wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TOPIKAL : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Total questions: 19

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Dikuatkuasakan pada 16 September 1963

b)

Merupakan salah satu rujukan untuk prosiding undang-undang

c)

Tidak boleh dikanunkan dan tidak boleh dipinda

d)

Merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia

2.

Yang manakah menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan menjadi rujukan semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan

3.

Antara berikut, yang manakah benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?

a)

Dilantik oleh YDPA atas nasihat Ketua Setiausaha Negara

b)

Saraan ditentukan oleh kabinet

c)

boleh dipecat atas syor tribunal

d)

Tidak boleh dilantik semula

4.

Terdapat empat cara memperoleh kewarganegaraan di Malaysia kecuali

a)

Kuatkuasa undang-undang

b)

Masukan

c)

Penggabungan wilayah dan negara

d)

Pendaftaran

5.

Yang manakah cara perolehan kewarganegaraan bagi anak seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar sempadan negara?

a)

Kuatkuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Masukan

d)

Pencatuman wilayah

6.

Cik Amily seorang warganegara Australia telah berkahwin dengan Encik Faiz Abdullah seorang warganegara Malaysia. Apakah jenis kewarganegaraan yang diperoleh oleh Cik Amily?

a)

Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

b)

Masukan sebaik sahaa pemohonan kewarganegaraan dibuat

c)

Pendaftaran selepas bermaustautin selama dua tahun di Malaysia

d)

Kuatkuasa undang-undang sebaik sahaja bermaustautin selama dua tahun di Malaysia

7.

Berikut merupakan perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaaraan seseorang boleh dilucutkan kecuali

a)

Membuat permohonan kewarganegaraan dengan memberikan maklumat palsu

b)

Mempunyai dua kewarganegaraan

c)

Tidak setia kepada raja dan negara

d)

Menolak kewarganegaraan secara sukarela

8.

Apakah syarat yang harus dipenuhi oleh seorang warganegara Malaysia jika dia mahu menolak kewarganegaraannya?

a)

Berumur 18 tahun ke atas

b)

Mestilah menguasai seseuatu bahasa asing

c)

Sudah memeperoleh kewarganegaraan negara lain atau hampir memperolehnya

d)

Berniat untuk bekerja tetap di negara lain

9.

Lee Lian Hui seorang warganegara China berkahwin dengan Donald Wong seorang warganegara Malaysia. Apakah syarat yang mesti dipenuhi Lee Lian Hui sebelum dapat menjadi warganegara Malaysia?

a)

Mestilah berkelakuan baik

b)

Mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia

c)

Mestilah bermaustautin di Malaysia sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum permohonan

d)

Mendaftarkan perkahwinan mereka di negara China

10.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah.

b)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dengan aktiviti penggubalan wang haram

c)

Encik Q diambil tanahnya dengan dibayar pampasan yang dipersetujui

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguamnya semasa dalam tahanan.

11.

Antara berikut, yang manakah majlis yang ditubuhkan melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan ?

a)

Majlis Amanah Rakyat

b)

Majlis Perancangan Negara

c)

Majlis Angkatan Tentera

d)

Majlis Keselamatan Negara

12.

Menurut perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan bagi maksud bahasa rasmi. Yang manakah antara pernyataan berikut tidak benar?

a)

Apa-apa bahasa lain boleh diajar, dipelajari dan digunakan bagi maksud bukan rasmi

b)

Bahasa pengantar dalam semua sekolah mestilah bahasa Melayu

c)

Bahasa Inggeris boleh dipelajari, digunakan atau diajar pada bila-bila masa sahaja

d)

Bahasa ibunda kaum-kaum yang lain tidak disekat perkembangannya

13.

Yang manakah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan?

a)

Hak kebebasan asasi manusia

b)

Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu

c)

Keistimewaan ahli-ahli Parlimen

d)

Peruntukan kewangan untuk Kerajaan Negeri

14.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan

a)

seseorang boleh memohon habeas corpus sekiranya penahanannya tidak mengikut undang-undang

b)

seseorang warganegara berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata disisi undang-undang

c)

seseorang warganegara berhak menganut, dan menyebarkan agama yang dianuti kepada orang lain

d)

seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan oleh mahkamah boleh dibicarakn semula atas kesalahan yang sama

15.

Antara perkara berikut, yang manakah pindaannya memerlukan sokongan majoriti 2/3 Ahli Majlis Parlimen dan perkenan MRR ?

a)

hak istimewa pelbagai kaum di Malaysia

b)

Agama islam

c)

Kerakyatan

d)

Keistimewaan Parlimen

16.

Yang manakah terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri?

a)

Tanah

b)

Biasiswa

c)

Pertahanan

d)

Perumahan

17.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Parlimen mengatasi perlembagaan

b)

Asas kepada pembentukan kerajaan

c)

Tidak boleh dibuat sebarang pindaan

d)

Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

18.

Yang manakah melambangkan peruntukan kebebasan dalam Perlembagaan Malaysia

a)

memilih kerajaan

b)

menabur fitnah

c)

melantik Ketua Kerajaan

d)

menganjurkan demonstrasi

19.

Kedudukan agama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

a)

Agama Islam merupakan agama rasmi

b)

Parlimen berkuasa menggubal undang-undang agama Islam

c)

Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya

d)

Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain.