrah ke Kepulauan Melayu

c)

C Melindungi perdagangan di Pulau Labuan

d)

D Penempatan British menghadapi pelbagai masalah

17.

Pada 18 Disember 1846, Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British. Apakah tanggungjawab yang perlu dipikul British selepas perjanjian tersebut?

a)

I Menumpaskan lanun

b)

II Melindungi perdagangan

c)

III Memajukan ekonomi penduduk

d)

IV Menghentikan pemberontakan rakyat

18.

Mengapakah pedagang Barat berminat untuk mendapatkan sarang burung daripada Sabah?

a)

A Mempunyai nilai pasaran yang luas

b)

B Memenuhi permintaan penduduk Eropah

c)

C Mendapat permintaan tinggi dalam pasaran di China

d)

D Menampung bekalan bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan