wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Sejarah Kertas 1

Total questions: 115

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Kedaulatan berasal daripada perkataan Arab 'daulah' yang bermaksud

a)

Kekuasaan tertinggi

b)

Negara bebas dan merdeka

c)

Kuasa pemerintanan sesebuah kerajaan

d)

Negara berkuasa penuh dalam pemerintahan

2.

Manakah antara berikut merupakan langkah dalam mempertahankan kedaulatan

a)

Menstabilkan ekonomi

b)

Mengukuhkan semangat kenegerian

c)

Mengekalkan perpaduan di kalangan kaum

d)

Menambahkan keahlian dalam parti politik

3.

Ciri-ciri negara berdaulat menjadikan Malaysia mempunyai identiti yang unik dan perlu dipertahankan. Mengapakah rakyat perlu mempertahankan identiti tersebut?

a)

Meningkatkan pendapatan

b)

Penghormatan negara luar

c)

Pematuhan undang-undang

d)

Mewujudkan perkongsian kuasa

4.

Gambar berikut menunjukkan pertemuan antara Tun Hussein Onn dengan Anwar Sadat, Presiden Mesir pada tahun 1977. Apakah matlamat pertemuan tersebut diadakan?

a)

Mengukuhkan hubungan diplomatik

b)

Mendapatkan bantuan kewangan

c)

Membantu pemulihan ekonomi

d)

Mengerat perpaduan bangsa

5.

Jadual berikut berkaitan takrif kedaulatan dalam pelbagai bahasa. Apakah unsur persamaan berdasarkan takrif tersebut?

a)

Keluhuran perlembagaan

b)

Kebebasan asasi manusia

c)

Kewibawaan pemerintahan

d)

Keluasan wilayah pengaruh

6.

Rajah berikut berkaitan ciri negara berdaulat. Apakah X?

a)

Sempadan negara diiktiraf

b)

Pendidikan satu aliran

c)

Hubungan luar probarat

d)

Ekonomi pasaran bebas

7.

Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas. Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara?

a)

Menjamin kesejahteraan rakyat

b)

Memantapkan kewibawaan raja

c)

Meningkatkan pencapaian intelek

d)

Memperjuangkan kebajikan masyarakat

8.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan negara?

a)

Memodenkan teknologi senjata

b)

Menetapkan sempadan negara

c)

Mendapatkan tentera upahan

d)

Menyekat pendatang asing

9.

Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi. Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?

a)

Mewujudkan perpaduan kaum

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

c)

Memperkukuh hubungan diplomatik

d)

Meningkatkan sistem pertahanan negara

10.

Antara berikut, manakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara?

a)

I Memodenkan aset ketenteraan

b)

II Menggubal dasar dan undang-undang

c)

III Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar

d)

IV Menganggotai pasukan keselamatan negara

11.

Kedaulatan moden dikaitkan dengan

a)

kewibawaan raja

b)

kehakiman yang bebas

c)

kerajaan berperlembagaan

d)

kerajaan terikat oleh undang-undang

12.

Apakah kepentingan menjadi negara berdaulat?

a)

Menguasai politik serantau

b)

Menjadi kuasa utama ekonomi

c)

Mewujudkan pentadbiran berkesan

d)

Menentukan hala tuju pendidikan global

13.

Apakah ciri kedaulatan tradisional negara kita?

a)

Pemerintahan diketuai raja

b)

Pengiktirafan kuasa imperialis

c)

Pemilihan pemimpin tempatan

d)

Pembahagian sempadan negeri

14.

Antara berikut yang manakah peranan pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik di negara kita?

a)

Menubuhkan parti politik berlainan bangsa

b)

Melibatkan golongan elit dalam pentadbiran

c)

Mengagihkan kekayaan negara dengan adil

d)

Mengamalkan pendidikan pelbagai aliran

15.

Apakah yang menjadi asas kepada peraturan sesebuah negara?

a)

Sistem perundangan

b)

Ketertinggian perlembagaan

c)

Jawatan ketua Peguam Negara

d)

Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

16.

Kedaulatan penting untuk memberikan hak kepada negara menjalin hubungan dengan negara lain? Bagaimanakah hubungan luar negara tersebut dapat dibentuk?

a)

Penggubalan dasar luar

b)

Pengiktirafan pemimpin

c)

Penerimaan pengaruh luar

d)

Pengurusan

17.

Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita.

Apakah X?

a)

Monarki Mutlak

b)

Kerajaan Republik

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Westminister

18.

Apakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara?

a)

Menggubal dasar negara

b)

Menjalin kerjasama sempadan

c)

Memodenkan aset ketenteraan

d)

Menganggotai pasukan keselamatan

19.

Apakah peranan institusi tersebut

a)

Meluluskan undang – undang

b)

Mengisytiharkan darurat

c)

Mentafsir Perlembagaan

d)

Menggubal undang – undang

20.

Apakah kesan sekiranya rakyat Malaysia menghormati kepelbagaian budaya dan agama di negara kita?

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Sanggup berkorban

c)

Mengukuhkan perpaduan

d)

Peka terhadap isu semasa

21.

Berikut merupakan sistem pentadbiran yang diamalkan di negara kita.

• Demokrasi Berparlimen

Mengapakah sistem tersebut penting terhadap kedaulatan negara?

a)

Undang-undang negara digubal oleh Perdana Menteri

b)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

c)

Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi

d)

Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa mutlak dalam hal ehwal pentadbiran negara

22.

Penyataan berikut berkaitan dengan konsep patriotisme.

• Perasaan cinta yang mendalam terhadap negara

• Sanggup mempertahankan negara demi kemakmuran dan kestabilan negara

Apakah peranan rakyat bagi merealisasikan semangat tersebut?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Mengukuhkan pasukan keselamatan

c)

Meningkatkan imej negara

d)

Menjalin hubungan dengan pihak luar

23.

Apakah maksud Demokrasi Berparlimen?

a)

Pemerintahan secara mutlak

b)

Pemerintahan secara warisan

c)

Pemerintahan secara realpolitik

d)

Pemerintahan melalui perwakilan

24.

Maklumat berikut merupakan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.

• Memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan

• Menganggotai pasukan keselamatan

Apakah manfaat rakyat berbuat demikian?

a)

Melicinkan pentadbiran negara

b)

Mengukuhkan kesejahteraan hidup

c)

Memantapkan pertahanan negara

d)

Meningkatkan kewibawaan pemimpin

25.

Senarai berikut berkaitan dengan kesejahteraan sosial.

• Rukun Negara

• Bahasa Kebangsaan

Apakah matlamat perkara tersebut diperkenalkan?

a)

Menyalurkan bantuan kewangan

b)

Memastikan semangat persaingan

c)

Memupuk perasaan individualistik

d)

Memupuk perasaan muhibah rakyat

26.

Apakah kesimpulan daripada gambar tersebut?

a)

Mengadakan kunjung-mengunjung

b)

Mematuhi undang-undang negara

c)

Mengekalkan perpaduan kaum

d)

Menunjukkan keunikan negara

27.

Kedaulatan boleh ditakrifkan mengikut bahasa.

Berdasarkan takrifan dari sudut bahasa, apakah yang boleh dimaksudkan dengan kedaulatan dalam bahasa Inggeris?

a)

Kuasa penuh negara

b)

Kuasa negara merdeka

c)

Kuasa tertinggi pemerintah

d)

Kuasa penuh pemerintahan

28.

Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui dasar tersebut?

● Bahasa Kebangsaan

● Rukun Negara

a)

Pengukuhan politik

b)

Pemantapan ekonomi

c)

Pemupukan perpaduan

d)

Pembasmian kemiskinan

29.

Mengapakah negara berdaulat perlu mempunyai sempadan yang jelas?

a)

Menyekat pencerobohan

b)

Membina kubu pertahanan

c)

Memudahkan pemerintahan

d)

Mengenal pasti penduduk asal

30.

Mengapakah kerajaan melaksanakan usaha berikut?

Mewajibkan mata pelajaran Sejarah

• Menganjurkan sambutan Hari Pahlawan

a)

Mengekalkan perpaduan

b)

Mengukuhkan pertahanan

c)

Mewujudkan kestabilan poli

31.

Mengapakah kerajaan melaksanakan usaha berikut? • Mewajibkan mata pelajaran Sejarah •Menganjurkan sambutan Hari Pahlawan

a)

Mengekalkan perpaduan

b)

Mengukuhkan pertahanan

c)

Mewujudkan kestabilan politik

d)

Memupuk semangat patriotisme

32.

