wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI KIMIA DEEPAVALI

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Protium, Deuterium dan Tritium adalah isotop bagi unsur hidrogen. Antara berikut, apakah persamaan bagi ketiga-tiga isotop?

a)

Sifat kimia

b)

Sifat fizikal

c)

Nombor nukleon

d)

Jisim atom relatif

2.

Rajah menunjukkan sejenis ikatan. Antara berikut, yang manakah betul tentang ikatan tersebut?

a)

Wujud daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dan ion-ion logam bercas positif.

b)

Sejenis ikatan di mana pasangan elektron yang dikongsi berasal daripada satu atom sahaja.

c)

Ikatan yang terbentuk melalui pemindahan elektron antara atom logam dengan atom bukan logam.

d)

Daya tarikan antara atom hidrogen yang terikat dengan satu atom yang lebih elektronegatif dalam molekul lain.

3.

Bagaimanakah suhu meningkatkan kadar tindak balas?

a)

Meningkatkan jumlah bilangan zarah-zarah bahan tindak balas.

b)

Meningkatkan tenaga kinetik zarah-zarah bahan tindak balas.

c)

Meningkatkan tenaga pengaktifan tindak balas.

d)

Meningkatkan bilangan perlanggaran berkesan.

4.

Rajah menunjukkan susunan elektron bagi suatu atom dalam Jadual Berkala Unsur. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang atom tersebut?

a)

Berada dalam Kumpulan 2

b)

Bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sebatian oksida

c)

Digunakan untuk mengisi belon udara

d)

Bertindak balas antara satu sama lain untuk membentuk molekul dwiatom

5.

Rajah menunjukkan tindak balas antara untuk W dengan air. Apakah unsur W?

(a)  

6.

Rajah menunjukkan susunan elektron bagi molekul karbon dioksida. Manakah antara berikut yang benar?

a)

Setiap atom oksigen menyumbang satu elektron untuk dikongsi

b)

Satu atom karbon menyumbang empat elektron untuk dikongsi dengan dua atom oksigen

c)

Empat ikatan kovalen ganda dua terbentuk dalam molekul karbon dioksida

d)

Satu atom karbon memerlukan dua elektron untuk mencapai susunan elektron oktet

7.

Rajah menunjukkan satu langkah dalam penyediaan garam sulfat terlarutkan. Apakah bahan X?

a)

Plumbum (II) oksida

b)

Barium hidroksida

c)

Kalsium hidroksida

d)

Zink oksida

8.

Rajah menunjukkan kedudukan atom X dan Y dalam Jadual Berkala Unsur. Manakah antara rajah berikut mewakili sebatian yang terbentuk apabila X bertindak balas dengan Y?

a)

b)

c)

d)

9.

Bahan manakah terdiri daripada ion?

a)

Karbon dioksida

b)

Sulfur dioksida

c)

Kalsium Klorida

d)

Hidrogen Klorida

10.

Antara yang berikut, yang manakah ciri istimewa bagi logam peralihan?

a)

Pepejal lembut

b)

Larut dalam air

c)

Takat lebur rendah

d)

Membentuk ion berwarna

11.

Antara yang berikut yang manakah bukan asid kuat?

a)

Asid hidroklorik

b)

Asid fosforik

c)

Asid nitrik

d)

Asid sulfurik

12.

Siapakah yang menjumpai neutron?

a)

Neils Bohr

b)

James Chadwick

c)

Ernest Rutherford

d)

J. J. Thomson

13.

Antara yang berikut, sebatian manakah ikatan hidrogen tidak wujud?

a)

Hidrogen klorida

b)

Ammonia

c)

Air

d)

Hidrogen Fluorida

14.

Gas helium mempunyai sifat lengai. Antara berikut, penerangan manakah yang betul mengenai sifat itu?

a)

Mempunyai ketumpatan yang rendah

b)

Wujud sebagai gas monoatom

c)

Berada dalam Kumpulan 18

d)

Mencapai susunan elektron yang stabil

15.

Apakah maksud kebesan asid?

a)

Bilangan ion hidrogen yang boleh dihasilkan oleh satu molekul asid yang mengion di dalam air.

b)

Bilangan ion hidroksida yang boleh dihasilkan oleh satu molekul asid yang mengion di dalam air.

c)

Bilangan ion ammonium yang boleh dihasilkan oleh satu molekul asid yang mengion di dalam air.

d)

Bilangan ion hidroksonium yang boleh dihasilkan oleh satu molekul asid yang mengion di dalam air.