NEW
Font size
WorksheetsKATA KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pemburu itu cuba ________________kera dengan menggunakan perangkap yang diperbuat daripada buluh.
menangkap
menangkapi
memerangkap
memerangkapi
Biola itu ________________ oleh Irsyad untuk menghiburkan tetamu yang menghadiri majlis persaraan guru besar sekolah itu.
digesek
digesel
dipetik
dipalu
Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk __________________ para penunjuk perasaan itu.
meredakan
menamatkan
menyuraikan
menghalau
Arman ______ Qaiser kerana kakinya cedera setelah terjatuh di dalam longkang.
memimpin
mendukung
memapah
memaut
Baginda Sultan sedang ____________________ pingat kebesaran ke dada ayah.
melabelkan
menampalkan
menyematkan
menggantungkan
Nek Piah _____________________ daun pisang di atas bara api untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
melayur
menjemur
membakar
memanggang
Cikgu Damia sempat ______ senyuman kepada murid-muridnya sebelum meninggalkan kelas.
melepaskan
meluahkan
menghalakan
melemparkan
Sebelum menumis, ibu __________________ dua biji bawang untuk dimasukkan ke dalam masakannya.
mencincang
memotong
merincih
mengerat
Puan Fauza ________ anak perempuan kesayangannya.
melambung
menggalas
menimang
mengelek
Seorang lelaki warga emas telah _______________ terapung di sungai itu.
ditemui
bertemu
menemui
ditemukan
Wak Seman _________________dua bakul sayur dari kebunnya dengan sebatang kayu.
memikul
mejinjing
mengandar
megangkat
Budak-budak itu sangat gembira __________________ layang-layang mereka di padang,
menaiki
menaikkan
kenaikan
naikkan
Arissa ________ baju sekolah yang dibasuhnya sebelum menjemurnya di ampaian.
merendam
membilas
mencelup
merebus
Akmal__________ api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih.
mengipas
menyembar
menghembus
menyedut
Hakim _______ anak ikan di dalam parit di belakang rumahnya.
menyauk
mencedok
mengambil
menangkap
Ayam jantan ________________ kepaknya sambil berkokok di atas tunggul kayu pada waktu pagi.
menyuraikan
mendepakan
mengiraikan
melibaskan
Afrina _________ buyung yang berisi air lalu meletakkannya di bendul dapur.
mengelek
membimbit
menatang
menjinjing
Api dari bangunan yang terbakar itu ________________ sehingga ke bumbungnya.
menjilat
menjulang
menderu
menaikkan
Pihak Kastam Malaysia berjaya _________________ berkotak-kotak rokok kretek yang cuba diseludup ke negara jiran.
mendapat
merampas
menawan
mnerenggut
Semua penjual makanan diarah agar _________________ penggunaan bahan pengawet yang tidak dibenarkan untuk mengelakkan keracunan makanan.
menghentikan
memberhenti
hentikan
berhenti