Apakah ciri-ciri tradisional yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? I Agama Islam II Kewarganegaraan III Kerajaan Persekutuan IV Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera

a)

I dan I

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan 1965. • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan perlembagaan yang dinamakan pindaan Singapura pada 7 ogos 1965. Apakah badan yang berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan tersebut?

a)

Parlimen

b)

Jemaah Menteri

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Dewan Undangan Negeri

34.

Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat. • Charter of Justice I • Charter of Justice II •Charter of Justice III Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Mengehadkan kuasa raja

b)

Menentang penyebaran agama

c)

Menghalang berlaku penindasan

d)

Mengurangkan peranan pembesar

35.

Apakah ciri tradisional yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan?

a)

Demokrasi berparlimen

b)

Kerajaan persekutuan

c)

Pemerintahan beraja

d)

Pendidikan vernakular

36.

Apakah persamaan undang-undang negeri Melayu berikut? • Hukum Kanun Pahang • Undang-Undang Kedah • Undang-Undang 99 Perak

a)

Menggunakan model Westminster

b)

Mengabungkan ciri tradisional dan moden

c)

Mewujudkan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Mewarisi perundangan Kesultanan Melayu Melaka

37.

Pentadbiran manakah yang memperkenalkan perubahan konsep kewarganegaraan berikut? • Rakyat Raja • Rakyat British

a)

Negeri-negeri Selat 1826

b)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

c)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Persekutuan Malaysia 1963

38.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pilihan raya sebagai asas sistem demokrasi di Malaysia. Apakah rasional peruntukan tersebut?

a)

Pengasingan kuasa

b)

Pemerintahan beraja

c)

Rakyat bebas memilih wakil pemimpin

d)

Kerajaan Persekutuan berkuasa penuh

39.

Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?

a)

Pemisahan Singapura

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Mengukuhkan sistem beraja

d)

Menjalankan pilihan raya umum

40.

Maklumat berikut berkaitan ciri moden Perlembagaan Persekutuan. • Kewarganegaraan • Sistem Demokrasi Berparlimen • X Apakah X?

a)

Kerajaan Persekutuan

b)

Pemerintahan Beraja

c)

Bahasa Melayu

d)

Agama Islam

41.

Tunku Abdul Rahman telah membawa usul pindaan perlembagaan di Parlimen pada 7 Ogos 1965. Mengapakah beliau bertindak sedemikian?

a)

Pemisahan Singapura

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Penubuhan Mahkamah Atasan

d)

Pelantikan Yang di-Pertua Negeri

42.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan? I. Meneruskan pemerintahan beraja II Satu kewarganegaraan yang sama IlI Mengamalkan demokrasi berparlimen IV Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

a)

I dan I

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Mengapakah Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi?

a)

Mengadakan pilihan raya

b)

Mengekalkan sistem beraja

c)

Melakukan pengagihan kuasa

d)

Menubuhkan kerajaan pusat

44.

Bagaimanakah berlaku pemisahan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965?

a)

Pengisytiharan raja

b)

Persetujuan rakyat

c)

Perbicaraan mahkamah

d)

Pindaan perlembagaan

45.

Senarai berikut merujuk kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) .

• Perak • Selangor • Negeri Sembilan • Pahang

Apakah persamaan penggubalan undang-undang di negeri-negeri tersebut?

a)

Diwartakan oleh sultan negeri

b)

Digubal oleh Majlis Persekutuan

c)

Diperkenankan oleh Majlis Raja-raja

d)

Digubal oleh Majlis Undangan Negeri

46.

Pihak yang manakah bertanggungjawab melindungi kedudukan orang Melayu dan bumiputra Sarawak dan Sabah sebelum negara kita mencapai kemerdekaan?

a)

Raja

b)

Ketua pribumi

c)

Residen Jeneral British

d)

Perlembagaan Persekutuan

47.

Apakah tujuan undang-undang tersebut diperkenalkan?

Charter of Justice

a)

Melindungi penduduk asal

b)

Memelihara kepentingan British

c)

Melaksanakan undang-undang Barat

d)

Menggantikan undang-undang tempatan

48.

Kronologi pindaan tersebut dikaitkan dengan

a)

Pembentukan Malaysia

b)

Pemisahan Singapura

c)

Penyertaan Brunei

d)

Penentangan Indonesia

49.

