wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Bahasa Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
  1. 1. Arahan : Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

  2. “Kita perlu fokuskan perhatian terhadap arahan jurulatih sekiranya mahu menjadi ___________ peringkat negeri,” kata ketua pasukan bola sepak.

a)

hero

b)

wira

c)

jaguh

d)

johan

2.
  1. 2. Arahan : Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

  2. “Kayu yang diperoleh akan dipotong menjadi ___________ sebagai bingkai kompang,” kata Pak Atan kepada Zaid.

a)

petak

b)

bujur

c)

bulat

d)

bengkok

3.
  1. 3. Arahan : Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

I Kamal ke kedai untuk membeli baju baru.

II Jalan baru ke kawasan perumahan itu telah siap dibina.

III Baru pukul 8 malam tetapi Halim sudah tidur.

IV Ani baru sahaja sampai ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

II, III dan Iv sahaja

4.
  1. 4. Arahan : Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

  2. I Hubungan Shahida dengan adiknya tajam akibat berebut harta.

  3. II Penjual daging itu menggunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerjanya.

  4. III Murid-murid yang melanggar disiplin itu berasa takut apabila Cikgu Zainal memerhatikan mereka dengan pandangan yang tajam.

  5. IV Perompak-perompak itu menggunakan senjata tajam untuk menakutkan pengawal keselamatan dan para pekerja di bank itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

5.
  1. 5. Arahan : Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Puan Roslina meminta Mak Cik Raudah menyediakan untuk kawan-kawannya minum petang ketika mereka datang menziarahinya.

a)

tersediakan kawan-kawannya minum petang

b)

disediakan minum petang untuk kawan-kawannya

c)

menyediakan minum petang untuk kawan-kawannya

d)

menyediakan untuk kawan-kawannya minum petang

6.
  1. 6. Arahan : Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Negeri Johor sering menduduki pada tangga teratas dalam kejohanan Tarian Zapin yang diadakan setahun sekali itu.

a)

di tangga atas

b)

tangga teratas

c)

pada tangga atas

d)

pada tangga teratas

7.
  1. 7. Arahan: Pilih ayat-ayat yang betul.

I Aduh, sakitnya tanganku ini!

II Syabas, awak berjaya juga akhirnya!

III Cis, awak rupanya yang menjadi batu api selama ini!

IV Aduhai, tingginya bangunan KLCC ini!

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

8.
  1. 8. Arahan: Pilih ayat-ayat yang betul.

  2. I Apakah makanan kegemaran kamu?

  3. II Bagaimanakah cara hendak membuat kek pisang?

  4. III Siapakah yang datang ke rumah tadi?

  5. IV Malaysia mencapai kemerdekaan bilakah?

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

9.
  1. 9. Arahan : Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

"Jangan sentuh barang-barang di atas meja saya ini”, kata Cikgu Ahmad kepada Naim.

a)

Naim menolong Cikgu Ahmad menyentuh barang-barangan di atas mejanya.

b)

Cikgu Ahmad meminta Naim tidak menyentuh barang-barangnya.

c)

Cikgu Ahmad melarang Naim menyentuh barang-barang di atas mejanya itu.

d)

Naim diminta untuk menyentuh barang-barang di atas meja Cikgu Ahmad.

10.
  1. 10. Arahan : Pilih peribahasa  yang paling sesuai.

Air teh yang tidak dicampur gula itu ____________________________.

a)

masin seperti garam

b)

manis seperti madu

c)

tawar seperti air

d)

pahit seperti hempedu

11.
  1. 11. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan.  Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Pihak polis menahan enam suspek yang disyakki terlibat dalam penularan berita palsu itu.

a)

suspek

b)

penularan

c)

disyakki

d)

pihak polis

12.
  1. 12. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan.  Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Sebanyak sembilan gerabak keretapi tergelincir dari landasan dalam nahas yang terjadi pada pagi kelmarin.

a)

keretapi

b)

tergelincir

c)

landasan

d)

kelmarin

13.
  1. 13. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan.  Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Ahmad tetap meneruskan hobinya mengumpul stem walaupun hobi tersebut dianggap ketinggalan zaman oleh rakan-rakannya.

a)

hobinya

b)

ketinggalan

c)

rakan-rakannya

d)

stem

14.
  1. 14. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan.  Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Kelapa sawit yang ditanam secara meluas di Malaysia menjadi salah satu sumber ekonumi negara.

a)

ekonumi

b)

meluas

c)

kelapa sawit

d)

sumber

15.
  1. 15. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan.  Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Sewaktu melancung ke Tanah Tinggi Cameron, ibu membeli sayur-sayuran seperti kubis, terung, timun dan cili.

a)

kubis

b)

melancung

c)

timun

d)

membeli

16.
  1. 16. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Kedua orang itu anggota bomba.

a)

Kedua

b)

anggota

17.
  1. 17. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Para murid-murid bertungkus lumus untuk menghias dewan bagi menyambut Hari Guru pada keesokan harinya.

a)

Para murid-murid

b)

bertungkus lumus

c)

bagi

d)

keesokan

18.
  1. 18. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang sesuai.

  2. Ibu menghadiahkan serumpun bunga mawar kepada saya bersempena dengan hari graduasi saya.

a)

serumpun

b)

hari graduasi

c)

menghadiahkan

d)

kepada

19.
  1. 19. Berdasarkan bahan tersebut, pilih perbandingan semacam yang sesuai.

a)

gigih macam semut

b)

rajin macam semut

c)

pandai macam semut

d)

baik macam semut

20.
  1. 20. Berdasarkan bahan tersebut, pilih perbandingan semacam yang sesuai.

a)

ganas macam kilat

b)

laju macam kilat

c)

kuat macam kilat

d)

pantas macam kilat