WorksheetsPenerokaan Angkasa Lepas
Total questions: 25
Worksheet time: 35mins
Siapakah tokoh astronomi yang membina model geosentrik?
Ptolemy
Copernicus
Kepler
Apakah maksud model geosentrik?
Model sistem suria di mana Bumi di pusat dan orbit berbentuk elips.
Model sistem suria di mana Matahari di pusat dan orbit berbentuk elips.
Model sistem suria di mana Matahari di pusat dan orbit berbentuk bulat.
Model sistem suria di mana Bumi di pusat dan orbit berbentuk bulat.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang model sistem suria geosentrik? Pilih 3.
Bumi sebagai pusat.
Matahari sebagai pusat.
Bumi berkeadaan pegun.
Bumi berputar pada paksinya.
Planet lain mengorbit mengelilingi Bumi.
Antara planet berikut, yang manakah terdapat dalam model sistem suria geosentrik? Pilih 3.
Musytari
Zuhal
Uranus
Neptun
Marikh
Apakah sumbangan Copernicus dalam bidang astronomi?
Membina model geosentrik
Membina model heliosentrik
Membina model lunasentrik
Mengubah suai model heliosentrik dengan Hukum Kepler
Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri model heliosentrik?
Matahari sebagai pusat
Matahari berputar pada paksinya
Planet lain mengelilingi Matahari dalam orbit yang membulat
Matahari berkeadaan pegun
Bagaimanakah Kepler mengubah suai model heliosentrik?
Matahari berputar pada paksinya
Bumi berkeadaan pegun
Planet mengelilingi Bumi pada orbit elips
Planet mengelilingi Matahari pada orbit elips
Siapakah Kepler?
Ahli astronomi Poland
Ahli matematik Perancis
Ahli astrologi Jerman
Ahli geografi Yunani
Planet manakah yang belum ditemui oleh Copernicus? Pilih 2.
Zuhal
Uranus
Neptun
Zuhrah
Apakah planet yang berada pada urutan ke-7 dalam sistem suria?
Musytari
Zuhal
Uranus
Neptun
Pada tahun bilakah teleskop pertama digunakan oleh Galileo Galilei?
1600
1603
1606
1609
Apakah satelit pertama yang dilancarkan ke angkasa lepas?
USRS - Sputnik
USSR - Sputnik
USSR - Vostok
USRS - Vostok
Siapakah manusia pertama di orbit?
Neil Armstrong
Yuri Gagarin
Galileo Galilei
Neil Gagarin
Siapakah manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan?
Galileo Galilei
Johannes Kepler
Yuri Gagarin
Neil Armstrong
Pada tahun bilakah angkasawan pertama berlepas ke angkasa lepas?
1957
1961
1969
1973
Apakah nama kuar angkasa yang diterbangkan ke Musytari pada tahun 1973?
USSR Vostok 1
US Apollo 11
US Pioneer 10
US Columbia
Bilakah penerbangan pertama angkasa lepas ulang-alik terjadi?
1981
1989
1990
1996
Apakah nama kapal angkasa yang diterbangkan ke Neptun pada tahun 1898?
US Vostok 2
US Voyager 2
US Pioneer 01
US Apollo 22
Apakah yang terjadi pada tahun 1990?
China menggunakan roket primitif.
Penerbangan pertama ke Musytari
US melancarkan Teleskop Angkasa Lepas Hubble
Satelit pertama Malaysia dilancarkan
Antara berikut, yang manakah bukan nama satelit Malaysia?
MEASAT 1
MEASAT 2
TiungSAT-1
MAYSAT 2
Apakah nama mikrosatelit Malaysia yang pertama dilancarkan?
MEASAT 1
MEASAT 2
TiungSAT-1
TiungSAT-2
Pada tahun bilakah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan?
1992
2002
2012
2022
Apakah yang terjadi pada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2011?
Baru mula dibina
Dilancarkan buat kali pertama
Telah siap dibina dengan lengkap
Terjatuh ke Bumi
Apakah kegunaan Teleskop Angkasa Spitzer?
Untuk mengukur altitud bintang
Untuk mengkaji Matahari
Untuk mengesan gelombang radio
Untuk mengesan aktiviti angkasa lepas yang sangat jauh
Antara berikut, yang manakah bukan roket yang digunakan untuk menghantar manusia ke angkasa lepas?
Atlas
Falcon 9
Sputnik
Voskhod