Maklumat berikut berkaitan dengan undang – undang yang terdapat di negeri – negeri Melayu.

• Hukum Kanun Pahang • Undang - Undang Johor • Undang - Undang 99 Perak

Apakah persamaan undang – undang tersebut?

a)

Mewarisi perundangan Kesultanan Melayu Melaka

b)

Mewujudkan Raja Berperlembagaan

c)

Menggabungkan unsur tradisional dan moden

d)

Menerima pengaruh undang – undang Inggeris

50.

Apakah kesan pindaan tersebut?

a)

Singapura keluar dari Malaysia

b)

Sistem Westminister diperkenalkan

c)

Sistem mahkamah atasan dimansuhkan

d)

Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia

51.

Apakah bentuk pemerintahan negara kita sebelum kedatangan British?

a)

Sistem republik

b)

Pemerintahan beraja

c)

Demokrasi berparlimen

d)

Pemerintahan demokrasi

52.

. Pindaan perlembagaan pada 7 Ogos 1965 merupakan satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah negara kita.

Apakah implikasinya?

a)

Pembentukan Malaysia

b)

Penubuhan Persekutuan

c)

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

d)

Pemansuhan jawatan Yang di-Pertua Negeri

53.

Bagaimanakah kuasa eksekutif raja sebagai ketua negeri dilaksanakan?

a)

Diperuntukkan oleh Yang di-Pertuan Agong

b)

Melalui nasihat Majlis Mesyuarat Negeri

c)

Diputuskan oleh Menteri Besar

d)

Melaksanakan kuasa mutlak

54.

. Perlembagaan Malaysia telah mewujudkan mahkamah untuk menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah.

Mahkamah tersebut dikenali sebagai

a)

Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah

b)

Mahkamah Agung Sarawak dan Sabah

c)

Mahkamah Tinggi Borneo

d)

Mahkamah Anak Negeri

55.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster.

Dari negara manakah model tersebut diambil?

a)

Britain

b)

Belanda

c)

Sepanyol

d)

Amerika Syarikat

56.

Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah.

• Boleh mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

Apakah mahkamah tersebut?

a)

Mahkamah Tinggi Borneo

b)

Mahkamah Persekutuan

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Atasan

57.

Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka?

4 lines
58.

Manakah menyatakan tentang perlembagaan?

a)

Undang-undang tertinggi

b)

Undang-undang bertulis

c)

Undang-undang Yunani

d)

Undang-undang moden

59.

Apakah X?

a)

Majlis Raja-Raja

b)

Jawatan Ketua Menteri

c)

Mahkamah Tinggi Borneo

d)

Jawatan Yang di-Pertuan Agong

60.

Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman. Pihak manakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Mahkamah Persekutuan

61.

Bagaimanakah mekanisme semak dan imbang telah berperanan memastikan kestabilan negara ?

a)

Mengekalkan status quo orang Melayu

b)

Memudahkan dasar kerajaan diluluskan

c)

Mengatasi kemasukan pengaruh luar

d)

Meredakan pertikaian parti politik

62.

Antara berikut, yang manakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa eksekutif?

a)

Melantik Panglima Angkatan Tentera

b)

Membubarkan persidangan parlimen

c)

Memperkenankan Rang Undang-undang

d)

Menjadi Ketua Agama Islam di Melaka

63.

Apakah ciri amalan demokrasi di Malaysia?

a)

Pembentukan Majlis Raja-raja Melayu

b)

Pelaksanaan Pilihan raya Umum

c)

Penubuhan Majlis Persidangan Raja-raja

d)

Perlantikan Speaker Dewan Rakyat

64.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem tersebut?

a)

I Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

b)

II Boleh menggunakan kuasa budi bicara

c)

III Berkuasa penuh soal kewangan negara

d)

IV Berhak membatalkan undang-undang

65.

Rajah berikut berkaitan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita. Apakah peranan badan X?

a)

Menggubal dasar negara

b)

Mentafsir perlembagaan

c)

Meluluskan undang-undang

d)

Mengesahkan perbelanjaan kerajaan

66.

Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja.

• Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita

Bagaimanakah Majlis Raja-Raja memainkan peranannya dalam sistem Raja Berperlembagaan?

a)

Mengesah pelantikan anggota Jemaah Menteri

b)

Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan tertentu

c)

Memperkenan undang-undang yang diluluskan Parlimen

d)

Mempunyai kuasa budi bicara dalam pembentukan kerajaan

67.

Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi. Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama?

a)

I Aktiviti keagamaan dijalankan secara tertutup

b)

II Sikap diskriminasi terhadap agama lain

c)

III Agama Islam sebagai agama Persekutuan

d)

IV Penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing

68.

Antara berikut yang manakah fungsi Majlis Raja-Raja Melayu?

a)

I Melantik jawatan penting

b)

II Menjalin hubungan diplomatik

c)

III Menjadi Lembaga Pengampunan

d)

IV Memperkenan pindaan perlembagaan

69.

Rajah berikut menunjukkan struktur pentadbiran Persekutuan. Berdasarkan rajah, apakah kesimpulan yang dapat anda berikan?

a)

Konsep kesatuan

b)

Sistem persekutuan

c)

Pembahagian kuasa

d)

Raja Berperlembagaan

70.

British sukar meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Mengapa keadaan itu berlaku?

a)

Kekurangan tentera

b)

Kurang sokongan penduduk

c)

Halangan pemerintahan beraja

d)

Terlibat dengan perang di Eropah

71.

Perlembagaan Malaysia menetapkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa eksekutif baginda?

a)

I Mengisytihar darurat

b)

II Melantik Perdana Menteri

c)

III Pemerintah tertinggi tentera

d)

IV Ketua agama Islam di negeri baginda sendiri

72.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Badan Kehakiman di Malaysia?

a)

I Mentafsir undang-undang

b)

II Meminda undang-undang

c)

III Menggubal undang-undang

d)

IV Melaksanakan undang-undang

73.

Apakah fungsi Majlis Raja-Raja selepas merdeka?

a)

Melantik Perdana Menteri

b)

Mendapatkan angkatan tentera

c)

Menjadi Lembaga Pengampunan

d)

Menasihati Pesuruhjaya Tinggi

74.

Antara berikut,yang manakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa eksekutif?

a)

Melantik Panglima Angkatan Tentera

b)

Membubarkan persidangan parlimen

c)

Memperkenankan Rang Undang-undang

d)

Menjadi Ketua Agama Islam di Melaka

75.

Apakah ciri amalan demokrasi di Malaysia?

a)

Pembentukan Majlis Raja-raja Melayu

b)

Pelaksanaan Pilihan raya Umum

c)

Penubuhan Majlis Persidangan Raja-raja

d)

Perlantikan Speaker Dewan Rakyat

76.

Undang-undang berikut diwujudkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang

• Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut?

a)

Penubuhan Majlis Perundangan Negeri

b)

Pembentukan Majlis Mesyuarat Persekutuan

c)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Penerusan warisan Kesultanan Melayu

77.

Makluman berikut merupakan kuasa Yang di – Pertuan Agong seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

• Perisytiharan Darurat

Apakah tujuan perisytiharan tersebut ?

a)

Mengelakkan neo - kolonialisme

b)

Menghapuskan ancaman komunis

c)

Mempertahankan keselamatan negara

d)

Menyelesaikan pertindihan perlembagaan

78.

Mengapakah pemerintahan beraja berperanan mengimbangi pemerintahan demokrasi di negara kita?

a)

Raja mempunyai kuasa budi bicara

b)

Raja berkecuali dalam hal politik , ekonomi dan dasar negara

c)

Yang di-Pertuan Agong mengetuai ketiga-tiga badan pemerintahan

d)

Raja tidak memihak mana-mana parti politik

79.

Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Menentukan sempadan negeri

c)

Mengawal perbelanjaan negara

d)

Menggubal Rang Undang-Undang

80.

Maklumat berikut berkaitan dengan gabungan unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran negara kita.

• Raja Berpelembagaan

• Demokrasi Berparlimen

Apakah kepentingan wujudnya kedua-dua unsur tersebut dalam sistem pentadbiran negara kita?

a)

Menjamin kebebasan asasi

b)

Memudahkan pembentukan kerajaan

c)

Memastikan Kerjasama politik berterusan

d)

Mewujudkan mekanisme semak dan imbang

81.

Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

a)

Ketua Utama Negara

b)

Ketua Anak Negeri

c)

Ketua Hakim

d)

Ketua SPRM

82.

