wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4B9L1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London pada tahun 1956?
a)
Memajukan kemudahan pendidikan
b)
Mengimbangi kemasukan imigran
c)
Mendapat bantuan pertahanan
d)
Menentukan sempadan negeri
2.
Maklumat berikut berkaitan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perkara 153 (1) Maka Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab atas perkara menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain-lain menurut syarat-syarat Perkara ini. Apakah rumusan yang dapat dibuat daripada inti pati perjanjian tersebut?
a)
Kekuatan budaya bangsa
b)
Keadilan kepada semua kaum
c)
Kepentingan hidup beragama
d)
Kepatuhan kepada ideologi negara
3.
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap negara kita ? • Dato’ Panglima Bukit Gantang • Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said • Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
a)
Menubuhkan Parti Perikatan
b)
Menyertai rombongan kemerdekaan
c)
Menggubal perlembagaan Persekutuan
d)
Merangka dasar pendidikan kebangsaan
4.
Pertubuhan berikut telah mengemukakan memorandum bertulis kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • Parti Perikatan • Dewan Perniagaan Melayu • Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya Apakah isu yang disuarakan dalam memorandum tersebut ?
a)
Pilihan raya
b)
Agama rasmi
c)
Kewarganegaraan
d)
Bahasa kebangsaan
5.
Rajah ini berkaitan dengan perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Mengapakah anggota rombongan menggunakan pengangkutan yang berbeza ?
a)
Menyusun anggota kabinet kerajaan
b)
Menjimatkan kos anggota rombongan
c)
Membincangkan pelantikan Jemaah menteri
d)
Menyusun strategi rundingan dengan British
6.
Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
a)
British mengawal sistem kewangan
b)
Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi
c)
Pemansuhan prinsip pengasingan kuasa
d)
Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen
7.
Apakah sumbangan tokoh berikut kepada negara kita? • Lord Reid • Sir William Ivor Jennings • Sir William Mckell
a)
Melantik pemerintah negara
b)
Merangka perlembagaan merdeka
c)
Menghapuskan pengaruh komunis
d)
Menyeragamkan sistem pendidikan
8.
Apakah tuntutan Malayan Chinese Association (MCA) melalui memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
a)
Hak imigran dipertahankan
b)
Bahasa ibunda dimartabatkan
c)
Sekolah vernakular diteruskan
d)
Kewarganegaraan menerusi kelahiran
9.
Gambar berikut menunjukkan rombongan rundingan ke London pada tahun 1955. Apakah tujuan rombongan tersebut?
a)
Melantuk ketua negara
b)
Memperoleh kemerdekaan
c)
Memohon khidmat nasihat
d)
Membincangkan pilihan raya
10.
Suruhanjaya Reid telah menerima memorandum daripada Raja-raja Melayu untuk dipertimbangkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah tuntutan dalam memorandum tersebut?
a)
Menyatukan semua negeri
b)
Mengetuai hal ehwal agama
c)
Menubuhkan Majlis Raja-raja Melayu
d)
Melindungi keistimewaan orang Melayu