Fungsi Dewan Undangan Negeri adalah untuk

a)

Menggubal undang-undang di Parlimen

b)

Mentafsir undang-undang yang digubal di Parlimen

c)

Menggubal undang-undang bagi negeri masing-masing

d)

Melaksanakan kuasa eksekutif pada peringkat Persekutuan

83.

Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

a)

Mengubah sempadan negeri

b)

Mengetuai perkhidmatan awam

c)

Mengawal perbelanjaan kerajaan

d)

Melantik diplomat ke luar negara

84.

Apakah kepentingan institusi berikut negara kita sehingga hari ini?

a)

Menjayakan pelaksanaan dasar luar

b)

Memelihara kebebasan asasi rakyat

c)

Menggubal undang-undang negara

d)

Membentuk pemerintahan kerajaan

85.

Apakah yang menghalang kuasa British di negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

a)

Perpaduan rakyat

b)

Pemimpin agama

c)

Penyatuan kaum

d)

Pemerintahan beraja

86.

Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja. • Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita

Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?

a)

Mengesah pelantikan anggota Jemaah Menteri

b)

Memberi nasihat berkaitan perlantikan jawatan penting

c)

Mempunyai kuasa budi bicara dalam pembentukan kerajaan

d)

Memperkenan semua undang-undang yang diluluskan Parlimen

87.

Apakah status Raja-raja Melayu di negeri baginda semasa pendudukan Jepun?

a)

Ketua keselamatan dan keamanan

b)

Ketua hal ehwal agama Islam

c)

Ketua pentadbir negeri

d)

Ketua hakim

88.

Apakah fungsi Majlis Raja-Raja selepas merdeka?

a)

I. Memperkenan pindaan perlembagaan

b)

II. Melantik Perdana Menteri

c)

III. Membubarkan parlimen

d)

IV. Menjadi rujukan dalam perubahan dasar

89.

Apakah agensi yang menguruskan taman negara tersebut?

a)

PBB

b)

UNESCO

c)

ESSCOM

d)

PERHILITAN

90.

Manakah antara berikut yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

Pertahanan

b)

Perumahan

c)

Kerajaan tempatan

d)

Undang-undang Islam

91.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran kerajaan.

• Hal ehwal luar negeri • Pelajaran • Pentadbiran keadilan

Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa tersebut ialah Kerajaan

a)

Sultan

b)

Negeri

c)

Tempatan

d)

Persekutuan

92.

Perkara berikut berkaitan dengan kawalan keselamatan di negara kita. • Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM)

Mengapakah kawasan keselamatan tersebut diistiharkan?

a)

Rusuhan kaum

b)

Serangan lanun

c)

Ancaman komunis

d)

Penularan penyakit

93.

Senarai berikut berkaitan rancangan pembangunan sosioekonomi melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

• Northern Corridor Economic Region (NCER)

• East Coast Economic Region (ECER)

• Sabah Development Corridor (SDC)

Apakah matlamat rancangan tersebut?

a)

Pembukaan tanah baru

b)

Pemulihan tanah terbiar

c)

Pembangunan koridor wilayah

d)

Pembangunan ekonomi segi tiga

94.

• Undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan

Bagaimanakah mengatasi masalah berikut berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Undang-undang baru perlu digubal

b)

Undang-undang di bawah Senarai Bersama dirujuk

c)

Undang-undang yang digubal Parlimen akan diguna pakai

d)

Undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri dikuatkuasa

95.

Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?

a)

Menjamin kepentingan British

b)

Menjalankan dasar dekolonisasi

c)

Melaksanakan pengasingan kuasa

d)

Mengukuhkan kedudukan Raja-raja Melayu

96.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program In-Situ.

Apakah penekanan program tersebut?

a)

Pembangunan fizikal desa

b)

Penyediaan peluang pekerjaan

c)

Pembukaan petempatan baharu

d)

Penyusunan semula masyarakat

97.

Senarai Bersama ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat percanggahan dalam perkara tersebut?

a)

Merujuk kepada keputusan Majlis Raja-raja

b)

Membicarakan dalam Mahkamah Persekutuan

c)

Mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

Mematuhi undang-undang yang diluluskan Parlimen

98.

Senarai berikut menunjukkan program yang diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat.

• Rumah Mesra Rakyat

• Rumah Selangorku

• Perbadanan Perumahan 1Malaysia

Apakah matlamat program tersebut dilaksanakan?

a)

Melengkapkan kemudahan awam untuk rakyat

b)

Membantu golongan pertengahan memiliki rumah

c)

Merapatkan jurang sosioekonomi antara penduduk

d)

Membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah

99.

Apakah X?

a)

Kerajaan Negeri

b)

Kerajaan Persekutuan

c)

Dewan Undangan Negeri

d)

Pihak Berkuasa Tempatan

100.

Maklumat berikut berkaitan penubuhan majlis khas di negara ini.

• Majlis Kewangan Negara

• Majlis Tanah Negara

• Majlis Air negara

Mengapakah majlis-majlis tersebut ditubuhkan?

a)

Memupuk perpaduan rakyat

b)

Mendaulatkan undang-undang

c)

Mengukuhkan sistem Persekutuan

d)

Menjamin keharmonian masyarakat

101.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 1964.

Apakah tujuan penubuhan kementerian tersebut?

a)

Menyediakan perumahan kos rendah

b)

Melaksanakan rancangan pembangunan tanah .

c)

Menggalakkan kegiatan pelancongan domestik

d)

Mewujudkan kawasan perindustrian ringan

102.

ESSCOM diwujudkan untuk menambah baik aspek keselamatan dalam usaha mengembalikan semula ketenteraman.

Negeri manakah yang diberikan tumpuan?

a)

Pulau Pinang

b)

Pahang

c)

Sabah

d)

Johor

103.

Antara berikut, yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

I. Undang-undang Islam

b)

II. Kebudayaan dan sukan

c)

III. Kebajikan awam

d)

IV. Perubatan dan kesihatan

104.

Apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ESSCOM?

a)

Mengawasi ancaman komunis

b)

Merancang segala kegiatan gerak saraf

c)

Menyelaras fungsi dan pasukan keselamatan Sabah

d)

Mengawasi keselamatan di daerah Pantai Timur Sabah

105.

Antara berikut, apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

I Kewarganegaraan

b)

II Kebajikan awam

c)

III Peruntukan biasiswa

d)

IV Pentadbiran keadilan

106.

Apakah faktor yang membawa kepada pembentukan organisasi tersebut?

a)

Pencerobohan pengganas

b)

Penghapusan dadah

c)

Pemusnahan komunis

d)

Penentangan pemberontakan

107.

Apakah X?

a)

Kerajaan Tempatan

b)

Majlis Daerah

c)

Majlis Bandaraya

d)

Majlis Perbandaran

108.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengukuhan Sistem Persekutuan

• Mesyuarat Menteri Besar

Mengapakah mesyuarat tersebut di adakan?

a)

Membincangkan hal berkaitan dengan kewangan

b)

Mengeratkan hubungan antara Kerajaan

c)

Menyelaraskan pentadbiran antara Kerajaan

d)

Membincangkan pembangunan sosioekonomi

109.

Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah Senarai Bersama?

a)

I Biasiswa

b)

II Perumahan

c)

III Pertahanan

d)

IV Pertanian dan perhutanan

110.

. Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan?

a)

Membentuk dasar Kerajaan

b)

Menggubal undang-undang

c)

Menyelaras sistem pentadbiran

d)

Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar

111.

Apakah badan yang menyelaraskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dalam negara kita?

a)

Badan Pemantau Pertahanan

b)

Majlis Keselamatan Negara

c)

Jawatankuasa RASCOM

d)

ESSCOM

112.

Apakah majlis yang ditubuhkan untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

I Majlis Tanah Negara

b)

II Majlis Kewangan Negara

c)

III Majlis Khazanah Nasional

d)

IV Majlis Persekutuan Negeri

113.

Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Negeri?

a)

Tanah

b)

Pelajaran

c)

Kesihatan

d)

Pertahanan

114.

Apakah faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan di negara kita?

a)

I Keluhuran Perlembagaan

b)

II Sistem demokrasi berparlimen

c)

III Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

d)

IV Penyelarasan Kerajan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

115.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa lebih besar berbanding Kerajaan Negeri?

a)

I Mewujudkan keadilan

b)

II Mengukuh perpaduan

c)

III Menjamin kestabilan negara

d)

IV Meningkatkan kemajuan negara